Dirgahayu Dr. Mahathir dan Kepada Pemimpin Yang Itu

A. SAMAD SAID (b. 1935 —) mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura dan kemudian melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Singapura. A. Samad Said pernah berkhidmat di Hospital Umum Singapura sebagai kerani dan kemudiannya menjadi pengarang di beberapa buah akhbar seperti Utusan Melayu, Berita Harian, New Straits Times, penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan Pengarang Berita Harian. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau sebelum menjawat jawatan Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times. Kecenderungannya terhadap kesusasteraan sejak sekolah rendah, dan gemar membaca karya-karya besar dunia memungkinkan beliau melahirkan karya pelbagai genre seperti puisi, cerpen, novel, novel remaja dan kanak-kanak, drama, esei dan kritikan, autobiografi serta genre umum sehingga dianugerahkan Pejuang Sastera (1976), panel Anugerah Sastera (1979), Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards; 1979) Sasterawan Negara (1985), Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darussalam (1993) dan beberapa anugerah lain. Antara novel yang dihasilkan ialah Salina (1961), Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri (1966), Sungai Mengalir Lesu (1984), Di Hadapan Pulau (1978), Adik Datang (1980), Langit Petang (1980), Daerah Zeni (1985), Hujan Pagi (1987) dan Cinta Fansuri (1994).

Wira Bukit (Cetakan pertama, 2004)
88 halaman, termasuk Proses Kreatif

RM25.00

In stock

Product ID: 13243 SKU: 9789834119614 Categories: , Tags: , ,

Dari abjad direnda kata dan kata bersantun menjadi puisi. Begitulah puisi Dirgahayu Dr. Mahathir ini tercipta. Dan, percayalah, ia tidak terjelma mendadak saja, kerana banyak logika diperlukan untuk mewajahkan seorang Perdana Menteri. Kata-kata harus dan perlu mencari tempatnya sebaik mungkin supaya keindahan dan sejarah dapat saling berganding.

Makanya, penulis mencatatkan sedikit sejarah sederhana puisi ini sendiri. Memanglah benar bahawa ia dicipta kerana sesuatu tuntutan peristiwa, juga memanglah benar bahawa di sana sini ia mengalami “kepayahan” memilih dan menyusun kata-kata. Tidakkah pernah diakui bahawa puisi adalah susunan kata-kata pada tempat sesuainya?

Menyusun kata-kata dalam satu kawasan, dan memujuk kata-kata itu supaya santun dan manis dalam lariknya yang tertentu pasti saja menuntut masa yang lama. Puisi Dirgahayu Dr. Mahathir ini memang dicipta dalam satu jangka masa yang panjang dari 28 Ogos 2003 hingga ke 8 September 2003, hampir 12 hari.

Sebuah puisi dalam 12 hari?

Ia bukan jenaka, maklum saja banyak logika diperlukan untuk mewajahkan seorang Perdana Menteri. Dan lebih sulit lagi untuk menyantunkan kata-kata supaya tidak ternampak “mengada-ngada” atau “melampau-lampau”.

Untuk mewaraskan tindakan seni itu, dalam buku comel dan indah ini, penulis perturunkan titisan dan coretan ilham proses penciptaan puisi ini dari awal hingga ke akhirnya. Pada akhir Ogos (khususnya 29 Ogos 2003), penulis perturunkan saja segala apa yang terlintas dalam hati dan minda beliau. Sejak pengalaman awal, beliau dapati larik puisi memang terbentuk begitu. Tidak mudah—malah tidak boleh—ditulis sekali lalu terus saja menjadi. Fikiran yang dicabar oleh khayalan tidak memungkinkan larik puisi tertitis dengan logisnya. Kerana itu, jika diteliti lakaran larik puisi awalnya, kita akan mendapati bahawa terkadang-kadang larik pertama itu seperti kurang manis dan kurang logisnya.

Catatan menunjukkan bahawa saya memulakannya dengan dua baris kata:

Tuan pemimpin yang terlalu banyak bara
galak menyala walau tanpa serbuan angin.

Selepas larik-larik tersebut terakam pula rangkap yang lain berbunyi:

Dengan menu bancuhan luar biasa,
ramuan asli dari dia rasa sendiri,
dapur bangsa menyedia sajian istimewa—
demokrasi lazat yang mempunyai zatnya sendiri.

Walaupun, itulah dua rangkap pertama yang lahir daripada gerak rasa seni dan logika saya, tapi ternyata bukanlah dua rangkap awal itu yang kemudiannya menjadi rangkap pembuka puisi. Sebaliknya, dua rangkap ini muncul jauh di tengah puisi itu.

Begitulah juga yang turut berlaku kepada rangkap-rangkap awal yang menjadi inti puisi ini. Dengan cara yang sedikit sukar untuk diperjelas, rangkap-rangkap awal itu bertukar tempat mencari logika dan hirarki peristiwanya sendiri. Itu pun sesudah larik-larik itu melalui beberapa proses perubahan, setengahnya kerana ingin mendapatkan rima yang manis, setengahnya kerana ingin menempatkan kata-kata yang lebih serasi.

Begitulah dalam naskah tulisan awal puisi ini akan dapat dikesan salinan puisi lapis demi lapis, termasuklah ke bahagian di mana larik-larik puisi itu diteliti suku katanya supaya semuanya berimbang, iaitu 15 suku kata. Penentuan suku kata ini dimulakan pada awal penciptaan puisi supaya ia terasa berimbang apakala dideklamasikan. Bukanlah pula 15 suku kata bagi setiap larik itu sesuatu yang “wajib”, tetapi ia adalah karenah dan pilihan seseorang penyair.

Selalunya, mendapatkan persamaan bunyi bagi setiap akhir larik sudah memadai, tanpa menyukat suku kata yang selalunya bakal mempersulit aliran puisi (apalagi perasaan dan khayalan) itu sendiri.

Janganlah disangka bahawa semua larik yang dicipta akan akhirnya disatukan ke dalam puisi. Sebenarnya, amat banyak juga larik-larik puisi (yang terkadang cantik dan berguna) tidak dapat diabadikan kerana logika rasa, fikir dan ruang. Dan, dalam buku ini memang ditunjukkan sekali beberapa baris yang tidak “sempat” atau tidak “serasi” digunakan.

Rakaman puisi Dirgahayu Dr. Mahathir disudahi dengan teks akhirnya yang ditaip dengan komputer sebagai “saksi” bagaimana wajahnya puisi itu dalam bentuk akhirnya (iaitu, sebelum dicetak). Sengaja penulis jelaskan proses penciptaan puisi ini dari awal hingga ke akhirnya semata-mata kerana merasakan bahawa ia adalah di antara puisi-puisi historis yang barangkali akan lebih bermakna setelah beberapa tahun kemudiannya.

Satu niat lain saya merakamkannya demikian rupa adalah kerana, saya harap, buku ini juga dapat nantinya dijadikan asas mengajar menulis puisi dalam bengkel-bengkel seni di merata tanah air. Pelajaran ini menjadi lebih bererti lagi kerana kita tidak saja akan belajar cara bagaimana menulis puisi, malah kita sebenarnya ikut menghayati sumbangan seorang Perdana Menteri. Kita bakal kenal seni, dan kita juga bakal kenal pemimpin besar tanah air.

Dirgahayu Dr. Mahathir juga saya kira menjadi lebih bermakna kerana turut disertakan sebuah puisi lain berjudul Kepada Pemimpin Yang Itu, yang kebetulan ditulis pada abad lalu, ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih lagi seorang Menteri Luar Negeri.

Puisi ini menjadi satu imbangan yang baik, memungkinkan kita melihat bagaimana sentuhan kemistri dua orang pemimpin negara yang saling berjalin. Turut penting juga kedua-dua puisi itu kemudiannya bakal turut sempat menjadi saksi satu peralihan kuasa dalam dunia politik tanah air.

Penulis sertakan juga sebuah puisi lain—Mutiara Kemerdekaan—yang terbentuk daripada bait-bait pilihan sajak yang ditulis selama lima dekad. Saya harapkan puisi ini dapat memberikan latar sejarah perjuangan bangsa dari fasa diri dijajah kepada fasa diri menentukan nasib sendiri. Semoga buku puisi ini sempat menjadi sumbangan seni dan sejarah, dan paling utama sekali, ia adalah penghargaan penulis terhadap pemimpin tanah air.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.236 kg
Dimensions 20 × 14 × 1.1 cm
Edition

Format

ISBN

9789834119614

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dirgahayu Dr. Mahathir dan Kepada Pemimpin Yang Itu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.