Dialek Melayu Sarawak

JAMES T. COLLINS merupakan ahli linguistik terkemuka dalam bidang linguistik komparatif, leksikografi dan sosiolinguistik. Bidang pengkhususan Collins meliputi bahasa-bahasa Melayo-Polinesia dan memberi sumbangan yang amat besar kepada bidang pengajian Austronesia.

DBP (Edisi Kedua, 2016)
140 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

In stock

Product ID: 26892 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Dialek Melayu Sarawak memfokuskan data dari 18 buah kampung Melayu di delta Sungai Sarawak dan sekitarnya, dengan memetakan dan mendeskripsikan dialek dalam konteks wilayah Laut China Selatan. Hasil kajian perintis tahun 1983 ini diubah suai dan ditokok tambahkan dalam edisi kedua ini agar para sarjana yang menekuni bidang dialektologi dapat menimba ilmu dari kajian perintis yang meletakkan garis dasar dalam hal kajian dialek Melayu ini.

Dua puluh lima tahun lalu, A.A. Cense dan E.M. Uhlenbeck menulis bahawa “Concerning Sarawak Malay very little is known“. Malah, dalam buku tersebut, huraian yang diberikannya tentang dialek Melayu Sarawak hanya sebanyak tujuh baris. Memang sebelum merdeka, hanya sebuah tulisan yang pernah terbit tentang dialek Sarawak. Selain itu, sekali-sekali sahaja bahasa Melayu Sarawak muncul sebagai pengantar tulisan tentang bahasa lain. Kenyataan keterpinggiran bahasa Melayu Sarawak dalam tulisan kolonial memang menghairankan. Sebenarnya, sejak dahulu bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa perhubungan antara suku di sana. Moulton menulis tentang multilingualisme yang disaksikannya di Sarawak Utara. Penduduk di hulu Sungai Baram, misalnya orang Kelabit, harus berbahasa Melayu dan berbahasa Iban.

Memang zaman penjajahan, bahasa Melayu digunakan pada semua peringkat pentadbiran dan keadaan itu berlangsung hingga ke tahun 1950-an. Contohnya, majlis negeri Sarawak bermesyuarat dalam bahasa Melayu atau sekurang-kurangnya sebahagiannya diadakan dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan anggotanya merupakan bumiputera Sarawak yang terdiri daripada orang Melayu, Iban, Kayan, Dayak, dan suku kaum lain. Tambahan pula, dicatatkan bahawa C. Brooke mengangkat sumpah yang “solemnly sworn in Malay” pada tahun 1870. Sementara pada tahun 1934, V. Brooke membuat ucapan di majlis “speaking in Malay”. Kedudukan politik orang Melayu pada zaman kolonial Brooke serta peratus penduduk yang berbangsa Melayu dan peratus orang Melayu yang dapat membaca turut menunjukkan peranan bahasa Melayu yang penting di Sarawak. Menurut Human Relations Area File, sebanyak 15% orang Melayu Sarawak dapat membaca dan menulis. Angka ini dianggap “considerably higher … than the other indigenous people“. Angka ini tidak berubah pada tahun 1970 menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Namun demikian, bahasa Melayu sebagai bidang kajian tidak wujud di Sarawak kerana pelbagai faktor. Sebagaimana yang dijelaskan, pada ketika itu orang Melayu dianggap “pendatang” di Sarawak. Maka, terdapat beberapa tulisan ilmiah tentang negeri Sarawak yang tidak pernah menyentuh bangsa dan bahasa Melayu; seakan-akan hal itu tidak termasuk dalam kerangka pengkajian negeri Sarawak.

Oleh itu, walaupun Sarawak berbangga dengan sebuah institusi ilmiah yang termasyhur dengan tradisi pengaruh dan sarjana yang terkenal, iaitu Muzium Sarawak, seolah-olah bahasa Melayu tidak pernah dikaji oleh institusi itu kerana hasilnya tidak diterbitkan. Sebenarnya koleksi muzium tersebut mengandungi banyak maklumat tentang dialek Melayu Sarawak. Bahkan kajian khusus tentang orang Melayu Sarawak yang diusahakan bertahun-tahun dengan bantuan dan bimbingan berbagai-bagai pakar antarabangsa juga tidak mengendahkan dialek Melayu Sarawak. Meskipun kurator Muzium Sarawak, iaitu T. Harrisson (1947-1966), berjaya menulis sebuah buku setebal 671 halaman tetang masyarakat Melayu Sarawak, hanya sembilan baris teks yang diagihkan untuk membincangkan “local Malay“.

Perlu dicatatkan juga bahawa sebahagian tulisan tentang bahasa-bahasa lain di Sarawak dibuat oleh mubaligh Kristian yang ingin menyebarkan kitab Injil kepada suku kaum di Sarawak yang belum menganut apa-apa agama. Dalam hal ini, sudah tentu bahasa Melayu tidak mereka kaji. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah buku agama Kristian yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut Ray karangan McDougall dicetak “apparently in Sarawak Malay” yang mungkin diterbitkan pada akhir abad yang ke-19 untuk kegunaan mubaligh di Labuan.

Senarai Peta
Kata Pengantar Edisi Kedua
Prakata Edisi Kedua
Prakata Edisi Pertama
Pendahuluan Edisi Pertama

Bab 1 Sarawak: Masyarakat Melayu dan Bahasanya
Pendahuluan
Masyarakat Melayu Sarawak
Bahasa Melayu Sarawak

Bab 2 Kawasan dan Kaedah Penyelidikan
Kawasan Kajian
Kaedah Kajian

Bab 3 Ciri Tatabunyi Dialek Melayu Sarawak
Keseragaman di Lembangan Sungai Sarawak
Kerencaman di Sarawak Barat

Bab 4 Pemetaan Data: Usaha Awal
Bentuk “ini” dan “mana”
Sebutan /-a/
Bentuk “kabus”

Bab 5 Jaringan Dialek Melayu di Wilayah Laut China Barat Daya
Kriteria Tatabunyi
Kriteria Kosa Kata

Bab 6 Kesimpulan dan Usul

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.19 kg
Dimensions21.5 × 13.9 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author