Dato’ Onn Ja’afar: Pengasas Kemerdekaan

RAMLAH ADAM merupakan bekas profesor di Universiti Malaya. Kemudian dilantik menjadi Rektor Kolej Yayasan Melaka (2006-2009). Kini beliau bertugas sebagai profesor di UniMAP.

DBP (Cetakan Keenam, 2018)
523 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM50.00

In stock

ISBN: 9789836227003 Product ID: 399 Subject: Sub-subjects: , , , , ,

Dato’ Onn Ja’afar: Pengasas Kemerdekaan tulisan Ramlah Adam membicarakan satu tajuk penting dalam sejarah politik Malaysia. Sungguhpun sebelum ini telah banyak terhasil karya yang menyentuh tentang Dato’ Onn Ja’afar tetapi kajian ini lebih lengkap, menyeluruh dan mendalam, hasil penyelidikan yang luas dan teliti. Buku ini menghuraikan kerjaya Dato’ Onn Ja’afar dari tahun 1930 hingga 1962 dengan menitikberatkan peranan beliau dalam kegiatan nasionalisme politik dan pentadbiran Tanah Melayu. Aktiviti-aktiviti, idea-idea dan perjuangan Dato’ Onn Ja’afar dikaji dengan menggunakan bahan-bahan sejarah asas dan kedua. Kepentingannya sebagai pegawai tadbir dan berpengalaman luas dan terlibat dalam penyediaan struktur kerajaan negeri, RIDA dan Persekutuan Tanah Melayu dikemukakan bagi melihat kedudukannya dalam sejarah politik Malaysia.

Penekanan ini akan mencabar pendapat lama yang sangat beku terhadap Dato’ Onn Ja’afar tanpa menafikan kegagalannya pada akhir kerjayanya. Dalam kajian yang ada, Dato’ Onn hanya dilihat sebagai pemimpin Melayu. Ini kurang tepat, kerana cadangan dan tindakan Dato’ Onn dari tahun 1949 sehingga 1955 melalui Communities Liaison Committee (CLC) 1949, pembukaan UMNO 1951, Kerakyatan Negeri 1951, Independence of Malaya Party 1951-1953 dan Parti Negara 1954-1955, memperlihatkan tindakannya yang bersifat tidak pro Melayu. Usahanya ini gagal, tetapi ia menunjukkan percubaan Dato’ Onn  untuk menjadi pemimpin Tanah Melayu.

Kegagalannya pula mengajar Perikatan supaya bersifat perkauman dalam politik Tanah Melayu. Kerjasama dibuat bukan di dalam sebuah parti politik seperti IMP tetapi melalui gabungan parti-parti politik perkauman (UMNO, MCA, MIC) dalam sebuah parti yang besar. Perikatan berjaya membentuk kerajaan yang mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Namun, masalah perkauman terus berlanjut sehingga hari ini.

Peristiwa Penting dalam Kehidupan Dato’ Onn Ja’afar
Prakata
Pengenalan
Singkatan

1. Tahun-tahun Awal
2. Wartawan dan Nasionalis
3. Pemimpin Johor
4. Ketua Penentangan Malayan Union
5. Menteri Besar Johor
6. Pemimpin UMNO
7. Pemimpin yang Berusaha Menjadikan UMNO Sebagai Parti Kebangsaan
8. Pengasas dan Pengerusi RIDA
9. Ahli Dalam Negeri
10. Pemimpin Independence of Malaya Party (IMP)
11. Pemimpin Parti Negara
12. Pengkritik Suruhanjaya Reid
13. Ahli Pembangkang

Penutup

Lampiran
A. Keturunan Sebelah Moyang Lelaki
B. Surat Dato’ Onn bin Ja’afar kepada Utusan Melayu
C. Charter of United Malays National Organisation to all to Whom these presents shall come
D. Perlembagaan UMNO 1949
E. Perlembagaan Independence of Malaya Party (IMP) 1951
F. Manifesto Parti Negara Pilihan Raya 1955

Bibliografi
Indeks

Weight0.695 kg
Dimensions15.2 × 2.7 × 22.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Mohamad Haziq Amaluddin (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.