Cinta Masitah

Syed Othman bin Syed Omar al-Yahya (31 Disember 1938 – 31 Julai 2008) atau lebih dikenali sebagai S. Othman Kelantan adalah salah seorang Sasterawan Negara Malaysia. Beliau mula menulis sejak tahun 1953. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen. Antara novel beliau yang terkenal ialah Angin Timur Laut (1969), Juara (1976), Wajah Seorang Wanita (1990), dan Nagogho Astana (1997). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995. Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun 1990.

DBP (Cetakan Pertama 2011)
459 halaman

RM30.00

In stock

Product ID: 898 SKU: 9789834607098 Categories: , , Tags: , , , ,

Antologi Cerpen Berunsur Islam: Cinta Masitah menghimpunkan 35 cerpen daripada 24 pengarang Melayu di Malaysia. Para pengarang ini boleh dikelompokkan kepada dua golongan; iaitu pengarang mapan termasuk Sasterawan Negara, penerima S.E.A. Write Award; dan pengarang generasi baru sebagai pelapis yang sangat menjanjikan.

Tema cerpen lebih cenderung menginterpretasikan ajaran al-Quran dan hadis yang menyuburkan landas seni kesusasteraan Islam dengan mengemukakan pelbagai persoalan masyarakat, pengajaran dan akhlak Islam, berani berkorban dan berjihad, cinta kepada Allah dan kemanusiaan, membela kehormatan agama dan bangsa, berbuat kebajikan dan menanamkan keyakinan untuk berjuang kerana Allah, dengan semangat yang optimistik dan positif.

PARA PENGARANG

Sasterawan Negara Abdullah Hussain
Abdullah Tahir
Abdul Rauf Baharuddin
Azizi Haji Abdullah
Faisal Tehrani
Ghafirah Idris
Hizairi Othman
Ibnu Ahmad al-Kurauwi
Kamariah Kamarudin
Mawar Shafei
Nazmi Yaakub
Nisah Haji Haron
Noorhisham Mustaffa
Rahimidin Zahari
Rejab F.I.
S.M. Zakir
Sasterawan Negara S. Othman Kelantan
Salina Ibrahim
Sasterawan Negara Shahnon Ahmad
Sharif Putera
Siti Hajar Mohd . Zaki
Ummu Hani Abu Hassan
Zaid Akhtar
Zainal Rashid Ahmad

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.634 kg
Dimensions 14.0 × 2.9 × 21.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789834607098

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Cinta Masitah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.