Out of stock

Eksplorasi Budaya di Malaysia

Disunting oleh MOHD. YUSZAIDY MOHD. YUSOFF dan MUAMMAR GHADDAFI HANAFIAH

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2021)
197 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Eksplorasi Budaya di Malaysia membincangkan isu kesinambungan serta kemapanan budaya masyarakat di Malaysia secara komprehensif, dan mengetengahkan amalan, ekspresi dan budaya material dalam perspektif baharu. Aspek seperti falsafah, budaya material dan ekspresi budaya di Malaysia dibincangkan dalam konteks falsafah, pemuliharaan dan pemeliharaan, amalan dan simbol budaya. Malaysia terbina daripada gabungan pelbagai budaya, etnik, bahasa, adat resam dan agama. Kepelbagaian ini membentuk keunikan ideologi, fahaman dan Identiti masyarakatnya. Proses silang budaya membantu masyarakat Malaysia saling memahami dan menghormati kepelbagaian budaya seterusnya membentuk perpaduan serta keharmonian.

Subjek yang diperbincangkan agak komprehensif dan mencakupi aspek budaya Melayu dan peribumi, termasuk seni persembahan dan drama televisyen sebagai ekspresi budaya masyarakat. Malah, sebahagian amalan dan budaya material peribumi dari Sabah dan Sarawak turut diangkat sebagai subjek perbincangan. Antara objektif menghasilkan buku ini adalah untuk memperluas dan melengkapkan korpus ilmu dalam bidang budaya Melayu dan peribumi. Buku ini merupakan buku penyelidikan bertemakan budaya dan seni anak peribumi Malaysia. Lapan bab dikemukakan bagi memperkatakan keberadaan dan kesinambungan budaya dan seni anak peribumi Malaysia di persada dunia kontemporari. Secara asasnya, buku ini membawakan rumusan daripada pemerhatian dan tinjauan serta analisis ilmiah dalam persoalan yang disentuh.

Senarai Jadual & Rajah
Prakata
Pendahuluan

1. Struktur Persembahan Makyung
Rosmalinda Abu Samah & Nur Afifah Vanitha Abdullah

2. Penggunaan Tawas dalam Perubatan Melayu Tradisional
Izzah Safiah Raihana Mohd Ghazali & Muhd Norizam Jamian

3. Bomoh Kayap dalam Kepercayaan Orang Melayu di Pasir Mas Kelantan
Azlina Musa & Yusmilayati Yunos

4. Struktur Drama Televisyen Anak Penarik Beca
Nur Azliza Mohd Nor, Nur Afifah Vanitha Abdullah & Mohammad Nazri Ahmad

5. Etnografi Masyarakat Bajau Kampung Pangkalan Air, Sabah
Nordiana Mosum & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff

6. Pola dan Reka Bentuk Busana Perempuan Etnik Suluk
Roziah Adama, Yusmilayati Yunos & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff

7. Motif Klirieng Masyarakat Punan Ba
Norazila Abdul Talip & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff

8. Nilai Melayu dan Silat Cekak Pusaka Hanafi
Muhammad Hasnimizan Ishak & Muammar Ghaddafi Hanafiah

Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight0.308 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1.1 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.