Carik-Carik Bulu Ayam: Kisah Runding Bahasa Dunia Melayu

ASMAH HAJI OMAR adalah pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za’ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

DBP (Cetakan Pertama, 2010)
153 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM45.00

Only 1 left in stock

Carik-Carik Bulu Ayam: Kisah Runding Bahasa Dunia Melayu menceritakan bagaimana proses rundingan di balik tabir pembentukan Piagam Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Usaha MBIM/MABBIM dalam menstandardisasi ejaan dan istilah Ilmu tiga negara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam sejak 1972 lagi bukanlah satu perkara yang mudah. Kaedah dalam mencapai matlamat standardisasi itu telah digubal, diuji dan diterima pakai oleh ketiga-tiga negara berkenaan. Tetapi di samping kaedah yang sudah pun dimasukkan ke dalam Piagam MABBIM, pencapaian matlamat bergantung kepada faktor-faktor kemanusiaan yang meliputi psikologi dan budaya idiosinkratik tokoh-tokoh yang terlibat dalam perundingan. Inilah yang dipaparkan dalam buku ini.

Buku ini juga memperlihatkan bahawa keakraban yang secara rasmi diwujudkan dalam perjanjian atau komunike antara negara mempunyai latar yang kaya dengan strategi bagi menyelesaikan konflik idea, dan dengan itu membina silaturrahim antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam perbincangan. Dan keakraban ini melimpah ke luar bilik perundingan, sehingga apa yang dirancangkan sebagai kerjasama rasmi antara negara berubah menjadi medan jalinan antara sahabat.

Dalam beberapa penjelasan tentang apa yang berlaku itu, penulis menggunakan teori konflik dan penyelesaian konflik yang menjadi tumpuan kajian beliau selama ini, khususnya konflik dalam hal bahasa. Untuk menerangkan perundingan MBIM/MABBIM, penulis memberi latar belakang ketiga-tiga buah negara yang berperanan dan yang serumpun ini dari segi perbezaan geolinguistik serta penglihatan dunia dan kognisi, yang tumbuh daripada rangsangan pengaruh luar, khususnya arus perkembangan sosial yang dibawa oleh Belanda (bagi Indonesia) dan Inggeris (bagi Malaysia dan Brunei). Perbincangan konflik dan penyelesaian dilihat daripada satu kerangka yang terdiri daripada empat paksi iaitu paksi politik, paksi bahasa, paksi pengkhususan, dan paksi pengalaman.

Melalui pendekatan yang seperti ini, penulis berharap pembaca dapat melihat MBIM/MABBIM dalam perspektif yang lebih luas dan bukan sekadar gambaran sekumpulan pakar yang berbincang di meja perundingan untuk membentuk istilah. Daripada hasil kajian penulis semasa menulis buku ini, beliau membuat kesimpulan bahawa kaedah yang penulis namakan kaedah MBIM/MABBIM adalah satu kaedah yang nyata ada, bukan yang hanya terdapat dalam angan-angan atau khayalan.

Penulisan buku ini ialah lanjutan daripada buku Muafakat Bahasa: Sejarah MBIM/MABBIM Sebagai Pembina Bahasa yang telah penulis sempurnakan dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2004. Buku ini merakamkan sejarah MBIM/MABBIM seperti yang terdapat dalam dokumen-dokumen organisasi ini, dengan melihat etosnya, struktur organisasinya, program-program pembinaan dan semua yang berkaitan dengannya. Perkara yang tidak terangkum di dalam buku tersebut secara ketara ialah faktor-faktor humanistik yang berperanan penting dalam sesuatu perundingan, yang menentukan kejayaan atau sebaliknya. Gabungan dua tajuk ini, iaitu Muafakat Bahasa dan Carik-Carik Bulu Ayam memberikan gambaran yang lengkap tentang sejarah dan perjalanan MBIM/MABBIM, serta Kaedah MBIM/MABBIM.

Pengenalan

BAB SATU Berunding dan Membuat Keputusan

BAB DUA Mata Sama Hitam, Penglihatan Bermacam-macam

BAB TIGA Tradisi Melalui Zaman dan Situasi

BAB EMPAT Satu Kain, Lain Coraknya

BAB LIMA Beza Pendapat, Beza Kognisi

BAB ENAM Kaedah MBIM/MABBIM

BAB TUJUH Pengalaman dan Harapan

Bibliografi
Indeks

Weight0.473 kg
Dimensions23.5 × 15.8 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author