Dialog Dengan Sasterawan

KASSIM AHMAD (b. 1933 – d. 2017) merupakan sarjana Melayu yang pertama melakukan kajian teks Hikayat Hang Tuah secara ilmiah. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dari Universiti Malaya pada tahun 1961. Dari tahun 1962 hingga tahun 1966 beliau menjadi Pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London. Pada tahun 1985 beliau dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menghasilkan banyak tulisan berbentuk rencana, esei, Dan kertas kerja tentang sastera Melayu, politik, dan teori sosial Islam, di samping menyunting dan menghasilkan beberapa buah buku tentang Abdullah Munsyi.

Pustaka Obscura (Edisi kedua, 2019)
180 halaman

RM25.00

In stock

Product ID: 1755 SKU: 9789671118726 Category: Tags: , , ,

Esei-esei sastera yang dikumpul di dalam antologi Dialog Dengan Sasterawan telah ditulis antara tahun-tahun 1958 dan 1975, di dalam jangka waktu 17 tahun, dan telah disiarkan di dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan. Penulis sendiri membuat semakan semula terhadap esei-esei tersebut dan telah membuat pindaan-pindaan di sana sini, terutama bagi esei-esei yang ditulis sebelum tahun 1973.

Tidak perlu ditegaskan, menurut penulis, fikiran seseorang penulis berkembang dan berubah, terutama fikiran di dalam masa mudanya.

Dialog Dengan Sasterawan pertama kali diterbitkan pada Oktober 1977. Edisi terbaru ini turut disertakan dengan sebuah esei tambahan; Kemelut Yang Berpanjangan: Kritikan Sastera di Malaysia Kini yang pertama kali termuat dan dipetik dari blog penulis.

Kassim Ahmad seorang penulis, filasuf dan politikus di luar zamannya, sejak muda hingga kini. Kekuatannya ialah kejujurannya, sama ada ia soal ideologi, agama mahu pun tentang seni dan sastera. Nada kritikan Kassim keras tapi tak kejam, tegas tapi tak kurang ajar, jauh sekali menghina penulis atau penulisan. Beliau menumpukan sepenuhnya kepada karya tanpa menghakimi peribadi penulisnya. Tentunya apa yang boleh kita pelajari dahulu adalah kesungguhan Kassim mempelopori “seni untuk masyarakat.”

Berbekalkan kritikan Marxis itu beliau membedah satu demi satu karya yang dianggap besar dalam penulisan sastera Melayu seperti Salina tulisan A. Samad Said, Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad), Musafir (Hasan Muhammad Ali), Dari Mana Punai Melayang (Salmi Manja) dan beberapa novel lain. Kritikannya juga merangkumi puisi dan sajak yang banyak disentuhnya tentang persoalan “seni untuk masyarakat” melawan “seni untuk seni/seni untuk manusia.”

Malah beliau sudi mengulangi kritikan orang lain terhadap kritikannya. Begitu juga kritikan dirinya sendiri terhadap koleksi kreatifnya Kemarau di Lembah.

Kepada anak-anak muda yang membesar dengan hagiografi tokoh sastera Melayu tanpa diungkap bersama realismenya, maka Dialog Dengan Sasterawan adalah antidot terbaik buat mereka yang bercita-cita mahu menghasilkan karya besar. Walau banyak tulisannya dalam koleksi ini dikongkong masa dan keadaan, tetap merasakan idea dan inspirasinya tiada batasan detik dan suasana. Ia bukan sempurna tapi dapat dirasai relevannya makna dan permasalahan yang ditimbulkan dalam kritikannya keadaan masyarakat, kaum, agama, ekonomi, kapitalisme, sosialisme—yang masih menjadi kemelut pada masyarakat kita hari ini.

Antara ungkapan yang dapat menggambarkan sanubari Kassim apabila beliau mengungkapkan tentang sastera adalah: “Masalah seni selalunya ialah masalah integrasi antara isi dengan bentuk, realiti dengan imaginasi dan politik dengan seni… Integrasi yang total tentu sukar dicapai kerana itu ideal, tetapi asalkan imbangan itu dipelihara dan tidak diceroboh, kejayaan akan tercapai.”

Itulah optimisme Kassim yang pantang apabila melihat atau mendengar ratapan pesimisme (sebagaimana eseinya terhadap Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon yang menggunakan tajuk Pesimisme Sepanjang Jalan walau jelas dalam buku ini Kassim dilihat mengagumi Shahnon sebagai penulis).

Dengan menyingkap sedikit karya kritikan Kassim, dapat dirasakan kekuatan tulisan beliau ini yang masih relevan bagi kita yang mahu mencari penyelesaian dalam konflik politik dan sosial yang semakin disempitkan dengan perkauman dan keagamaan tafsiran sempit.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.346 kg
Dimensions 13.6 × 1.5 × 20.3 cm
Edition

Format

ISBN

9789671118726

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dialog Dengan Sasterawan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.