Sale!

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu

DBP (Edisi Kedua Cetakan Pertama, 1999)

5 Jilid:
9836242465 (Jilid 1)
9836252169 (Jilid 2)
9836252185 (Jilid 3)
9836252177 (Jilid 4)
9836252193 (Jilid 5)

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM400.00

In stock

ISBN: 9789836242464 Product ID: 1312 Subjects: , Sub-subjects: , , , , , ,

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu merupakan himpunan tulisan tentang tamadun Melayu dari sudut sejarah, kebudayaan, sastera dan bahasa. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu merupakan lanjutan kepada tradisi penerbitan ensiklopedia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Usaha ini bermula dengan penerbitan Ensiklopedia Sains (1965), Ensiklopedia Perintis (1970) dan Ensiklopedia Pelajar (1990). Pada tahun 1987, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan Unit Ensiklopedia yang kemudiannya menjadi Bahagian Ensiklopedia untuk mengusahakan penerbitan ensiklopedia dengan lebih terancang. Pada peringkat awal, bahagian ini telah merancang untuk menerbitkan ensiklopedia tentang Malaysia. Walau bagaimanapun, setelah mengkaji daripada beberapa aspek, Dewan Bahasa dan Pustaka memutuskan untuk menerbitkan ensiklopedia khusus tentang ketamadunan Dunia Melayu dalam usaha untuk meletakkan bangsa Melayu pada kaca mata antarabangsa sebagai bangsa yang mempunyai tradisi ilmu yang tinggi, bertamadun tinggi dan dihormati. Projek ini telah mendapat sokongan daripada cendekiawan serta ilmuan tempatan dan luar negara yang tentunya membantu menjadikan ensiklopedia ini lebih berwibawa.

Untuk melaksanakan projek ini, beberapa jawatankuasa telah dibentuk yang terdiri daripada pakar bidang sejarah, kebudayaan, sastera dan bahasa Melayu. Beberapa jawatankuasa lain juga telah ditubuhkan bagi membantu pelaksanaan projek ini. Hasil jalinan pelbagai tenaga pakar dari dalam dan di luar negara, termasuklah kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri, alhamdulillah projek besar ini dapat dilaksanakan. Bangsa Melayu mempunyai sejarah ketamadunannya yang panjang, namun catatan tentang kegemilangannya ini tidak pernah dikumpulkan dalam satu kompendium besar yang dapat dijadikan sumber rujukan. Takrif melayu ialah kelompok suku bangsa di sekitar Kepulauan Melayu dan pelbagai kelompok serumpun bahasa di kalangan kelompok Bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia). Bangsa Melayu yang dimaksudkan adalah terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang menjadi penutur Bahasa Melayu dan kelompok bangsa Melayu-Polinesia. Dari segi geografis, dunia Melayu ialah kawasan yang terangkum di dalamnya semenanjung dan kepulauan yang terentang dari selatan Pulau Famosa menganjur turun hingga ke Pulau Madagaskar.

Penempatan bangsa Melayu tersebar luas dan membentuk suku kaum yang beraneka bahasa, dialek, adat dan kepercayaan adalah kesan daripada faktor geografis dan evolusi sejarah. Kini bangsa Melayu merupakan sebahagian besar daripada jumlah penduduk Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan di selatan Filipina. Di daerah-daerah di luar Kepulauan Melayu seperti di Selatan Thailand, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, Madagaskar dan sebagainya, keturunan Melayu merupakan masyarakat minoriti.

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu memberikan maklumat yang berkaitan dengan semua aspek tamadun dunia Melayu, antaranya termasuklah konsep dan fahaman; adat dan kepercayaan; institusi dan organisasi; kesusasteraan dan kesenian; dan tokoh dan personaliti dalam pelbagai bidang. Kata masukan yang dipilih adalah untuk memberikan maklumat tentang tamadun dunia Melayu dari zaman prasejarah hingga kini. Meskipun kata masukan yang terdapat dalam ESKM ini merupakan tulisan tentang dunia Melayu tetapi penekanan atau tumpuan diberikan kepada subjek yang meliputi Melayu di Malaysia.

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu mengandungi lebih kurang 3500 kata masukan dan dibahagikan kepada lima jilid termasuk jilid indeks. Setiap jilid mengandungi lebih kurang 700 halaman yang disusun mengikut abjad. Jilid kelima ialah jilid indeks. Kata masukan dibahagikan kepada empat kategori. Kategori utama mengandungi 1000 hingga 2000 perkataan, kategori kedua mengandungi 750 hingga 1000 perkataan, kategori ketiga mengandungi 400 hingga 750 perkataan, dan bagi kategori keempat tidak melebihi 400 perkataan. Untuk kategori kata masukan utama, kedua dan beberapa kata masukan yang tertentu, dimasukkan nama penyumbang dan senarai bahan bacaan lanjutan. Ensiklopedia ini menggunakan ilustrasi berwarna dan hitam putih terdiri daripada gambar foto, peta, gambar rajah, carta, diagram, jadual dan sebagainya untuk membantu dan memperjelaskan teks. Penyediaan Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu melalui berbagai-bagai tahap dari perancangan awal sehinggalah terbentuknya pelbagai jawatankuasa kerja yang terdiri daripada tenaga pakar dan para sarjana dari beberapa universiti, institusi dan orang perseorangan. Bagi menyediakan bahan penulisan ensiklopedia, tenaga pakar dibahagikan kepada empat bidang iaitu bidang sejarah, kebudayaan, sastera dan bahasa.

Bersama-sama pakar bidang, pihak editor telah menyenaraikan kata masukan bagi setiap bidang, menentukan kategori bagi setiap kata masukan dan mencadangkan penulis. Pihak editor dengan kerjasama pakar bidang telah menyediakan format dan panduan penulisan mengikut keperluan Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Dalam proses penyuntingan teks, soal besar yang dihadapi oleh editor ialah membuat keputusan memilih bahan penting yang harus dimasukkan supaya tidak menjejaskan kepentingan sesuatu kata masukan sesuai dengan format yang telah ditentukan. Kebanyakan penulis Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu terdiri daripada sarjana yang mempunyai tugas hakiki, dan kerja menyediakan bahan ensiklopedia merupakan suatu beban tambahan kepada mereka bagi menepati tempoh yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, dengan rasa penuh tanggungjawab, mereka berjaya menyelesaikan tugas yang berat ini. Hasil gabungan pelbagai tenaga pakar dalam dan luar negara, dan kakitangan DBP, Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu ini dapat diterbitkan.

Weight7 kg
Dimensions23 × 17 × 30 cm
Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 23 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Nor aslaini Mohd nasir (Verified Reader)

    (0) (0)
  2. Nik Mazlan Mamat (Verified Reader)

    (0) (0)
  3. NIK ZURAINI ZULKIFLI (Verified Reader)

    (0) (0)
  4. NORAIDA RASHID (Verified Reader)

    (0) (0)
  5. Zikrullah Ismail (Verified Reader)

    (0) (0)
  6. Rosidi Abu (Verified Reader)

    (0) (0)
  7. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  8. Md Azmani Syah Muhamad Ali (Verified Reader)

    (0) (0)
  9. md yasin (Verified Reader)

    amat berfaedah ada

    (0) (0)
  10. Wan Mohd Nasruddin (Verified Reader)

    (0) (0)
  11. Amar Razli (Verified Reader)

    (0) (0)
  12. IRWAN HIDAYAT ABD RAHIM (Verified Reader)

    (0) (0)
  13. farhana daid a. (Verified Reader)

    (0) (0)
  14. Rashidy Murad (Verified Reader)

    (0) (0)
  15. Arimi Fitri (Verified Reader)

    (0) (0)
  16. Fauziah Mafoz (Verified Reader)

    (0) (0)
  17. Ariff Osman (Verified Reader)

    (0) (0)
  18. Mohd Rastam Mohd Ariffin (Verified Reader)

    (0) (0)
  19. Zuraini Zahid (Verified Reader)

    (0) (0)
  20. NOR FAZULAILY MOHD GHAZALI (Verified Reader)

    (0) (0)
  21. Syamsul Hamdan (Verified Reader)

    (0) (0)
  22. Azizi Shaghir (Verified Reader)

    (0) (0)
  23. Sohibul Fazilah (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.