Dialog Antara Agama di Malaysia

SUZY AZIZIYANA SAILI dan KHAIRULNIZAM MAT KARIM adalah pensyarah di Unit Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, dan telah terlibat dalam kajian-kajian hubungan dan dialog antara agama semenjak tahun 2003 sehingga kini.

DBP (Cetakan Pertama, 2020)
141 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 points worth of RM0.60!
ISBN: 9789834619701 Product ID: 26150 SKU: 9789834619701 Categories: , Tags: , , ,

Dialog Antara Agama di Malaysia merupakan sebuah buku yang meneliti dan menganalisis konsep asas dialog antara agama dari segi pendefinisian. Buku ini bertujuan untuk memaparkan dan melihat unsur-unsur yang wujud dalam definisi perkataan dialog dalam penggunaan istilah bahasa agar definisi yang tepat dan jelas dapat dibangunkan dan difahami. Selain konsep asas dialog seperti tujuan dialog, prinsip dialog, panduan dialog, metodologi dialog dan peraturan dialog turut dibahaskan, di samping itu, perbincangan dialog dalam al-Quran, hubungan dialog dengan dakwah dan debat turut diteliti. Dalam pada itu, realiti aplikasi dialog antara agama daripada perspektif Islam seperti dialog yang di aplikasi oleh Nabi Muhammad SAW dan perspektif Barat turut dibahaskan agar perbezaan jelas dapat diketengahkan.

Oleh itu, perbahasan ini akan dapat menjadi panduan kepada sesiapa yang ingin terlibat dalam pelaksanaan dialog antara agama terutama bagi masyarakat Muslim. Memandangkan tidak terdapat sebarang penulisan berkaitan dengan debat, pelaksanaan dialog antara agama di Malaysia yang memberi fokus pada peringkat awal pelaksanaannya maka buku ini akan dapat mengisi ruang tersebut kerana penulis telah memberi penumpuan yang khusus berkaitan dengan realiti pelaksanaan dialog antara agama di Malaysia sekitar tahun 1980-2003.

Antara fokus perbahasan termasuklah sejarah awal perkembangan dialog, faktor pelaksanaan serta realiti aplikasi dialog antara agama pada peringkat permulaan. Maka dengan perbahasan yang mendalam dari segi konseptual sehingga ke peringkat realiti pelaksanaan dialog, sudah pasti buku ini amat penting dan signifikan untuk dibaca dan difahami bagi seluruh masyarakat yang berbilang agama seperti di Malaysia terutama bagi kumpulan agama yang terlibat secara khusus dalam pelaksanaan dialog mahupun pengkaji dialog antara agama.

Buku ini turut membincangkan dengan lebih mendalam realiti aplikasi dialog antara agama di Malaysia yang mula bertapak dan mendapat perhatian serius dalam kalangan pemimpin-pemimpin agama, para sarjana, badan bukan kerajaan, majlis-majlis setiap agama dan aktivis masyarakat bermula sekitar 1980-an. Walau bagaimanapun, penulis hanya akan menumpukan perbahasan terhadap realiti aplikasi dua organisasi yang terpilih, iaitu Inter-Faith Spiritual Fellowship (INSaF) dan Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya (PDP) untuk menghuraikan aplikasi dan suasana pelaksanaan dialog antara agama di Malaysia antara tahun 1980-2003.

Prakata
Pendahuluan

BAB 1: DIALOG ANTARA AGAMA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Definisi Dialog
Peristilahan Dialog dalam al-Qur’an
Dialog dan Dakwah
Dialog antara Agama
Perspektif Islam
Perspektif Barat
Debat
Nabi Muhammad SAW Berdialog, Berdebat dan Bermubahalah
Kisah Pertama: Perwakilan Quraisy Menemui Rasulullah (sebelum Hijrah)
Kisah Kedua: Aus, Khazraj dan Yahudi Mengajukan Pelbagai Soalan
Kisah Ketiga: Kisah Abu Bakar dan Finhash (Yahudi) dan Peringatan Allah SWT terhadap Kefasikan Kaum Yahudi dan Batasan Berdialog atau Berurusan dengan Kaum Yahudi
Kisah Keempat: Kemuncak Pertemuan Tiga Agama (Dialog Teologi) dan Pendekatan Nabi Muhammad SAW (Mubahalah)
Kesimpulan

BAB 2: ASAS-ASAS DIALOG ANTARA AGAMA

Tujuan Dialog
Prinsip-prinsip Dialog
Panduan Dialog
Metodologi Dialog
Peraturan Dialog
Kesimpulan

BAB 3: SEJARAH PERMULAAN DAN FAKTOR PELAKSANAAN DIALOG ANTARA AGAMA DI MALAYSIA

Malaysia dan Kebangkitan Islam
Dasar Islamisasi
Isu-isu yang Dibangkitkan
Penyuaraan Bantahan dan Ajakan kepada Dialog antara Agama
Kesimpulan

BAB 4: REALITI DIALOG ANTARA AGAMA DI MALAYSIA

Kategori Aktiviti-aktiviti Dialog
Kategori Utama Aktiviti Dialog
Fokus: Dialog Agama dan Dialog Sosial
Penglibatan Organisasi Islam
Penyertaan dan Kehadiran
Program-program Khusus
Dialog antara Agama di Malaysia Menepati Keperluan Semasa
Pemilihan Panel Dialog
Dialog antara Agama Perlu Panduan dan Batas
Kesimpulan

BAB 5: EPILOG

Cadangan
Penutup

Weight 0.189 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 0.9 cm
Author(s)

,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dialog Antara Agama di Malaysia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.