Out of stock

Ciri Pemisah Antara Islam dan Zindik

Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali (1058 – 1111 Masehi) adalah pengarang kepada sekitar 70 buah karya dalam bidang fekah, tasawuf, ilmu kalam dan juga falsafah. Antara karya beliau yang paling terkenal Ialah Ihya` Ulumuddin (tasawuf), Tahafut al-Falasifah (Falsafah) dan al-Mustasfa fi `ilm al-Usul (usul fekah).

IBDE Ilham Sdn. Bhd (Cetakan Pertama 2018)

98 halaman

ISBN 9789761549742

RM20.00

Out of stock

Product ID: 3257 Subject: Sub-subjects: , ,

Ciri Pemisah Antara Islam dan Zindik atau Faysal al-Tafriqah Baina al-Islam wa al-Zandaqah adalah buku ketiga karangan imam al-Ghazali yang diterjemah dan diterbitkan oleh IBDE disamping terjermahan corpus-corpus tokoh-tokoh dunia yang lain. Terjermahan buku ini memberi peluang dan ruang kepada pembaca untuk meneliti satu perbahasan yang penting, lebih-lebih lagi dizaman munculnya beberapa kelompok Islam baru yang mendakwa kebenaran hanya milik mereka dan lebih melampau ada di antara mereka yang menghalalkan darah orang Islam.

Takfir, atau kafir -mengkafir, merupakan antara penyakit yang membawa kepada kemunduran dalam masyarakat Islam berabad lamanya. Melalui buku Faysal al-Tafriqah baina al-Islam wa al-Zandaqah Imam al-Ghazali dengan keluasan Wawasan pemikirannya memberi takrif yang jelas kepada takfir. Beliau meletakkan batasan untuk tidak mengeluarkan orang Islam, walau apa pun kecenderungannya di dalam perpecahan mazhab, daripada lingkungan Islam selagi ia bersaksi atas keesaan Tuhan dan kenabian Muhammad.

Ciri Pemisah Antara Islam dan Zindik ini merupakan salah satu buku Imam al-Ghazali yang paling meluas dibaca.

Petikan Penyunting: Sebagai seorang tokoh yang berpengaruh di nusantara, Al-Ghazali selalu dikaitkan dengan iktikad-iktikad tasawuf yang menjadi mazhab umum masyarakat lewat lhya’ Ulumiddin. Jarang sekali pemikiran teologi dan usuluddin Al-Ghazali dibahas, antara lain sumber-sumber mengenainya sukar dicapai.

Terjemahan Faysal ini memberi peluang dan ruang kepada pembaca untuk meneliti satu perbahasan yang penting, lebih-lebih lagi di zaman munculnya beberapa kelompok Islam baru yang mendakwa kebenaran hanya milik mereka dan lebih melampau ada di antara mereka yang menghalalkan darah orang Islam.

Kendati demikian, perbahasan dalam buku ini bukanlah satu-satunya perbahasan yang harus ditelaah pembaca. la bagus sebagai satu pengenalan untuk mengikuti perbahasan-perbahasan yang melibatkan akidah dan pokok-pokok agama. Antara yang menarik untuk diperhatikan dalam buku ini ialah bagaimana Imam al-Ghazali di dalam buku ini berdepan dengan mazhab Syiah.

Setelah itu, perhatikan pula beberapa bahagian dalam buku ini, terutamanya bab-bab awal, yang menceritakan fenomena mazhab-mazhab yang menyebarkan doktrin “kebenaran itu milik kami”. Hal ini diterangkan oleh Al-Ghazali dengan tuntas dan tidak meleret-leret. Semestinya, bab mengenai takwil dan bagaimana takwil itu menjadi benar dan boleh dipakai tidak boleh dilangkau oleh pembaca. Al-Ghazali menerangkan beberapa wujud (existences) yang menjadi ukuran takwilan seseorang terhadap sesuatu nas agama itu dapat diterima atau tidak.

Sikap toleransi yang ditunjukkan Al-Ghazali dalam buku ini wajar dijadikan tauladan kepada kita ketika berhadapan pelbagai jenis aliran. Dan sikap ini boleh menyelamatkan masyarakat daripada kecamuk di dalam kancah budaya takfir (mengkafirkan) yang leluasa.

Weight0.2 kg
Dimensions11.2 × 0.6 × 17 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. ab kahar harun (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author