Out of stock

Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi

Oleh: Azhar Ibrahim

SIRD (2016)
258 Mukasurat

RM33.00

Out of stock

Product ID: 2280 Category:

…para inteligensia kita seharusnya memikul tugas kemanusiaan dengan berfungsi sebagai peninjau idea dan penggerak menyanggah autoriti kuku besi dan salah guna kuasa, serta mengungkap gagasan idealisme pembaharuan yang boleh diterokai dalam masyarakatnya, dengan menyemai pemikiran kritis dan kreatif yang penting dalam menyuguhkan budaya berfikir.

Mentelah lagi, di saat-saat ketaksuban idea dan rasa defensive apabila identiti agama/budaya kita dipalitkan dengan penjenayahan keganasan dan rasisme, adalah menjadi kewajiban di kalangan para inteligensia

(a) memperbetulkan prejudis manusia yang senang mencari kambing hitam sebagai sasaran kebenciannya;

(b) mengafirmasi moral restraint dalam keadaan saling tuduh dan saling berdendam;

(c) menepis segala bentuk dogmatisme yang datang menjelma dalam berbagai aliran pemikiran baik agama, kebudayaan, politik dan sebagainya.

Azhar Ibrahim menghimpun makalah-makalah berkenaan para inteligensia khasnya dari sudut gagasan pemikiran yang mereka bawa. Pertemuan dan perkenalan beliau dengan mahaguru, sasterawan dan budayawan menginspirasi untuk mengenali kelompok ini dengan lebih lanjut sehingga dikumpulkan menjadi sebuah buku yang sekarang berada di tangan anda.

Hal ini agar termaklum bahawa golongan intelektual/inteligensia adalah kelompok yang penting dalam setiap masyarakat kerana mereka menjadi obor pencerahan, pengaju keadilan dan penyeru kepada perubahan dan kemajuan.

Masyarakat yang terkebelakang mungkin dapat memecahkan belenggu masalah sekiranya ia memiliki kelompok intelektual berfungsi, yang tentunya didukungi oleh kepimpinan negara yang bervisi dan beretika.

Weight 0.425 kg
Dimensions 14 × 0.6 × 21.5 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *