Out of stock

Cherita Sutradara dan Seniman Mamat Khalid

HASSAN ABDUL MUTHALIB adalah pereka, sejarah filem, pengkritik filem, dan pembuat filem selama lebih 50 tahun.

AZLAN MOHD DAHARI adalah Pegawai Penerbitan Kanan di Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penerbit UPSI (Cetakan Kedua, 2019)
142 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM55.00

Out of stock

Cherita Sutradara dan Seniman Mamat Khalid mengupas secara terperinci latar belakang pengarah filem terkenal ini dan mengenali beliau melalui filem-filemnya. Walaupun karya filemnya lebih tertumpu kepada unsur jenaka namun tahukah anda bahawa Mamat Khalid juga ada menyelitkan sedikit tentang hidupnya dan mesej-mesej tersirat dalam filemnya. Buku ini membimbing pembaca dalam memahami maksud tersurat dan tersirat dalam karya filemnya dan juga mengenali dengan lebih dekat kepada pemikiran dan terhadap dirinya sendiri. Mamat Khalid, nama yang begitu sinonim dengan dunia hiburan seni di Malaysia. Karya sentuhannya amat disukai oleh rakyat Malaysia, sebut saja “Hantu Kak Limah” maka terlintas dalam minda kita nama Mamat Khalid. Sememangnya Mamat Khalid sudah berjaya mencipta brandingnya yang tersendiri dan tidak mampu dilakukan oleh pengarah filem lain.

Genre pilhan Mamat Khalid tidak lain dan tidak bukan, hanya parodi yang bersandarkan komedi. Ia mengambil sesuatu karya asal atau peristiwa yang pernah berlaku dan kemudian menyampaikannya secara lucu dengan tujuan mentertawakannya. Dengan pendekatan ini, Mamat Khalid menyampaikan kritikan terhadap sesuatu atau seseorang tanpa menyakiti hati sesiapa kerana khalayak akan menganggap bahawa yang ditertawakan itu ialah karya asal atau sesuatu peristiwa. Namun, untuk memahami maksud Mamat Khalid, penonton perlu mengenali terlebih dahulu karya, peristiwa atau siapa yang diperkatakannya itu, di samping bijak mentafsir apakah sebenarnya yang mahu diperkatakan Mamat Khalid.

Sejarah adalah antara subjek yang menjadi kegemaran Mamat Khalid untuk menyampaikan sesuatu cerita. Misalnya, Lang Buana berlatarkan zaman penjajahan British pada awal kurun ke-20; Man Laksa pula pada era 1970-an, dan Kala Malam Bulan Mengambang pada era 1950-an. Pemilihan latar sedemikian memberi petanda bahawa subjek cerita berkaitan dengan sesuatu yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Filem-filemnya dalam siri Rock pula mengambil dekad 1980-an untuk memberi backstory dan juga asal usul tradisi muzik yang mempengaruhi psikologi watak-watak utamanya yang bermula sejak mereka kecil lagi.

Mamat Khalid tidak berkarya secara kosong. Sebagai seorang ahli fikir, beliau mempunyai sandaran terhadap sesuatu apabila berkarya. Hal ini dapat dilihat melalui design sense yang digunakannya yang merujuk beberapa aliran seni seperti Dadaisme, ekspresionisme, surealisme dan elemen gothik. Antara aliran-aliran ini mula timbul dalam sastera Eropah pada kurun ke-19, kemudian pada awal kurun ke-20, ia mula menjelma dalam bidang visual. Seterusnya dibawa ke medium filem. Hal ini dapat dilihat dalam bidang seni reka produksi (production design), penataan cahaya dan camera framing. Penggunaan aliran-aliran ini temyata boleh dikesan dalam filem-filem beliau seperti Kala Malam Bulan Mengambang, Zombi Kilang Biskut, Apokalips X, dan Amir dan Lokman Pergi ke Laut. Dalam filem-filem tersebut, teknik persembahan adakalanya menjadi perkara utama (foregrounded), sebagai petanda yang kemudian menjadi petunjuk tentang subteks. Dengan itu, Mamat Khalid membawa satu estetika baharu dalam sinema Malaysia kontemporari, sekali gus melahirkan satu revolusi melalui film form (bentuk filem) dan social practice (aktiviti sosial).

Jika dianalisis secara mendalam, gaya penceritaan Mamat Khalid juga merujuk beberapa teori seperti marxisme, antara teori sosialisme daripada Karl Marx, carnivalesque, teori sastera yang berasal daripada Mikhail Bakhtin dan distanciation, teori persembahan teater daripada Bertolt Brecht. Jelas, Mamat Khalid menjadi avant-garde dan anti-classical dalam estetika berceritanya yang bersesuaian dengan zaman pascamoden sekarang.

Dengan karya-karyanya, Mamat Khalid sering kali bersifat reflexive, iaitu melihat dan menilai dirinya serta milieu yang diceburinya, iaitu produksi filem dan drama televisyen. Namun, ia dibuat dengan cukup tersirat dan disampaikan secara indeksikal (menggunakan petanda-petanda) ataupun simbolik (secara kiasan) agar tidak menyentuh perasaan atau keperibadian seseorang, Dalam hal ini, Mamat Khalid memperlihatkan dirinya sebagai manusia Melayu yang berbudaya Melayu. Sesuai dengan budayanya, sebarang kritikan tidak dibuat secara terang-terangan tetapi disampaikan secara lembut dan penuh berhemah. Itulah parodi gaya Mamat Khalid. Parodi Mamat Khalid bukan hanya untuk menyindir secara halus tetapi sindiriannya adalah untuk membuka mata khalayak agar memperbaiki diri dengan melihat diri mereka pada watak-watak dilayar, sama ada baik ataupun sebaliknya Sebagai seorang karyawan Muslim, maka Mamat Khalid tergolong dalam kumpulan yang memanggil kepada kebaikan sebagaimana yang dikehendaki agama.

Prakata

1. Dari Belakang Tabir

Tempat Kelahiran
Hubungan Keluarga
Kehidupan Berkeluarga
Sifat dan Perwatakan

2. Karya Filem: Antara yang Tersurat dengan Tersirat

Lang Buana
Man Laksa
Zombi Kampung Pisang
Kala Malam Bulan Mengambang
Estet
Hantu Kak Limah Balik Rumah
Amir dan Loqman Pergi ke Laut
Apokalips X
Trilogi Tiga Filem Rock
Rock
Rock Oo!
Rock Bro!
Lebuhraya ke Neraka
Hantu Kak Limah
Ringkasan Kejayaan Filem Mamat Khalid

3. Mamat Khalid dan Tanjong Malim

Sarang Art Hub
Tanjong Malim dan UPSI

4. Mamat Khalid dalam Akhbar

Koleksi keratan akhbar mengenai Mamat Khalid

Bibliografi
Indeks

Weight0.4 kg
Dimensions22.9 × 20.3 × 1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.