Out of stock

Dalam Ribuan Mimpi Gelisah: Memoir Said Zahari

SAID ZAHARI (1928–2016) adalah bekas ketua editor akhbar Utusan Melayu. Pada 1961, dia memimpin wartawan mogok kerana membantah tindakan UMNO menguasai Utusan Melayu.

Utusan Publications (Cetakan Pertama, 2006)
290 halaman termasuk Lampiran dan Indeks

RM40.00

Out of stock

ISBN: 9789676118486 Product ID: 30803 Category: Sub-subjects: , , ,

Dalam Ribuan Mimpi Gelisah merupakan memoir Said Zahari yang kedua selepas Meniti Lautan Gelora. Walaupun judulnya bernada puitis, namun penulisannya amat konsisten dengan konsep genre sebuah memoir yang jelas mencatatkan pengalaman, pengamatan dan pemikiran, worldview, penulis, tanpa saduran apa pun, wartawan veteran dan bekas tahanan politik dari penjara Singapura tahun-tahun 1960-1970-an itu. Pendirian politik antipenjajah, antiimperialisme, Said Zahari amat ketara dalam buku ini seperti juga dalam buku pertamanya, Meniti Lautan Gelora—sebuah memoir politik yang terbit pada tahun 2001. Begitu juga pendiriannya terhadap rejim PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang bertanggungjawab atas penangkapan dan pemenjaraannya selama 17 tahun itu adalah amat jelas.

Dengan berani dan tegasnya, Said Zahari mendedahkan kekejaman rejim PAP khususnya terhadap penentang-penentang politiknya yang ditangkap dan ditahan tanpa bicara, menggunakan undang-undang yang diwarisinya daripada penjajah British. Seksaan dan deraan ke atas para tapol dicatatkan oleh Said Zahari dengan terperinci. Sukar dipercayai perbuatan kejam seperti itu boleh berlaku, dan kita tidak akan tahu jika orang yang terdera dan terseksa itu sendiri tidak menceritakannya.

Itulah fokus Dalam Ribuan Mimpi Gelisah. Said Zahari terpenjara selama 17 tahun, tanpa pembicaraan di mahkamah, Justeru tidak pernah dibuktikan dosa beliau dihukum penjara begitu lamanya. Kalau ini bukan satu kekejaman terhadap beliau, apa namanya itu? Namun, setelah membaca buku ini, kita menemui seorang insan yang tidak menyimpan rasa dendam terhadap orang yang memfitnah dan menghumbankannya ke dalam penjara. Manusia apa pula namanya ini?

Kita membaca cerita yang bersahaja, bukan sahaja tentang penderaan dan penyeksaan terhadap orang yang ditahan bersamanya tetapi juga terhadap penyeksaan ke atas dirinya sendiri sepanjang 17 tahun itu. Yang menarik lagi adalah ceritanya tentang perjuangan tahanan politik dalam penjara, bentuk perjuangan dan pengorbanan mereka. Dalam buku ini Said Zahari bukan hanya membuat catatan tentang pengalaman pahit getir mereka tetapi yang lebih menarik lagi ialah beliau juga menganalisis tindakan mereka itu, dan memuhasabah serta mengkritik diri sendiri.

Memoir jilid kedua Said Zahari ini menceritakan juga kisah derita menyayatkan hati isteri dan anak-anak kecilnya yang beliau tinggalkan pada 2 Februari 1963 apabila beliau diheret ke penjara oleh polis “rejim Lee Kuan Yew yang didokong oleh penjajah British itu”. Pembaca akan kagum dengan cerita penderitaan keluarga Said Zahari semasa beliau terpenjara. Kita dapat melihat Said Zahari yang berpendirian tegas dan tak tahu erti takut kerana memperjuangkan keadilan dan kebenaran itu, rupa-rupanya masih berperasaan dan beremosi seperti manusia biasa juga. Katanya, dia begitu terperanjat dan terharu, lantas jiwanya tertekan setelah mendengar kisah kesengsaraan hidup yang diluahkan oleh isterinya, buat pertama kali, semasa beliau dalam buangan di Pulau Ubin dan sudah hampir akan dibebaskan,

Semasa mendengar luahan cerita hidup sengsara yang dialami keluarganya itulah tiba-tiba mata hatinya “tercelek” lalu tersedar akan “dosa-dosanya” terhadap isteri dan anak-anak…. Muhasabah diri Said Zahari dan pengakuan kesalahannya dalam hal ini amat ketara. Lantas dia minta ampun kepada Ilahi kerana “memungkiri ikrar semasa diijabkabulkan” dengan isterinya, Salamah. Ternyata itulah “harga” yang harus dibayar oleh Said Zahari dalam perjuangannya menentang fitnah dan tuduhan melulu yang dibuat-buat oleh Lee Kuan Yew yang bersekongkol dengan penjajah British. Kontradiksinya di sini ialah: melawan fitnah (dalam penjara) di satu pihak, dan mengingkari tanggungjawab terhadap keluarga (di luar penjara) di satu pihak yang lain.

Dedikasi
Kata Pengantar
Prakata
Penghargaan
Sajak dari Penjara

BAHAGIAN I
AWAN HITAM MENGGULUNG SINGAPURA

BAB 1: AWAN HITAM DI ANGKASA SINGAPURA
Senario Selepas Perang Dunia Kedua
PAP Dirundung Krisis
Malaya Terheret Sama
Konspirasi Penjajah
Singapura Disingkir
“New York” Malaysia

BAB 2: DARI RUMAH KE PENJARA
Kawan Dipercayai Jadi Pembelot
Kontradiksi dalam Kehidupan
Ketukan di Pintu yang Menggerunkan

BAB 3: MIMPI GELISAH
Puncanya di Perut Sel
Sudah Tahu Berdikari
Ranjang Dua Tingkat
Mereka Tidak Keseorangan
Teringat Ajaran Kiyai Tasim
Tiada Lagi Sopan Santun

BAHAGIAN II
MENJADI TAPOL

BAB 4: HINGAR-BINGAR DI PENJARA OUTRAM
Linda Chen, Peminat Bahasa dan Sastera Melayu
Banduan Tanpa Bicara
Sai Jha-ha-liiii …”
Solat Subuh di Dalam Sel
Realiti Hidup
“Ini Jel, Bukan Hotel!”

BAB 5: PENANGKAPAN DI SINGAPURA DAN SEMENANJUNG
Domino Tunggang Balik
Singapura Jadi Komunis?
Masih Mentaliti Tertawan!
Dari Penjara Outram ke Penjara Changi

BAHAGIAN III
PERJUANGAN DALAM PENJARA

BAB 6: SEKOLAH POLITIK DAN KURUNGAN PERSENDIRIAN
Masuk “Sekolah Politik”
Hidup Seperti Satu Sekeluarga Besar
Fahaman Ideologi Politik Tapol

BAB 7: PERJUANGAN DALAM PENJARA
“Mogok Lapar” dan “Puasa Politik”
“Puasa Politik” dan “Puasa Agama”
Membantah Sistem Buruh Paksa
“Pisah Kemudian Seksa”
Chin Tien Pu’ Hue Chia

BAB 8: TUNTUTAN TAPOL
Udang Goreng, Kari Ayam
Menjejas Kesihatan
Forced Feeding yang Memudaratkan
Pengalaman Pedih Michael Fernandez

BAHAGIAN IV
HARGA KEBEBASAN

BAB 9: TEKANAN KE ATAS REJIM LEE KUAN YEW
Mogok Lapar Tapol Malaysia
T.T. Rajah Dalam Kenangan
Tekanan Politik Jimmy Carter

BAB 10: ANTARA LOBAK MERAH DENGAN ROTAN
Wawancara Chia Thye Poh dengan Newsweek
Tolak “Rezeki” Jadi Pengarah IBK
Rasuah Politik
The Cat is out of the Bag
Lobak Merah atau Rotan
Tengok Kawan Jadi “Bintang TV”
Dulu Dipuji Sekarang Dikeji
Pengalaman Pahitnya Disembunyikan

BAB 11: BERAPA HARGANYA “KEBEBASAN”?
Muka Manis Jadi Bengis
Dibelasah Tanpa Kasihan
Kerana Tak Mahu Khianati Kawan….
Anjing Menyalak Nampak Hantu
Kagum dengan Keberaniannya
Dikhianati Ketuanya Sendiri
Baik Mati daripada Menyerah
Manusia Merancang, Tuhan Menentukan
Jumpa Doktor

BAB 12: RAKAN SEPERJUANGANKU LIM CHIN SIONG DAN HO PIOW
Bagaimana Lim Chin Siong Dihapuskan
Keadaan Lim Chin Siong Sewaktu Dibebaskan
Sebutir Bintang di Langit Zaman
Ho Piow Menahan Seksa

BAHAGIAN V
MANGSA REJIM LEE KUAN YEW

BAB 13: KUMPULAN “MARXIST” JUGA DIKEJAMI
“Konspirasi Marxist”
Promosi di Hong Kong
Ditangkap Semula
Jeritan Hati Fong Har

BAB 14: FANG CHUANG PI “THE PLEN” BUAT PENJELASAN
“Saya Bukan Tbe Plen”, Kata Fang
Kesal dengan Kesilapan
Rancangan Menemui Fang Berkecai
Sumbangannya Harus Diakui
Terserah kepada Chin Peng
Memoir Fang Chuang Pi

BAHAGIAN VI
MENULIS MEMOIR KEDUA

BAB 15: UNIVERSITI NANYANG APALAH NASIBNYA!
Benteng Antikomunis
Tujuan Penubuhan Universiti Nanyang
Mengapa Orang Melayu Bimbang
Siapa Bunuh Universiti Nanyang?
Nostalgia di Penjara Changi
Jadi Tamu Kehormat
Peranan Mahasiswa Universiti Nanyang Menentang Penjajah

BAB 16: DARI PULAU PINANG KE CAMERON HIGHLANDS
Naik Gunung Berinchang Pakai Kereta Pao Chong
Sal Dapat Inspirasi
Tempat Tengok Anak Bulan

BAB 17: MEMANG SELESA BEKERJA DI CAMERON HIGHLANDS
Main Congkak
Rutin Kerjaku di Cameron Highlands
Anak dan Cucu datang Bercuti
Imran Pandai Mengecek
Roseman Tak Tahan Lapar
Tak Sama Dengan Curi-curi Menulis di Penjara

BAB 18: USMAN AWANG & UTUSAN MELAYU YANG SUDAH TIADA LAGI
Masuk Sekolah Wartawan/Sasterawan
Riwayatnya Ditamatkan
Pencinta Tulisan Jawi Menangis
Kelemahan yang Patut Diatasi
Awang Sulong “Ada-ada Saja” Pasti Cubit Pengarang
Mogok Utusan, “Tulislah Lagi” Usman Awang Menyuruhku
Teh-O, Pisang Goreng

BAB 19: BANYAK KISAH BELUM TERCERITA
Lawan Mogok dari Pejabat Menteri Khir Johari
Pembelotan dan Mungkir Janji
Penyeludupan dalam Kem Mogok
Usman Awang: “Tak Sangka Kita Telah Ditipu”
Sejarah Berulang—MCA dan Akhbar Cina
Wartawan Tidak Patah Hati
Kebebasan Akhbar dan Demokrasi
Bebaskan Dahulu Minda Editor
Anugerah Kebebasan Akhbar 2001

BAHAGIAN VII
KISAH SEDIH TAK DILUPAKAN

BAB 20: KISAH SEDIH KELUARGA (KESENGSARAANNYA DIRAHSIAKAN)
Bayangan dalam Surat Anak-anak
Rezeki di Tangan Tuhan
Lin Si Penawar Hati
Cucuran Air Mata Sal
Akhirnya Tercerita Juga Kisah Sedih Keluargaku
Mesyuarat Keluarga Menderita
Insan Budiman
Sampai Pandai Memasak

BAB 21: SALAMAH DALAM KENANGAN
Keberanian Sal Inspirasi Kepada Mahasiswa
Meredah Badai Melanda Lautan
Tamu dari Hong Kong
Isteriku Rakan Seperjuanganku

BAHAGIAN VIII
BEBERAPA TOKOH KENALANKU

BAB 22: EMPAT PRESIDEN YANG AKU KENAL: SUATU KEBETULAN SEJARAH
Surat S.R. Nathan
Wartawan Jadi Presiden
Wee Kim Wee JP
Devan Nair, Presiden yang Malang!

BAB 23: ANWAR IBRAHIM: PEMIMPIN ATAU PEMIKIR?
Anwar dan “Bom Jangka”
Enam Tahun Digerhanakan
Bebas Tapi Berpolitik Tak Boleh
Berita Anwar Digelapkan
Apakah Sepatutnya Peranan Anwar
Aku, Anwar dan Penjara

BAHAGIAN IX
EPILOG

EPILOG: TERHUTANG BUDI KEPADA DR. MAHATHIR
Terima Surat
Dapat Kumpulkan Semula Keluarga
Peluang Bertemu Dr. Mahathir

Lampiran I
Lampiran II
Indeks

Weight 0.428 kg
Dimensions 22.5 × 15 × 1.7 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Puisi dari Penjara / Poems from Prison

    Puisi dari Penjara / Poems from Prison

    RM50.00