Etimologi Nama Negeri di Malaysia

Penulisan bersama RAJA MASITTAH RAJA ARIFFIN, CHE IBRAHIM SALLEH, NORAZLINA MOHD. KIRAM dan HASNAH MOHAMAD

Penerbit UPM (Cetakan Kedua, 2018)
171 halaman termasuk Indeks

RM40.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789673445974 Product ID: 4396 Subjects: , Sub-subjects: , , , , , ,

Etimologi Nama Negeri di Malaysia cuba merungkai persoalan asal-usul negeri di Malaysia mendapat namanya masing-masing yang digunapakai sehingga sekarang. Etimologi atau asal usul nama sesuatu negeri merupakan suatu kajian yang menarik, informatif dan memberikan kepuasan kepada pengkaji dan pembaca, demikian juga halnya dengan penerokaan terhadap asal usul nama negeri di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Dalam penulisan Etimologi Nama Negeri di Malaysia, antara kesukaran utama yang dihadapi ialah memperoleh aspek semantik dan ketidakwajaran aspek fonologi, etnografi serta kebolehpercayaan sejarah yang dikemukakan untuk membuat kesimpulan dan rumusan. Perbincangan dalam Etimologi Nama Negeri di Malaysia memuatkan konsep dan definisi etimologi sebagai satu hipotesis popular yang telah diberikan takrifan oleh sarjana-sarjana dalam bidang ini. Istilah etimologi rakyat sebenarnya telah wujud dalam masyarakat bahasa sejak dahulu lagi, yang bertujuan untuk menjelaskan asal usul kata, walaupun penjelasan tersebut tidak didasarkan kepada penyelidikan yang sistematik, dan hal ini menyebabkan hasilnya atau kenyataan yang dibuat kurang diyakini dan dipercayai ramai. Namun, setiap etimologi warisan yang dikemukakan responden mungkin ada logiknya, tetapi mungkin ada juga kekurangannya atau tidak cukup tepat rumusan yang dibuat jika tidak mencapai atau menepati kriteria tertentu. Bukan mudah untuk mencapai ketetapan tentang asal usul atau turunan nama negeri atau tempat yang dikaji.

Setiap bab menjelaskan asal usul nama negeri, bermula dengan Johor yang mengandungi pengaruh Arab terhadap penamaan negeri Johor apabila nama Johor terbentuk daripada perkataan Arab “Jauhar” (جوهر) yang bermaksud “permata berharga”; nama Kedah berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa yang digunakan sebagai bahan rujukan sejarawan tentang sejarah awal Kedah; nama Kelantan yang dipercayai daripada perkataan Melayu, iaitu kilatan, gelam hutan atau “Kelang-tang”; asal usul nama negeri Melaka yang dipercayai berasal daripada perkataan Arab, iaitu “malqa” (ملقي) atau “Multaqa” (ملتقي) yang bererti “tempat pertemuan segala pedagang atau disebut “malaqqa” yang bererti ‘pasar’ atau ‘tempat berniaga’; etimologi nama negeri Pahang dengan berdasarkan pelbagai cerita warisan yang dikemukakan, baik dalam kalangan orang Siam-Asli, orang Cina, pedagang Arab, orang asli yang tinggal di Bebar dan juga anak Melayu Pahang sendiri; pembentukan nama negeri Perak yang dipercayai mempunyai kaitannya dengan cerita putera Raja Marang Mahapudisat yang mengembara untuk membuka sebuah negeri baharu, seperti yang terakam dalam Hikayat Merong Mahawangsa; peristiwa etimologi nama negeri Perlis; asal usul nama Pulau Pinang, yang jelasnya berasal daripada pokok pinang yang banyak ditanam untuk menghasilkan buah pinang sebagai barang dagangan yang penting antara Inggeris dengan China; etimologi nama negeri Sabah, yang wujud dalam tiga bentuk ejaan, iaitu Sabak atau Saba’, Sabah dan Saba, sebagai sebutan pelbagai penutur daripada pelbagai komuniti asal di Sabah, seperti Bajau, Bajau Sulu, Suluk, Melayu-Brunei, Kedayan, orang Dusun Brunei, Bisayah, dan lain-lain; huraian tentang etimologi nama negeri Sarawak yang diturunkan daripada generasi lama kepada generasi yang baharu iaitu wujudnya nama Sarawak berasal daripada ungkapan “serah awak” dalam peristiwa penyerahan wilayah itu kepada Brooke oleh Sultan Brunei; etimologi warisan tentang negeri Selangor yang dikaitkan dengan nama serangga langau, nama pokok mentangau, dan juga akronim daripada dua perkataan “selang dan jemur”; etimologi nama Negeri Sembilan yang langsung tidak melibatkan etimologi warisan, tetapi pembentukannya jelas berasaskan sembilan buah kawasan yang telah dikenal pasti oleh orang Minangkabau yang datang berhijrah dari seberang, iaitu Sumatera untuk membentuk negeri yang sembilan, yang kemudian menjadi Negeri Sembilan; etimologi nama negeri Terengganu yang juga terikat dengan etimologi warisan yang terbit daripada cerita lisan orang tua-tua yang disampaikan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya; dan etimologi nama tiga Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Kata Pengantar
Prakata
Pendahuluan

1. Konsep Etimologi dan Warisan
2. Nama Negeri Johor
3. Nama Negeri Kedah
4. Nama Negeri Kelantan
5. Nama Negeri Melaka
6. Nama Negeri Pahang
7. Nama Negeri Perak
8. Nama Negeri Perlis
9. Nama Negeri Pulau Pinang
10. Nama Negeri Sabah
11. Nama Negeri Sarawak
12. Nama Negeri Selangor
13. Nama Negeri Sembilan
14. Nama Negeri Terengganu
15. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
16. Labuan
17. Putrajaya
18. Epilog

Biodata Pengarang
Indeks

Weight0.340 kg
Dimensions24 × 16.5 × 1 cm
Author(s)

, , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.