Di Sisi Pelita Minyak Tanah

T. ALIAS TAIB (b. 1943 – d. 2004) adalah anak Terengganu tulen, yang didewasakan oleh angin Laut China Selatan, nasi dagang, dan keropok. Mengangkat pena sejak 1960 hingga akhir hayatnya. Beliau menulis puisi, cerpen, pantun, renungan, dan terjemahan. Tujuh kumpulan puisi yang diterbitkan semasa hidupnya adalah Laut Tak Biru Di Seberang Takir (1972), Pemburu Kota (1978), Seberkas Kunci (1985), Opera (1988), Piramid (1990), Petang Condong (1996), dan Pasar Pengalaman (2004).

Pustaka Alias (Cetakan kedua, 2020)
474 halaman

RM40.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 8 points worth of RM0.80!
Product ID: 21535 Subjects: , Sub-subjects: , , , , ,

Tanggapan dan pemikiran T. Alias Taib tentang kehidupan sering dikaitkan dengan puisi. Keakraban dan kesebatian penyair prolifik ini dengan puisi sudah lama diketahui umum. Tidak ramai yang tahu beliau juga menghasilkan tulisan berbentuk bukan kreatif. Dalam Di Sisi Pelita Minyak Tanah, buat pertama kali, tulisan kreatif dan bukan kreatifnya—esei, cerpen, puisi dan madah—digabungkan dalam sebuah buku. Bentuk tulisan yang rencam ini jelas memperlihatkan keupayaan penyair ini mempertahankan disiplin, komitmen, serta kesungguhannya memperhaluskan ucapan. Di Sisi Pelita Minyak Tanah, tidak syak lagi, telah berjaya menolak pengarang ini selangkah lagi ke tengah alur pengarang penting tanahair.

Weight 0.53 kg
Dimensions 19.7 × 13 × 2.4 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Di Sisi Pelita Minyak Tanah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *