Dunia Maritim dalam Pemikiran Arena Wati

SOHAIMI ABDUL AZIZ adalah profesor dan pensyarah dalam bidang kesusasteraan dan media di Bahagian Kesusasteraan, PPIK, USM. Selain menulis buku dan artikel, beliau juga giat membuat penyelidikan yang berkaitan dengan sastera dan budaya, khususnya di Malaysia.

FATIHAH CHE MAT merupakan calon doktor falsafah dalam bidang kesusasteraan Nusantara di Universiti Sains Malaysia (USM).

Senarai penulis:
ABU HASSAN ASY’ARI
HALIMAH MOHAMED ALI
JAMILAH HANI ESA
JELANI HARUN
MD. SALLEH YAAPAR
MOHAMAD LUTHFI ABDUL RAHMAN
MOHAMAD NAZREEN SHAHUL HAMID
MOHMAD NORHISHAM BAHAROM
MUHAMMAD NUR SAIFUL GHAZALI
NORIDAH KAMARI
NURUL HAFIZA HARIRI
RAHIMAH A. HAMID
ROSMAH DERAK
SARAVANAN P. VEERAMUTHU
SOHAIMI ABDUL AZIZ
WAN HASMAH WAN TEH

Penerbit USM (Cetakan semula, 2018)
219 halaman, termasuk Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Dunia Maritim dalam Pemikiran Arena Wati menyajikan satu hidangan untuk santapan minda pembaca yang sebelum ini telah terbiasa dengan imej Arena Wati sebagai pengarang yang cekap bercerita. Namun, dengan membongkar kekuatannya sebagai pelayar dan pedagang maritim, usaha ini telah menjadikan personaliti Arena Wati lebih menyerlah berbanding personalitinya hanya sebagai pengarang cereka yang pandai semata-mata.

Sasterawan negara Arena Wati merupakan sasterawan Malaysia yang berasal dari Indonesia, lebih tepat Makassar yang terletak di barat dan selatan Pulau Sulawesi yang merupakan salah satu daripada ribuan pulau di negara tersebut. Budaya orang Makassar adalah budaya pelayar kerana laut dan darat bersatu dalam kehidupan mereka. Tanpa laut siapalah orang Makassar. Maka, mereka juga dikenali sebagai pelaut. Pelaut dan pelayar kelihatan tidak ada bezanya. Namun, penggunaan istilah pelayar dalam buku ini lebih tepat untuk merujuk kepada Arena Wati kerana beliau bukan sahaja mengetahui dan mencintai isi laut, bahkan beliau menjadikan laut ruang untuk berdagang.

Justeru, dunia pelayar lebih luas daripada dunia pelaut, sungguhpun adakala penggunaannya bertukar ganti. Buku ini menempatkan Arena Wati sebagai pelayar dan pedagang maritim yang setanding dengan kepengarangannya.

Dari Makassar dan ke serata pelosok Nusantara, rempuhan ombak dan angin serta arus telah memperkayakan hidup beliau, bahkan ruang dan pola pelayarannya telah membawanya ke merata tempat dan akhirnya mendarat di Singapura untuk sekian kalinya dan berakhir di Tanah Melayu sehingga kemudiannya mendapat kerakyatan Malaysia. Oleh sebab sumbangannya mula berkembang dan membangun dalam bidang kesusasteraan setelah menetap di Malaysia bahkan dikagumi oleh peminat sastera di sini, maka beliau telah dinobatkan sebagai sasterawan negara oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1998.

Sebagai sasterawan negara, banyak perbincangan telah dilakukan terhadap karyakaryanya. Kebanyakan penelitian berfokus kepada penelitian Arena Wati sebagai pengarang sastera dengan kepengarangannya. Namun, ada suatu hal yang juga penting tercicir dalam usaha kita mengenali Arena Wati dan dunia lautnya. Justeru, buku ini menyingkap satu lagi dimensi Arena Wati, iaitu peranan beliau sebagai pelayar dan pedagang maritim yang selama ini terlindung oleh kerlipan kepengarangannya.

Dunia Maritim dalam Pemikiran Arena Wati dihasilkan untuk menyelami dunia pelayar dan pedagang maritim Arena Wati. Kecenderungan kajian ini diperluaskan kepada golongan yang telah terbiasa dengan karya-karya Arena Wati. Ekoran itu, satu persidangan peringkat kebangsaan telah diadakan dengan mauduk yang sama. Hasilnya, lahirlah buku ini dengan topik-topik perbincangan yang menarik. Sebagai pelayar dan pedagang maritim, Arena Wati berjaya memperkayakan sumber kreatifnya. Banyak rahsia laut dan kebijaksanaan pelaut telah diadun oleh Arena Wati menjadi karya sastera yang indah dan tinggi nilai keilmuannya. Sifatnya sebagai pelayar yang tegar telah membolehkan Arena Wati menyelongkar rahsia laut dan unsur-unsur yang berkaitan dengannya sehinggakan mampu mendekatkan pembaca dengan laut.

Begitu juga dengan dunia pedagang maritim yang berjual beli pelbagai barang dagangan dengan urusan dagang yang rencam. Semua ini menjadi teras kepada karya-karya yang dihasilkan seperti cerpen, novel dan memoir. Menyelami kehidupan Arena Wati sebagai pelayar dan pedagang maritim telah berjaya membuka ruang baharu dan mencabar apresiasi karya-karya beliau dengan lebih luas, mendalam dan bermakna. Kebijaksanaan, budaya, falsafah, nilai, budi dan teknologi telah menjadi kunci-kunci yang digunakan untuk membuka mang perbincangan yang seterusnya menggali segala khazanah yang terselindung dan terbenam di sebalik penyusunan kata-kata tersurat yang menyinari keindahan cereka yang menyenangkan.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.399 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 1.2 cm
Edition

Format

ISBN

9789674611453

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dunia Maritim dalam Pemikiran Arena Wati”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.