Out of stock

Di Antara Dasar dan Kesan: Hubungan Ekonomi, Penduduk dan Penyakit di Tanah Melayu di Bawah Pentadbiran British

BADRIYAH HAJI SALLEH (b. 1942 – d. 2015) was a former Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Council member. She earned her doctorate from Columbia University in the 1980s with her thesis on British policy and Malay rubber smallholdings in Batang Padang, 1876-1952, the district in Perak where she hailed from. Later, she served as lecturer at Universiti Sains Malaysia in Penang until her retirement in 2001. Between 2002 and 2005, Dr Badriyah had been the director of Perbadanan Muzium Melaka and was responsible for producing the dossier that led to Malacca’s listing on the list of UNESCO World Heritage Sites in 2008, alongside Penang. Recently she jointly edited, for the MBRAS, Reprint 33: Glimpses of Penang’s Past and Biographical Dictionary of Penang Mercantile Personalities, published by the MBRAS in 2015 and 2013 respectively.

Lain-lain penulis:
EMILY BINTI KAUDON
CHEW LAM TEIK
HANITA HANIM BINTI DARUS

MBRAS Monograph No. 46

MBRAS (2013)
253 halaman

RM55.00

Out of stock

Product ID: 3150 Subjects: ,

Di Antara Dasar dan Kesan: Hubungan Ekonomi, Penduduk dan Penyakit di Tanah Melayu di Bawah Pentadbiran British menggambarkan pengalaman-pengalaman khusus di Negeri-Negeri Selat dan Perak yang menunjukkan betapa buruknya keadaan kesihatan dan hal-hal kebajikan yang lain terutamanya dalam kalangan buruh-buruh. Kes Pahang pula menunjukkan keadaan pekerja dan pekerjaan dalam sebuah perlombongan yang dimiliki syarikat barat. Ia juga menjelaskan peranan pihak-pihak dan badan-badan tertentu dalam masyarakat yang telah mendahului pihak pentadbiran untuk memulakan langkah-langkah kebajikan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.

Kolonialisme British telah meninggalkan pelbagai kesan dalam sejarah Malaysia. Diantaranya ialah kesan ekonomi dan isu-isu kemasyarakatan. Esei-esei dalam buku ini menjelaskan hubungannya di antara perkembangan ekonomi kapitalis dan kesannya yang menyebabkan merebaknya penyakit dalam kalangan buruh dan masyarakat lain. Kesan pembiakan penyakit-penyakit itulah yang telah memulakan pengenalan dasar perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Semenanjung Malaysia (termasuk Singapura). Buku ini menunjukkan bahawa kesan telah mendahului perangkaan dasar. Perkembangan kesihatan dan perubatan yang menjadi asas kepada dasar-dasar perkhidmatan kesihatan dan perubatan di Malaysia diberi liputan yang jelas dan terperinci.

Weight0.340 kg
Dimensions22 × 14 × 1.8 cm
Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.