Out of stock

Dari Sultan Hingga Atatürk: Turki

ANDREW MANGO (1926–2014) merupakan penyiar Turki veteran bagi pihak BBC. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya seputar sejarah Tuki sepanjang hayatnya.

Terjemahan daripada judul asal From the Sultan to Atatürk: Turkey oleh ALINA ABDULLAH

Awal Nahdah Resources (Cetakan Pertama, 2017)
226 halaman termasuk Indeks

RM29.00

Out of stock

ISBN: 9789671441855 Product ID: 930 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Dari Sultan Hingga Atatürk: Turki adalah terjemahan daripada From the Sultan to Atatürk: Turkey karya Andrew Mango yang diterbitkan pada tahun 2010. Buku Dari Sultan Hingga Atatürk: Turki menceritakan tentang pembentukan sebuah negara Turki moden yang penuh berliku menerusi rundingan-rundingan dalam beberapa Perjanjian Damai di Paris. Andrew Mango bukan hanya menganalisis perjalanan dan keputusan-keputusan yang dibuat dalam perundingan tersebut, malahan dia juga membentangkan secara terperinci latar tokoh-tokoh yang terlibat, helah dan muslihat politik mereka, keadaan dan peristiwa yang membawa kepada perundingan, ikhtiar diplomatik dan menerangkan tentang kepentingan politik dan ekonomi negara-negara seperti Great Britain, Perancis, Greece dan juga Amerika Syarikat serta Itali.

Perang Dunia Pertama telah meranapkan segala kepastian yang selama ini mendamaikan jiwa kaum penguasa di seluruh Eropah. Seperti mana kaum bangsawan yang terselamat daripada Revolusi Perancis dahulu, apa yang tinggal kini buat kaum penguasa Eropah hanyalah kenangan tentang douceur de vivre (cara hidup yang nyaman dan bebas daripada kebimbangan) pada zaman aturan lama. Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Perbatasan Timur dan Barat telah menunjukkan bahawa ilusi yang tersebar luas ini hanyalah dusta belaka. Kepercayaan pada gerak maju peradaban sudah terkubur di medan perang bangsa Eropah, di mana bangsa manusia paling maju di dunia ini berperang sesama sendiri dengan segala macam senjata dan kaedah ciptaan mereka yang paling kejam. Sedangkan bangsa-bangsa paling tidak beradab di dunia ini sekalipun tidak pernah berkelakuan sedemikian rupa. Namun ilusi-ilusi lain terus bertahan.

Antaranya, tidak semua empayar dirundung malang. Tatkala empayar usang seperti Habsburg. Romanov dan Uthmaniyah runtuh, empayar Britain dan Perancis yang progresif, dan mempunyai dasar pemerintahan yang demokratik, pula muncul setelah mendapat kekuatan daripada kekalahan musuh-musuh mereka. Bagaimanapun, tahun-tahun akhir Empayar Uthmaniyah dan tahun-tahun awal negara Turki moden tetap menjadi tumpuan utama penceritaan. Mango menceritakan tentang semua dasar yang dibuat oleh Mustafa Kemal—tokoh utama dalam buku ini yang merupakan seorang negarawan dan pemimpin tentera yang bijak, pandai bermain helah politik, berhati-hati dan penyabar—sekutu-sekutunya dan beberapa pemimpin sebelumnya, dan meneliti faktor-faktor yang mendorong mereka mengambil semua keputusan tersebut.

Kesimpulan terpenting yang dapat diambil daripada buku ini ialah kelahiran negara Turki moden yang merdeka di atas keruntuhan Empayar Uthmaniyah bukanlah suatu kebetulan tetapi hasil daripada rancangan teliti bapa pengasasnya sendiri, Mustafa Kemal Ataturk.

Penghargaan
Catatan tentang Ejaan dan Sebutan

1. Ilusi Kuasa
2. Janji tinggal Janji
3. Orang Turk Memperjuangkan Hak Mereka
4. Revolusi Barat di Timur
5. Bersatu dengan Peradaban
6. Membina Negara dan Bangsa Baharu

Kronologi
Bacaan Lanjut
Daftar Kata

Weight0.275 kg
Dimensions20 × 14 × 1.3 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Mohamad Haziq Amaluddin (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.