Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945

AHMAD SOHAIMI LAZIM adalah pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

DBP (Cetakan Pertama, 2013)
155 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

In stock

ISBN: 9789834611590 Product ID: 577 Subjects: , , Sub-subjects: , , , ,

Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945 menghuraikan dasar-dasar pendidikan Jepun dan kesannya kepada masyarakat Tanah Melayu sewaktu Jepun memerintah Tanah Melayu selama tiga tahun lapan bulan (1941-1945). Namun begitu, pemerintahan yang singkat ini telah meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat Tanah Melayu. Dasar dan pendekatan tentera Jepun di Tanah Melayu bercorak keras dan kasar berbanding dengan cara yang diamalkan oleh British. Jepun berhasrat melaksanakan gagasan Kawasan Sekemakmuran Asia Timur Raya.

Bagi mencapai hasrat tersebut serta mendapat sokongan politik daripada rakyat, Jepun melaksanakan dasar pendidikan yang memberikan penekanan kepada pembinaan semangat Jepun (Seishin), selain menitikberatkan latihan kemahiran sebagai asas kepada rakyat berdikari menghadapi kehidupan yang sukar ketika itu.

Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Jepun berbeza daripada sistem British dan mempunyai keunikannya yang tersendiri, walaupun penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Jepun menjadikan pendidikan sebagai alat indoktrinasi untuk mempengaruhi rakyat. Sekolah dan institusi latihan menjadi tempat meniupkan propaganda bagi meningkatkan sokongan rakyat kepada Jepun.

Prakata
Pendahuluan
Penghargaan

1. Kajian tentang Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1941-1945
2. Latar Belakang Pendudukan Jepun dan Dasar Pendidikan di Tanah Melayu
3. Latihan Guru
4. Sumbangan dan Kesan Pendidikan Zaman Jepun
5. Kesan Pendidikan terhadap Pemikiran dan Sikap Masyarakat

Bibliografi
Indeks

Weight0.232 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  2. Azman Sahlan (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.