Bustānus Salāṭīn, Bab Ketujuh Fasal Ketiga: Pada Menyatakan Ilmu Tashrīḥ dan Ilmu Ṭibb

NURUDDIN AR-RANIRI ( — d. 1658) adalah ulama besar Nusantara yang mempunyai pengaruh di wilayah Aceh, sewaktu zaman Kesultanan Aceh semasa pemerintahan Sultan Iskandar Thani.

Kajian dan transliterasi oleh NASEER SOBREE

Baytul Hikma (Cetakan Keempat, 2020)
195 halaman

RM40.00

Only 1 left in stock

Bustānus Salāṭīn, Bab Ketujuh Fasal Ketiga: Pada Menyatakan Ilmu Tashrīḥ dan Ilmu Ṭibb karya Nuruddin Ar-Raniri terkarang sekitar 1638M, merupakan salah sebuah karya terawal dalam genre Ilmu Perubatan Melayu. Penulisnya dikenali sebagai Syeikh Nuruddin ar-Raniri, seorang ulama besar dalam zaman Kesultanan Aceh semasa pemerintahan Sultan Iskandar Thani. Aceh pada masa itu dari zaman pemerintahan Iskandar Muda Mahkota Alam merupakan antara pusat pengembangan Islam yang antara lain menghasilkan pelbagai karya sastera, meliputi genre sastera kitab, historiografi, hikayat, puisi dan ilmu-ilmu tradisional, termasuk ilmu perubatan.

Kitab Bustānus Salāṭīn merupakan sumbangan yang sangat penting untuk Ilmu Perubatan (Kitab Tib), walaupun sebagai bahagian kecil (Bab 7 Fasal 3) dari jumlah keseluruhan tujuh bab atau fasal yang meliputi pelbagai ilmu. Untuk ilmu perubatan (ilm at-tyb), ar-Raniri membicarakan antara lain takrif atau definisi ilmu tibb, unsur-unsur dan tabiat insan, punca atau pohon segala penyakit, hubungan pemakanan dengan penyakit, kaedah pengubatan penyakit dan huraian yang cukup terperinci mengenai khasiat pelbagai makanan, khususnya yang berkenaan sebagai ramuan untuk pengubatan penyakit. Antara tumbuhan ubatan yang disebut termasuk lada, halia, lengkuas, jintan putih, jintan manis, ketumbar, pala, madu, susu, pisang dan anggur. Selain itu dikisahkan juga cerita beberapa orang tokoh, raja-raja dan para tabib berbicara mengenai ilmu perubatan. Antaranya kisah Raja Nusyirwan Adil, Raja Rom dan beberapa orang tabib.

Aspek yang sangat menarik mengenai Kitab Bustānus Salāṭīn (Bab Ketujuh) ini ialah hubungan dan keakraban pembicaraannya dengan beberapa kitab ilmu perubatan (kitab tib) Melayu yang merupakan bahagian yang penting dalam karya-karya ilmu dalam masyarakat Melayu Nusantara. Tidak salah untuk menyatakannya sebagai sumber utama dalam perkembangan penulisan ilmu perubatan sesudahnya. Dalam beberapa manuskrip kitab tib Melayu termasuk MSS 2515, MSS 1292, MSS 2590 (PMN) dan Manuskrip Muzium Terengganu yang telah dikaji dan diterbitkan terserlah aspek-aspek yang sama atau bersamaan. Sebahagian besar huraian Bustan mengenai pemakanan dan khasiat pelbagai jenis tumbuhan ubatan seperti yang dinyatakan di atas didapati juga di dalam beberapa kitab tib Melayu. MSS 2590 PNM membicarakan topik ini dengan lanjut, hampir sama seperti yang terdapat dalam Bustan.

Demikian juga kisah Raja Nusyirwan Adil dan Raja Rom berbicara dengan beberapa tabib, termasuk dari benua Keling, Rom, Irak dan Habsyah, mengenai penyakit dan petua-petua menjaga kesihatan diri. Kisah ini juga terdapat dalam MSS 1292 PNM, Manuskrip Muzium Johor dan Kitab al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah karya Sheikh Abbas Kuta Karang yang telah dikaji dan diterbitkan 2016. Menariknya Kitab al-Raḥmah ini berkaitan rapat pembicaraannya dengan MSS 1292 dan 2590 PNM. Demikian salingan perkaitan Kitab Bustānus Salāṭīn ini dengan beberapa manuskrip kitab tib Melayu Nusantara.

Lebih signifikan lagi hubungan Kitab Bustānus Salāṭīn ini dengan sumber yang lebih awal, malah asal atau yang paling berwibawa, iaitu yang berhubungan dengan Kitab Tib al-Nabawiyyah dan lain-lain seperti Kitab Tibb Rasulullah yang merupakan ajaran-ajaran menurut sunnah Rasulullah. Ilmu perubatan yang berhubungan dengan wati (jimak suami isteri) dalam Bustan diambil dan dihuraikan lebih lanjut dalam beberapa kitab tib Melayu khususnya yang bersangkut dengan ilmu perkasihan, mengenai jimak dan hubungan suami isteri. Bab berkenaan di dalam Bustan sama dan sesuai seperti yang terdapat dalam Kitab Tib al-Nabawiyyah dan Kitab Tibb Rasulullah. Aspek-aspek ini menjelaskan hubungan erat pembicaraan dalam kitab-kitab ilmu perubatan Melayu itu bersumber dari Kitab Bustānus Salāṭīn yang seterusnya berkait rapat dengan sumber yang lebih asal dan berwibawa seperti kitab-kitab perubatan dari ajaran sunnah Rasulullah SAW.

Dengan demikian karya kajian Naseer Sobree ini amat bermakna dalam pembelajaran dan perkembangan ilmu perubatan dalam masyarakat Melayu, khususnya dewasa ini. Kajian dari beberapa pengkaji termasuk para tabib dan pengamal perubatan Melayu mendapati Bustānus Salāṭīn menepati struktur dan sistem ilmu perubatan Melayu tradisional yang sedang dibangun dan diperkembangkan. Semoga dengan penerbitan karya ini akan memberikan sumbangan penting ke arah memperkembang dan memperkasakan Ilmu dan Amalan Perubatan Melayu masa kini dan akan datang.

TRANSLITERASI
KATA PENGANTAR
PENGHARGAAN

FATIHAH
— Perubatan
— Perubatan Melayu
— Perubatan Melayu Klasik
— Asal Usul Perubatan Melayu
— Pengamal Perubatan Melayu Masa Kini
— Kajian Perubatan Melayu
— Perubatan Dan Perbomohan
— Perubatan Melayu Dan Perundangan
— Shaikh Nuruddin Ar-Raniri
— Kajian Bustanus Salatin
— Bab Ketujuh Fasal Ketiga
— 10 Manuskrip
— Perbezaan Manuskrip
— Kaedah Kajian
— Kitab Ṭibb Muktabar
— Al-Quran Dan Hadis
— Cabaran Kajian
— Tugas Belum Selesai
— Gambar Manuskrip

BUSTĀNUS SALĀṬĪN Bab Ketujuh Fasal Ketiga

ILMU TASHRĪḤ
Pada Menyatakan Takrif Ilmu Tashrīḥ
Pada Menyatakan Empat Puluh Anggota Dalam Wujud Insan
Pada Menyatakan Perihal Kepala
Pada Menyatakan Perihal Pipi Dan Dagu
Pada Menyatakan Perihal Tulang Bahu
Pada Menyatakan Perihal Lengan
Pada Menyatakan Perihal Hasta
Pada Menyatakan Perihal Belakang Tapak Tangan
Pada Menyatakan Perihal Tapak Tangan
Pada Menyatakan Perihal Lima Jari
Pada Menyatakan Perihal Batang Leher
Pada Menyatakan Perihal Halkum
Pada Menyatakan Perihal Dada
Pada Menyatakan Perihal Belakang
Pada Menyatakan Perihal Rusuk
Pada Menyatakan Perihal Punggung
Pada Menyatakan Perihal Ari-Ari
Pada Menyatakan Perihal Paha
Pada Menyatakan Perihal Betis
Pada Menyatakan Perihal Tapak Kaki
Pada Menyatakan Perihal Tulang Yang Muda
Pada Menyatakan Perihal Segala Urat
Pada Menyatakan Perihal Lemak
Pada Menyatakan Perihal Daging
Pada Menyatakan Perihal Kulit Dan Kuku
Pada Menyatakan Perihal Tulang Yang Tempat Otak
Pada Menyatakan Perihal Mata
Pada Menyatakan Perihal Telinga
Pada Menyatakan Perihal Lidah
Pada Menyatakan Perihal Jantung
Pada Menyatakan Perihal Dada
Pada Menyatakan Perihal Perut Besar
Pada Menyatakan Perihal Perut Seni
Pada Menyatakan Perihal Hati
Pada Menyatakan Perihal Hempedu
Pada Menyatakan Perihal Limpa
Pada Menyatakan Perihal Paru-Paru
Pada Menyatakan Perihal Buah Hati
Pada Menyatakan Perihal Kembung-Kembungan
Pada Menyatakan Perihal Unsayān
Pada Menyatakan Perihal Zakar
Pada Menyatakan Perihal Rahim
Pada Menyatakan Bilangan Segala Anggota
Pada Menyatakan ‘ālam Saghīr Dan ‘ālam Kabīr
Pada Menyatakan Perangai Segala Manusia
Pada Menyatakan Bandingan Bumi Dan Manusia
Pada Menyatakan Insān Kāmīl

ILMU ṬIBB
Pada Menyatakan Takrif Ilmu Ṭibb
Pada Menyatakan Empat Unsur Bagi Insan
Pada Menyatakan Sembilan Tabiat Bagi Unsur
Pada Menyatakan Empat Cair Bagi Insan
Pada Menyatakan Empat Quwwah Bagi Insan
Pada Menyatakan Tujuh Penghulu Anggota
Pada Menyatakan Umur Manusia
Pada Menyatakan Pekerjaan Yang Tiada Dapat Tiada Bagi Segala Manusia
Pada Menyatakan Sepuluh Tanda Untuk Mengenal Tabiat Manusia
Pada Menyatakan Tanda Empat Tabiat
Pada Menyatakan Tanda Empat Cair
Pada Menyatakan Pohon Segala Penyakit
Pada Menyatakan Seringan-Ringan Makanan Dand Seberat-Berat Makanan
Pada Menyatakan Galakan Mengubati Penyakit
Pada Menyatakan Larangan Mengubati Penyakit Dengan Yang Haram
Pada Menyatakan Asal Usul Ilmu Ubatan
Pada Menyatakan Rasa Makanan
Pada Menyatakan Tabiat Dan Darjah Bagi Segala Makanan Dan Ubatan
Pada Menyatakan Khasiat Lada Dan Campli
Pada Menyatakan Khasiat Halia
Pada Menyatakan Khasiat Lengkuas
Pada Menyatakan Khasiat Jira Putih
Pada Menyatakan Khasiat Jintan Hitam
Pada Menyatakan Khasiat Jira Manis
Pada Menyatakan Khasiat Halba
Pada Menyatakan Khasiat Ketumbar
Pada Menyatakan Khasiat Biji Sawi
Pada Menyatakan Khasiat Mula
Pada Menyatakan Khasiat Bunga Laung
Pada Menyatakan Khasiat Buah Pala
Pada Menyatakan Khasiat Bunga Pala
Pada Menyatakan Khasiat Pucuk
Pada Menyatakan Khasiat Jemuju
Pada Menyatakan Khasiat Kundurukam
Pada Menyatakan Khasiat Mastika
Pada Menyatakan Khasiat Inggu
Pada Menyatakan Khasiat Jadam
Pada Menyatakan Khasiat Candu
Pada Menyatakan Khasiat Akarkara
Pada Menyatakan Khasiat Jemuju Khursani
Pada Menyatakan Khasiat Kedekai
Pada Menyatakan Khasiat Manjakani
Pada Menyatakan Khasiat Pinang
Pada Menyatakan Khasiat Kayu Manis
Pada Menyatakan Khasiat Adas Pedas
Pada Menyatakan Khasiat Kapulaga
Pada Menyatakan Khasiat Kemukus
Pada Menyatakan Khasiat Badam
Pada Menyatakan Khasiat Kurma
Pada Menyatakan Khasiat Anggur
Pada Menyatakan Khasiat Pisang
Pada Menyatakan Khasiat Anggur Kering
Pada Menyatakan Khasiat Delima
Pada Menyatakan Khasiat Susu
Pada Menyatakan Khasiat Madu
Pada Menyatakan Khasiat Gula Dan Tebu
Pada Menyatakan Khasiat Gandum
Pada Menyatakan Khasiat Beras
Pada Menyatakan Khasiat Kadalai
Pada Menyatakan Khasiat Minyak Sapi
Pada Menyatakan Khasiat Telur
Pada Menyatakan Khasiat Daging
Pada Menyatakan Khasiat Ikan
Pada Menyatakan Khasiat Garam
Pada Menyatakan Khasiat Kelambir
ada Menyatakan Khasiat Bawang Merah
Pada Menyatakan Khasiat Bawang Putih
Pada Menyatakan Khasiat Terung
Pada Menyatakan Khasiat Labu
Pada Menyatakan Khasiat Hentimun
Pada Menyatakan Khasiat Cuka
Pada Menyatakan Khasiat Celak
Pada Menyatakan Khasiat Emas
Pada Menyatakan Khasiat Perak
Pada Menyatakan Khasiat Mutiara
Pada Menyatakan Khasiat Pudi
Pada Menyatakan Khasiat Kahrab
Pada Menyatakan Khasiat Kasturi
Pada Menyatakan Khasiat Kapur Barus
Pada Menyatakan Khasiat Kumkuma
Pada Menyatakan Khasiat Kemenyan
Pada Menyatakan Khasiat Ambar
Pada Menyatakan Khasiat Gaharu
Pada Menyatakan Khasiat Cendana
Pada Menyatakan Khasiat Lazan
Pada Menyatakan Khasiat Bunga Air Mawar
Pada Menyatakan Khasiat Air Mawar
Pada Menyatakan Khasiat Minyak Lenga
Pada Menyatakan Petua Makanan
Pada Menyatakan Petua Ubatan
Hikayat Raja Malik Shah Dengan Seorang Tobib Yang Bijaksana
Hikayat Hukama Dengan Abuzurjmihr Al-Ḥakīm
Hikayat Raja Nushirwan Al-‘ādil Dengan Seorang Tobib Tua
Hikayat Sultan Rom Dengan Segala Tobib
Hikayat Raja Rom Dengan Empat Tobib
Petua Jālīnūs Al-Ḥakīm Akan Perkara Yang Mempusakai Kelupaan

LAMPIRAN 1: Hubungan Empat Unsur
LAMPIRAN 2: Unsur, Cairan Dan Tabiatnya
LAMPIRAN 3: Pembahagian Mizaj
LAMPIRAN 4: Materia Medika Bustanus Salatin
LAMPIRAN 5: Aplikasi Sistem Koordinat Kartesian Kepada Mizaj Ubatan Dan Darjahnya
— Koordinat Mizaj
— Isu Dalam Penentuan Mizaj
— Tindakan

KHATIMAH

Weight0.341 kg
Dimensions21 × 14.6 × 1.3 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.