Dasar dan Tadbir dalam Sejarah

Disunting oleh AHMAD KAMAL ARIFFIN MOHD RUS dan NOOR AIN MAT NOOR

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2015)
432 halaman termasuk Indeks

RM75.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789831008324 Product ID: 2644 Subject: Sub-subjects: , ,

Dasar dan Tadbir dalam Sejarah diketengahkan bagi memberi kefahaman dan pengetahuan terhadap dasar dan pentadbiran yang dilaksanakan di Malaysia khasnya dari sudut sejarah. Kekuatan buku ini dapat dilihat melalui 14 buah artikel yang mencakupi tempoh perbincangan dari abad ke-18 sehinggalah abad ke-21. Salah satu aspek terpenting dalam memahami sejarah sesebuah organisasi adalah dengan meneliti terlebih dahulu perkembangan dan perjalanan organisasi tersebut.

Dewasa ini, ramai pihak yang menganggap sejarah sebagai ilmu yang tidak penting dan tidak relevan lagi pada masa kini. Hakikatnya, kegagalan memahami masa lalu sebenarnya menjadi punca kepada kegagalan untuk merancang masa depan. Memetik kata-kata Francis Bacon, seorang ahli falsafah Inggeris, bahawa“…history make man wise”. Ungkapan ini membawa maksud sejarah menjadikan seseorang itu lebih bijak dalam menangani situasi di masa hadapan. Dasar merujuk kepada polisi, prinsip dan teras yang menjadi asas kepada segala tindakan bagi sesebuah organisasi. Pentadbiran pula didefinisikan sebagai suatu sistem atau tindakan yang melibatkan aspek pengurusan, pemerintahan dan pengelolaan terhadap dasar, fungsi dan perjalanan sesebuah organisasi.

Kedua-duanya mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Perkembangan pentadbiran sesebuah negara atau institusi bergantung sepenuhnya kepada dasar yang telah digubal dan ditetapkan. Dengan kata lain, dasar menjadi penggerak dan penentu kepada hala tuju sesebuah pentadbiran. Secara umumnya, kajian mengenai pentadbiran merupakan suatu yang penting dalam melihat persejarahan sesebuah negara dan institusi. Kajian terhadap aspek ini bukan sahaja dapat memperlihatkan dengan lebih jelas struktur sesebuah organisasi bahkan dapat memperincikan dengan lebih mendalam mengenai rangka sesebuah pentadbiran serta pihak-pihak yang berkuasa dalam menentu dan melaksanakan sesuatu dasar.

Senarai Rajah
Senarai Jadual dan Peta
Senarai Penyumbang
Prakata

1. Selangor dalam Dua Abad Sebelum British: Strategi dan Kepimpinan Bugis
– Mohamad Khairul Anwar Mohd Rosli

2. Sumber Air dan Pengaruhnya Terhadap Kehidupan Masyarakat Melayu di Selangor Sebelum Campur Tangan British
– Mohamad Badrul Adzham Baharudin

3. Status Negeri-negeri Melayu Pada Era Pentadbiran British
– Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus & Nur Hannah Ahmad Zainy

4. Perubuhan Sistem Pentadbiran Sarawak, 1880-1963
– Suffian Mansor

5. Perkembangan Pentadbiran di Sabah, 1881-1963
– Sharifah Darmia Sharif Adam

6. Dasar British Terhadap Pembentukan Masyarakat Majmuk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 1897-1934
– Faezah Kassim

7. Evolusi Pentadbiran Tanah Terengganu, 1909-1941
– Nurizwanfaizi Nordin

8. Kedudukan Orang Melayu dalam Pentadbiran Kehakiman di Kedah, 1909-1941
– Noor Ain Mat Noor

9. Pentadbiran Bandar Alor Setar, 1909-1941
– Nur Najwa Yusof

10. Dinamika Dasar dan Pentadbiran Kesihatan di Kelantan, 1930-1941
– Nik Afifah Nik Mustafa

11. Evolusi Pentadbiran Bandar Kuala Lumpur, 1920-1940
– Norhafizah Ismail

12. Dasar dan Struktur Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dalam Pembangunan Luar Bandar di Persekutuan Tanah Melayu, 1957-1970
– Hasnah Husiin

13. Perkembangan Pentadbiran Jabatan Penjara Malaysia, 1957-2007
– Hisyam Mohd Hashim

14. Pentadbiran dan Dasar Hubungan Kaum Selepas Merdeka
– Abdul Halim Ramli

15. Langkah Afirmatif dalam Sektor Pertanian Pada Era Tun Abdul Razak, 1970-1976
– Junita Jamil

17. Penyerahan dalam Keresahan Isu Pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
– Azmeer Azmi

Indeks

Weight0.65 kg
Dimensions20 × 14 × 1 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.