Dari Pesantren Ke Istana: Biografi Presiden ke-4 Indonesia Kiai Haji Abdurrahman Wahid

Greg Barton adalah pensyarah kanan Fakulti Seni di Deakin University, Geelong, Victoria. Pada penghujung tahun 1980-an, beliau mula mengkaji pengaruh liberalisme Islam di Indonesia serta sumbangannya terhadap perkembangan masyarakat sivil dan demokrasi. Salah seorang tokoh utama di sebalik perkembangan ini ialah Abdurrahman Wahid (Gus Dur), yang barangkali paling dikenali Barton berbanding pengkaji lain.

Penterjemah: Al-Mustaqeem M Radhi

Awal Nahdah Resources (Cetakan Pertama 2016)
529 halaman

RM55.00

In stock

Dari Pesantren Ke Istana: Biografi Presiden ke-4 Indonesia Kiai Haji Abdurrahman Wahid adalah terjemahan daripada Abdurrahman Wahid: Muslim, Democrat, Indonesian President (A View from the Inside) tulisan Greg Barton.

Biografi ini dikarang oleh Greg Barton, seorang penyelidik dan ahli akademik berasal dari Australia, yang mengenal Gus Dur sejak tahun 1998 dan karab dengan tokoh itu. Menerusi karya ini, Greg Barton berhasil bukan saja mencatat perjalanan Gus Dur dari pesantren ke Istana Presiden, tetapi juga menggambarkan liku-liku perjalanan Indonesia menuju demokrasi di tengah pergelutan antara rejim kuku besi dan kelompok pembaharu pro-demokrasi serta persaingan antara kelompok Muslim tradisionalis, modernis dan Islamis radikal.

Kiai Haji Abdurrahman Wahid, atau lebih mesra dipanggil Gus Dur, mencatat sejarah sebagai Presiden Indonesia yang pertama dipilih secara demokratik. Pemilihannya sebagai Presiden mengejutkan, terutama kerana latarbelakang Gus Dur sebagai seorang ulama tradisionalis dari dunia pesantren Nahdlatul Ulama.

Penulis beruntung kerana diberikan akses yang luas sepanjang kempen politik Gus Dur setelah kejatuhan Suharto dan sepanjang beliau memegang jawatan presiden. Penulis telah meluangkan ratusan jam bersama Gus Dur sepanjang tempoh itu, memandangkan mereka telah cukup saling mengenalinya sejak pertemuan yang pertama pada penghujung tahun 1980-an. Sepanjang 21 bulan Gus Dur menjadi presiden, penulis telah meluangkan masa selama tujuh bulan sebagai tetamunya, bangun seawal 4.30 pagi untuk meluangkan tiga jam pertama setiap hari bersamanya. Penulis juga berpeluang menyertai perjalanan beliau serata Indonesia, adakalanya ke luar negeri, serta memerhati kegiatannya sebagai seorang presiden.

Tampak pada penulis bahawa, justeru Gus Dur dan dunia Islam tradisionalis beliau kerap disalah-fahami, bahkan di Indonesia sendiri, maka sebuah riwayat yang cuba memahami tokoh ini dan dunianya secara berempati dari sudut pandang beliau sendiri tentunya bernilai besar, khususnya jika ia dihasilkan daripada pemerhatian secara langsung.

Mudah untuk menyebut sekian banyak paradoks yang membentuk Gus Dur.

Pertama, beliau seorang tokoh yang sering dipandang rendah, tetapi juga amat dihormati dan sangat popular. Kebelakangan ini, beliau diberi label baru sebagai orang “bertubuh lemah dan separuh buta,” tetapi stamina yang ditunjukkannya dalam melayari jadual perjalanan dan mesyuarat yang melelahkan, tenaga yang sama ditunjukkan sepanjang hayatnya, membayangkan bahawa daya tahan tubuhnya adalah sekuat lembu jantan. Walaupun matanya hampir buta, kekurangan itu jauh ditimbal dengan kepetahan berucap yang membuktikan daya fikirnya yang tajam dan daya ingatannya yang kuat.

Sebagai seorang ulama Jawa tradisionalis atau ulama Islam, ada sisi Gus Dur yang parokial. Bagaimanapun, beliau juga fasih dalam empat bahasa serta mampu membaca dalam tiga lagi bahasa, selain memiliki pemahaman luas tentang budaya yang berkaitan dengan semua bahasa berkenaan. Padahal, hakikatnya, Gus Dur amat menginginkan perpaduan umat Islam.

Dalam percakapannya, beliau mempamerkan rasa hormat terhadap semua agama, tetapi pada masa yang sama mengepalai sebuah pertubuhan Islam terbesar di dunia serta dianggap oleh puluhan juta anggota pertubuhan itu sebagai seorang wali. Maka, sepekat manakah kosmopolitanisme beliau dan sejauh mana beliau menghayati semangat kepelbagaian yang diserunya?

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.581 kg
Dimensions 13 × 2.9 × 20 cm
Edition

Format

ISBN

9789671441800

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dari Pesantren Ke Istana: Biografi Presiden ke-4 Indonesia Kiai Haji Abdurrahman Wahid”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.