Drama dalam Penskripan, Pementasan dan Kritikan

MANA SIKANA atau Abdul Rahman Napiah dinobatkan sebagai Sasterawan Perak pada tahun 2004. Beliau banyak menulis dalam genre sastera kreatif serta menghasilkan kertas penyelidikan tentang kesusasteraan Melayu moden.

DBP (Cetakan Pertama, 2016)
379 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 6 reward points!
ISBN: 9789834617479 Product ID: 31908 Category: Sub-subjects: ,

Drama dalam Penskripan, Pementasan dan Kritikan tulisan Mana Sikana disusun mengikut kronologi dunia pendramaan, yang dimulai dengan penulisan skrip, kegiatan pementasan, budaya drama dengan wacana serta perbincangannya, dan kritikan yang menilai pencapaian dari sudut penskripan dan pementasan. Dalam Bahagian I ditumpukan perbicaraan kepada definisi, konsep dan prinsip-prinsip drama; yang kemudian beralih kepada cara-cara dan kaedah menulis drama. Tujuannya supaya khalayak dapat menguasai aspek-aspek yang membina sesebuah skrip drama dan dapat dipandu bagaimana menghasilkan penulisannya.

Dalam Bahagian II, perbincangan dipusatkan pada aspek pementasan atau persembahannya. Dimulai dengan pengetahuan konsep pementasan, diikuti dengan aspek pementasan dan seterusnya ialah bagaimana proses transformasi teks ke pentas. Kegiatan pementasan diketuai oleh seorang pengarah, yang menjadi nakhodanya; di tangannya segala kekuasaan dan tanggungjawab diletakkan bagi menentukan kejayaan sesebuah pementasan. Perbincangan pada bahagian ini, disambung dengan huraian aspek artistik pementasan, disentuh konsep dan peranan para pelakon sebagai nadi dalam sesebuah pementasan.

Dalam Bahagian III dibicarakan pula wacana drama, sesuai dengan situasi dan posisi sebagai budaya sastera dan budaya persembahan. Ia dimulai dengan mengetengahkan perbicaraan konsep nilai tradisional dan modenisme, supaya khalayak dapat mengetahui jaluran dan perkembangan drama secara sejarah dan silang budayanya. Wacana drama membicarakan implikasi daripada aspek penskripan dan pementasannya, dan apabila ia sampai ke tangan khalayak, dengan sendirinya aspek apresiasi dan kritikan masyarakat terjadi.

Bahagian IV pula ialah bahagian kritikan drama. Peranan kritikan sama ada yang berbentuk penskripan atau persembahan adalah penting untuk melanjutkan kehidupan budaya drama. Beberapa buah teks drama yang dihasilkan oleh dramatis terkenal negara seperti Usman Awang, A. Samad Said, Abdullah Hussain dan Arena Wati dibincangkan. Beberapa buah kritikan persembahan juga disediakan, sama ada pementasan di dalam negara mahupun di luar negara. Kritikan telah diterima sebagai kegiatan akademik yang saintifik.

Prakata

BAHAGIAN I — PENULISAN SKRIP DRAMA
1. Konsep Drama
2. Jenis Drama
3. Kaedah Menulis Drama
4. Memperkasakan Penulisan Dramatik
5. Keunggulan Dalam Penulisan Drama

BAHAGIAN II — PEMENTASAN DRAMA
6. Konsep Pementasan
7. Aspek Pementasan
8. Transformasi Skrip ke Pentas
9. Aspek Artistik Pementasan
10. Aspek Teknikal Pementasan

BAHAGIAN III — WACANA DRAMA
11. Nilai Tradisional dan Modenisme
12. Apresiasi dan Kritikan Drama
13. Wacana Kritikan Drama Solehah Ishak
14. Pembudayaan Bahasa dalam Drama
15. Pengajian Drama di Institusi Pengajian Tinggi

BAHAGIAN IV — KRITIKAN DRAMA
16. Tamu di Bukit Kenny Karya Usman Awang
17. Lantai T. Pinkie Karya A. Samad Said
18. Kutukan dari Langit Karya Arena Wati
19. Intan Karya Abdullah Hussain
20. Kritikan Pentas Tiga Buah Drama
21. Menonton Drama Shakespeare di London dan Jakarta

Bibliografi
Indeks

Weight 0.486 kg
Dimensions 21.6 × 14 × 2 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.