Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia

Wan Junaidi Tuanku Jaafar merupakan ahli Dewan Rakyat mewakili Parlimen Santubong. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri di Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (2015-2018)

DBP (Edisi Kedua Cetakan Pertama 2013)

392 Halaman

ISBN 9789834612672

 

RM50.00

In stock

Product ID: 472 Subjects: , Sub-subjects: ,

Evolusi Parlimen Dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia tulisan Wan Junaidi Tuanku Jaafar cuba memberi gambaran yang lebih luas berhubung dengan detik sejarah penubuhan Dewan Rakyat dan evolusinya. Parlimen ialah lambang dan tempat bermulanya amalan demokrasi sesebuah negara.

Begitu juga di negara kita Malaysia. Bermula dari tahun 1909 sebagai Federal Council atau Majlis Persekutuan yang berfungsi sebagai penasihat kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Parlimen kita telah bertukar menjadi Parlimen yang mempunyai dua Majlis pada tahun 1959 hingga sekarang.

Buku ini meniti detik sejarah perubahan keahlian Majlis Persekutuan daripada 11 orang ahli, termasuk Sultan-Sultan dari empat buah Negeri Melayu Bersekutu hingga wujudnya Parlimen dengan dua Majlis yang kini mempunyai 222 orang ahli di Dewan Rakyat dan 70 orang ahli di Dewan Negara.

Edisi kedua ini banyak berkisar tentang penubuhan Parlimen Dwidewan dan penubuhan Dewan Negara yang sekarang mempunyai 70 orang ahli yang dilantik dari negeri-negeri dan yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Evolusi Parlimen Dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia juga mengisahkan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara mengikut Perlembagaan Persekutuan selepas Parlimen Dwidewan diwujudkan pada September 1959.

Yang turut dikisahkan dalam buku ini adalah pelantikan Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan secara ringkas tentang pelantikan Clerk to the Council atau Setiausaha-setiausaha kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Lakaran sejarah dalam buku ini mengisahkan pertukaran Majlis Persekutuan kepada Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1948, dan juga persidangan yang diadakan di pejabat Jabatan Kerja Raya dan Bangunan Tuanku Abdul Rahman sehingga ke bangunan Parlimen yang ada sekarang. Selanjutnya, dipaparkan sejarah perancangan pembinaan bangunan Parlimen, konsep dan falsafah di sebalik rekaannya. Persoalan mengapa perasmian Bangunan Parlimen yang dirancang untuk dilaksanakan pada 31 Ogos 1963 telah ditunda ke tarikh 2 Novermber 1963 juga turut terjawab dalam buku ini.

Sementara kita meraikan kejayaan negara dari satu zaman ke satu zaman yang lain, peranan Parlimen sebagai pengesah cara dan pemudah langkah usah dilupakan begitu sahaja. Di England terdapat beratus buku, jurnal, risalah dan penulisan yang mencatatkan dan mengagungkan perjuangan Speaker dan Ahli-Ahli House of Commons, England. Fonomena yang sama terdapat di Kanada, New Zealand, Australia, dan India. Namun, fenomena yang sama tidak dilihat di negara ini. Buku ini sedikit sebanyak cuba membetukan kekurangan ini.

Weight0.748 kg
Dimensions16.2 × 2.7 × 24.0 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.