Dasar Pandang ke Timur: Pencapaian, Adaptasi dan Cabaran

Disunting oleh KARTINI ABOO TALIB @ KHALID

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2017)
175 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 6 points worth of RM0.60!
ISBN: 9789674124236 Product ID: 25021 SKU: 9789674124236 Categories: , Tags: , , ,

Dasar Pandang ke Timur: Pencapaian, Adaptasi dan Cabaran berkongsi hasil penyelidikan primer dan sekunder dalam membahaskan kelemahan, kelebihan, cabaran dan pencapaian Dasar Pandang ke Timur (DPT). Dasar Pandang Timur (DPT) adalah suatu proses akulturasi yang dirancang oleh Kerajaan Malaysia dan disambut oleh Kerajaan Jepun dan Korea, bermula awal 1980-an. Umumnya, ada dua dimensi dalam dasar ini, pertama, dimensi pendidikan, dan kedua, dimensi ketrampilan.

Untuk dimensi pendidikan, Malaysia telah menghantar ratusan pelajar dalam pelbagai bidang untuk belajar ke Jepun setelah disediakan dengan kemampuan profisiensi bahasa Jepun dan Korea serta membina kefahaman budaya, seperti yang dilaksanakan di sebuah institusi, iaitu, Ambang Jepun, Universiti Malaya. Kerajaan Malaysia telah berbelanja ratusan juta ringgit untuk membiayai kegiatan dibawah DPT. Sumbangan kerajaan Jepun dan Korea juga tidak kurang besarnya dari dana dan infrastruktur ilmu.

Untuk dimensi ketrampilan membina kemahiran dan bergiat dalam bidang keusahawanan untuk industri besar dan kecil telah diamalkan di Malaysia dengan cara, misalnya, menggunakan ‘sistem pengurusan Jepun’ dan juga konsep in-house union. Rata-rata sistem ini diguna meluas di Malaysia.

Namun, banyak pihak masih bertanya, selepas lebih 30 tahun apakah impak DPT terhadap Malaysia?

Sebenarnya, pada pengetahuan umum, Malaysia tidak pernah menyediakan apa-apa Key Performance Index (KPI) terhadap DPT ini. Namun para penyelidik dari Malaysia dan Jepun, sama ada berseorangan atau berkelompok, masing-masing telah mengkaji, menilai dan menghasilkan tulisan mengenai impak DPT di Malaysia. Lapan bab yang terkumpul dalam Dasar Pandang ke Timur: Pencapaian, Adaptasi dan Cabaran adalah penjelmaan usaha itu, biarpun kecil tapi amat bermakna.

Senarai Jadual
Prakata

Bab 1 Pengenalan dan Ringkasan Bab

Bab 2 Hubungan Bilateral Malaysia — Jepun: Pra dan Pasca Merdeka

Bab 3 Politik Jepun: Birokrat dan Dasar

Bab 4 Perubahan Kepimpinan dan Pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur

Bab 5 Dasar Pandang ke Timur: Impak Industri dan Pembangunan di Malaysia

Bab 6 Strategi Kaizen dalam Penciptaan Inovasi dan Persaingan Organisasi

Bab 7 Penilaian Dasar Pandang ke Timur: “Suatu Naratif”

Bab 8 Meneroka Peluang Gelombang Kedua

Senarai Penyumbang
Nota Hujung
Rujukan
Indeks

Weight 0.26 kg
Dimensions 22.7 × 15 × 0.8 cm
Author(s)

, , , ,

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dasar Pandang ke Timur: Pencapaian, Adaptasi dan Cabaran”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.