Daerah Kuala Muda: Sejarah Pusat-Pusat Pentadbiran Kota Kuala Muda dan Sungai Petani 1905-1957

K. NADARAJA ialah Profesor Madya di College of Law, Government and International Studies (COLGIS), Universiti Utara Malaysia.

Terjemahan daripada judul asal The Kuala Muda District: History of the Administrative Centres of Kota Kuala Muda and Sungai Petani, 1905-1957.

Penerbit UUM (Cetakan Pertama, 2022)
233 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM58.00

Only 1 left in stock

Product ID: 35194 Subject: Sub-subjects: , , , , ,

Daerah Kuala Muda: Sejarah Pusat-Pusat Pentadbiran Kota Kuala Muda dan Sungai Petani 1905-1957 membincangkan beberapa peristiwa penting yang telah membentuk sejarah Daerah Kuala Muda dalam tempoh masa 50 tahun pertama, sejak pengenalan sistem pentadbiran moden Kedah pada 1905 sehingga kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Ianya mengetengahkan perkembangan pusat pentadbiran Daerah Kuala Muda, iaitu, Kota Kuala Muda dan Sungai Petani. Penceritaan bermula dengan menunjukkan transformasi Kota Kuala Muda dari sebuah wilayah feudal kepada sebuah pusat pentadbiran moden. Perkembangan sejak tahun 1905 juga telah memperlihatkan penubuhan beberapa buah pejabat awam termasuk pelantikan pegawai kerajaan untuk menguruskan tugas hal ehwal pentadbiran daerah tersebut. Buku ini juga memfokuskan kemunculan Sungai Petani sebagai pusat pentadbiran baru pada 1915 untuk menggantikan Kota Kuala Muda. Ia telah membabitkan pembinaan sebuah pekan baharu, termasuk jalan raya, jalan kereta api, binaan bangunan serta pembukaan dan penerokaan tanah untuk pertanian dan perladangan.

Daerah Kuala Muda di negeri Kedah, terletak di lembah antara dua sungai utama, iaitu Sungai Muda dan Sungai Merbok. Daerah tersebut merupakan sebuah daerah yang penting kerana sejarah lampaunya. Di sebelah selatan Sungai Muda terletaknya Seberang Perai (Province Wellesley) dan di sebelah utara pula ialah Daerah Pendang. Di sebelah barat laut ialah Daerah Yan dan di timur laut pula Daerah Sik. Dari pesisiran pantai barat menuju ke kawasan pedalamannya dan merentasi ke kawasan bukit-bukau ialah sempadan Rehman, di mana sempadan Thailand bertemu dengan sempadan Negeri Perak. Gunung Jerai yang merupakan gunung tertinggi di Kedah turut terletak di Daerah Kuala Muda. Daerah Kuala Muda juga merupakan sebuah daerah pertanian seperti kawasan lain di Kedah. Penanaman padi, getah, kelapa sawit serta perikanan merupakan aktiviti utama penduduk di sini. Pada suatu ketika, Daerah Kuala Muda juga terkenal sebagai lokasi sumber-sumber galian seperti bijih besi dan timah. Namun, kedua-dua sumber ini telah semakin berkurangan. Akibat proses modenisasi, beberapa industri ringan telah wujud di daerah ini. Bandar Sungai Petani telah muncul sebagai bandar utama dan pusat pentadbiran di Daerah Kuala Muda. Pekan-pekan kecil bagi daerah ini ialah pusat pentadbiran lama, iaitu Kota Kuala Muda, Semeling, Merbok, Bedong, Jeniang, Gurun, Tikam Batu, Sungai Lalang, Bukit Selambau dan Tanjung Dawai.

Kota Kuala Muda merupakan petempatan yang mempunyai sebuah pelabuhan pedalaman kecil yang penting. Kota Kuala Muda pernah juga dijadikan sebagai ibu kota sementara, iaitu ketika di bawah pentadbiran kekuasaan Siam antara tahun 1821 sehingga tahun 1842. Oleh itu, di bawah pentadbiran moden juga Kota Kuala Muda turut menjadi pusat pentadbiran pada tahun 1905. Namun menjelang satu dekad kemudian, atas sebab-sebab tertentu, semua urusan pentadbiran di Kota Kuala Muda telah dipindahkan ke pekan Sungai Petani, iaitu pekan yang baru muncul di bahagian tengah daerah ini. Dengan itu, berakhirlah peranan Kota Kuala Muda sebagai pusat pentadbiran moden daerah itu. Walaupun Kota Kuala Muda berperanan sebagai pusat pentadbiran dalam tempoh masa yang singkat, namun, tidak dinafikan bahawa segala urusan pentadbiran moden Daerah Kuala Muda bermula dari Kota Kuala Muda. Jika dibandingkan dengan Kota Kuala Muda, Sungai Petani merupakan sebuah pekan baharu yang telah meningkat dengan pesat sebagai pusat pentadbiran dan pusat komersial yang mengagumkan. Kini, bandar Sungai Petani merupakan bandar kedua terpenting selepas bandar Alor Setar, iaitu ibu kota negeri Kedah.

Buku ini berdasarkan beberapa laporan tahunan negeri Kedah, fail Setiausaha Kerajaan (SUK), Laporan Lembaga Kebersihan (Sanitary Board), Laporan Pejabat Tanah Kuala Muda dan dokumen-dokumen lain termasuk laporan akhbar. Dokumen-dokumen ini merupakan sumber utama bagi kajian ini. Tidak seperti negeri-negeri Melayu Bersekutu, yang terdapat banyak maklumat mengenainya sejak British mula bertapak, rekod-rekod mengenai pentadbiran negeri Kedah hanya mula disimpan secara teratur selepas pegawai British, G.C. Hart yang dahulu dilantik untuk menjawat jawatan di Siam oleh kerajaan British India. Beliau kemudian menggantikan W.J.F Williamson sebagai Penasihat Kewangan di Kedah pada tahun 1905. Sejak itulah segala maklumat mengenai negeri Kedah termasuk daerah-daerahnya telah didokumenkan secara teratur, dikumpulkan serta diterbitkan dalam bentuk laporan-laporan tahunan. Mujurlah, beberapa surat-menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah dikekalkan dan merupakan sumber maklumat yang agak penting dari aspek sosioekonomi dan keadaan pentadbiran negeri Kedah selama 15 tahun pada akhir kurun ke-19 dan beberapa tahun awal pada kurun ke-20.

Prakata

1. Pengenalan
Daerah Kuala Muda: Latar Belakangnya

2. Kota Kuala Muda Pada Abad Ke-19 dan Awal Abad Ke-20
Kuala Muda Sebagai Pusat Perdagangan
Kedatangan Orang Cina
Pertukaran Nama (Perubahan Nama Kuala Muda)
Hasil Pajakan (Pungutan Hasil Cukai)
“Monte Carlo Timur”

3. Permulaan Era Baharu
Kota Kuala Muda Sebagai Sebuah Pusat Pentadbiran Moden
Pegawai Daerah, Tugas dan Tanggungjawabnya
Mukim-mukim di Daerah Kuala Muda
Penghulu

4. Pejabat Kerajaan Yang Lain
Balai Polis
Hospital, Mahkamah Daerah dan Penjara
Lembaga Kesihatan
Jabatan Monopoli Candu
Perbendaharaan

5. Pengangkutan, Kependudukan dan Kehidupan Sosial
Jalan Raya Pertama di Daerah Kuala Muda
Kependudukan Kuala Muda
Kehidupan Sosial Masyarakat
Kemerosotan Kota Kuala Muda

6. Sungai Petani – Pusat Pentadbiran Baharu Daerah Kuala Muda
Sungai Petani Pada Permulaan Abad Ke-20
Tapak Asal Sungai Petani

7. Pembinaan Sebuah Pekan Baharu
Pembinaan Bangunan
Balai Polis
Hospital dan Penjara
Pembinaan Jalan Raya dan Jalan Kereta Api
Bekalan Api dan Air

8. Kemunculan Pertanian Secara Ladang
Ladang Getah Terawal
Hospital Kumpulan Ladang
Ladang Teh Bigia

9. Perkhidmatan Pengangkutan Darat dan Feri
Pengangkutan Darat
Perkhidmatan Feri

10. Syarikat Perniagaan
Hong Kong dan Shanghai Bank
Perniagaan-Perniagaan Lain

11. Pegawai Daerah Kuala Muda
Che Ahmad bin Md Isa (1906-1930)
Tunku Abdul Rahman (1935-1937)
Syed Idrus Al-Idrus bin Syed Mashor (1952-1957)

12. Sekolah dan Tempat Ibadat
Sekolah Melayu Kerajaan
Sekolah Inggeris Kerajaan
Sekolah Cina
Sekolah Mubaligh Kristian
Sekolah Tamil
Masjid al-Rahmaniah
Tokong Cina dan Kuil Hindu
Gereja Katolik

13. Kelab Rekreasi dan Panggung Wayang
Kelab Sungai Petani
Kelab Kuala Muda
Chinese Recreation Kelab
Panggung Wayang

14. Lapangan Terbang dan Jam Besar
Lapangan Terbang Kecemasan
Jam Besar Sungai Petani

15. Sungai Petani Semasa Pendudukan Jepun
Pemindahan
Tentera Jepun Menduduki Sungai Petani
Kezaliman Tentera Jepun
Kedah di bawah Pentadbiran Siam
Jepun Menyerah Kalah

16. Kebangkitan Komunis dan Darurat
Kekecohan di Industri
Perbalahan Kaum
Membanteras Ancaman Komunis
Kempen Menawan Hati dan Minda Rakyat

17. Tahun 1950-an dan Perjalanan Ke Arah Kemerdekaan
Beberapa Perkembangan Pada Tahun 1950-an
Pekan Sungai Lalang, Bedong, Semeling dan Gurun
Sambutan Hari Kemerdekaan

18. Imbasan Sejarah Daerah Kota Kuala Muda

Nota Hujung
Rujukan
Mengenai Penulis
Indeks

Weight0.391 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author