Capa Rengat Gulai Rawo: Kumpulan Cerpen

BAHARUDDIN KAHAR (b. 1946 – ) adalah seorang novelis terkenal pada era tahun 1970-an hingga lewat 1980-an, dan telah memenangi pelbagai anugerah sastera.

DBP (Cetakan Pertama, 2021)
308 halaman

RM30.00

In stock

Capa Rengat Gulai Rawo merupakah sebuah kumpulan cerpen yang menghimpunkan 20 buah cerpen karya Baharuddin Kahar. Pelbagai tema dan persoalan menarik yang melatari setiap cerpen menggambarkan jiwa dan pengalaman pengarang dalam menempuh kehidupan harian. Nama kumpulan cerpen ini terhasil daripada gabungan cerpen “Capa Rengat” dan “Gulai Rawo” yang telah diadaptasi dalam bentuk telefilem oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), dengan judul Capa Rengat Gulai Rawo.

Selebihnya, karya ini turut boleh dijadikan panduan kepada penulis-penulis baharu menitip kejadian-kejadian semasa yang berlaku sekarang termasuklah rasuah, pandemik dan rendahnya keluhuran nilai-nilai kemanusiaan yang semakin terhakis mengikut peredaran zaman. Penulis Baharuddin Kahar menggamit kenangan masa silamnya dengan sekuntum bunga yang diberikan oleh seorang gadis bernama Suri kepadanya yang dikenali Capa Rengat. Bunga yang dimaksudkan ialah sejambak bunga bertampuk ungu dan berkelopak putih. Bunganya bersaiz besar, sebesar sanggul ibu berbau wangi dan dikenali juga sebagai Melur hutan dan mendatangkan ilham kepadanya untuk menulis cerpen yang menarik kepada pembaca.

1. Capa Rengat

2. Rindu

3. Kelah Sisik Merah

4. Kesasar

5. Kebesaran

6. Kampung Halaman

7. Sudah Besar

8. Merah Jambu

9. Longnya Laku

10, Gulai Rawo

11. Terima Kasih, Tuhanku

12. Panggilan

13. Lagu Seorang Tua

14. Bah Urei

15. Sempana Ganja Iras

16. Pada Suatu Dimensi

17. Kebencian

18. Jangan Ikut Hati

19. Surat Cinta Pertama

20. Amanah

Biodata Penulis

Weight0.25 kg
Dimensions18.4 × 11.4 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.