Dasar British Terhadap Hubungan Singapura-Malaysia (1959-1969)

ROZEMAN ABU HASSAN adalah Pensyarah Kanan dalam bidang sejarah di Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia. Beliau berpengalaman sebagai seorang Guru Siswazah di Negeri Sembilan, Pegawai Peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia, Pensyarah Sejarah dan Felo Penyelidik di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Penerbit UKM (Cetakan kedua, 2016)
435 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM55.00

Only 1 left in stock

Dasar British Terhadap Hubungan Singapura-Malaysia (1959-1969) merungkai perbincangan mengenai dasar British di Asia Tenggara yang melibatkan Singapura dan Malaysia semenjak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. British memainkan peranan penting dalam peristiwa penggabungan dan pemisahan Singapura dengan Malaysia pada tahun 1963 hingga 1965 yang menyebabkan implikasi berpanjangan dalam hubungan politik kedua-dua negara. Buku ini adalah kajian ke atas dasar British terhadap hubungan Singapura dan Malaysia dari tahun 1959 hingga 1969 berdasarkan dokumen sejarah. British berperanan dalam menentukan corak dan hubungan Singapura dengan Malaysia atas faktor ekonomi dan keselamatan. Sejak tahun 1955, British berminat memberi Singapura ke arah berkerajaan sendiri melalui proses pilihan raya dan penggubalan perlembagaan baru pada tahun 1957.

Kemenangan PAP dalam Pilihan Raya 1959 menyebabkan Lee Kuan Yew mendesak British segera memberikan Singapura berkerajaan sendiri. Namun British tidak bersedia melepaskan Singapura kerana bimbang terhadap perkembangan pengaruh Parti Komunis Malaya menerusi Barisan Bersatu Komunis di Singapura. Kekalahan PAP dalam Pilihan Raya Kecil Hong Lim menimbulkan kebimbangan British terhadap pengaruh komunis akan berkuasa di Singapura sekiranya menang dalam pilihan raya tahun 1963. British menjadikan Tanah Melayu sebagai ‘buffer state‘ supaya bertanggungjawab ke atas aspek keselamatan Singapura.

Pada tahun 1959, Singapura diberikan status berkerajaan sendiri oleh British dan satu badan keselamatan dibentuk iaitu Majlis Keselamatan Dalam Negeri (MKDN) yang dianggotai wakil British, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. British memperkenalkan idea Grand Design sebagai jalan penyelesaian menyekat pengaruh komunis di Singapura. Penggabungan Singapura dalam Malaysia mendapat bantahan daripada parti-parti pembangkang di Persekutuan Tanah Melayu kerana akan menimbulkan banyak masalah. British tidak memberikan reaksi apabila Lee Kuan Yew dan pemimpin PAP mencampuri hal ehwal politik di Semenanjung Malaysia menyentuh kepentingan orang Melayu.

Keadaan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu di Malaysia dan Singapura sehingga mencetuskan rusuhan terburuk di Singapura pada tahun 1964. Tunku Abdul Rahman terpaksa memisahkan Singapura daripada Malaysia kerana tidak tahan dengan sikap berseteru Lee Kuan Yew dan pemimpin PAP. British campur tangan untuk menyelamatkan hubungan Singapura supaya terus kekal dalam Malaysia tetapi gagal walaupun perbincangan diadakan antara pemimpin Singapura, Malaysia dan pegawai British.

Pemisahan Singapura daripada Malaysia merupakan kegagalan Grand Design yang diperkenalkan oleh British. Kesan pemisahan menyebabkan Akta Malaysia 1963 terpaksa dibahaskan semula, serta kajian semula dibuat ke atas keselamatan dan ekonomi dalam konteks kedaulatan kedua-dua negara. Akhirnya British terpaksa mengundurkan tentera-tenteranya dari pangkalan di Singapura dan rantau Asia Tenggara pada pada tahun 1971.

Weight 0.634 kg
Dimensions 22.7 × 15 × 2 cm
Edition

Format

ISBN

9789674123024

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dasar British Terhadap Hubungan Singapura-Malaysia (1959-1969)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.