Out of stock

Falsafah Minda

AHMAD SUNAWARI LONG adalah Profesor Madya di Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2021)
203 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Product ID: 27100 Subject: Sub-subjects: , ,

Falsafah Minda membicarakan isu berkaitan minda menelusuri Zaman Greek dengan penekanan kepada falsafah Plato dan Aristotle, Neoplatonisme, era Abad Pertengahan, Zaman Moden hingga ke zaman kontemporari. Falsafah adalah wacana hikmah tentang manusia, alam dan Tuhan. Falsafah berasal daripada gabungan dua perkataan Greek (Yunani) philo atau philien bermaksud cinta serta sophia atau sophos bererti hikmah. Maka falsafah difahami sebagai satu rasa cinta terhadap hikmah atau kebijaksanaan. Dalam memahami falsafah, aktiviti taakulan (berfikir secara rasional) digunakan sebagai alat walau dilihat daripada sudut pandangan aliran berbeza. Matlamat utama dan terakhir dalam falsafah adalah mencapai kebahagiaan atau diistilahkan sebagai al-sa’adah oleh al-Mu’allim al-Thani, iaitu al-Farabi atau eudaimonia oleh Aristotle.

Subjek falsafah adalah pelbagai bermula dengan metafizik berkembang kepada epistemologi, falsafah akhlak, falsafah politik, etika, estetika, falsafah kemanusiaan, falsafah minda dan sebagainya. Walau apapun subjek dirangkumi oleh falsafah, ia tetap mencakupi tiga dimensi yang tidak terpisah iaitu tentang Tuhan, alam dan manusia. Darinya tercetus falsafah minda yang mewacanakan isu berkaitan roh, akal kognitif, intelek, dan minda. Tafsiran tentang roh, minda, intelek dan innate idea menurut Descartes serta tabula rasa dalam perspektif Locke diketengahkan secara analisis falsafah. Kedua-dua pandangan mereka yang kontradik ini telah mempengaruhi epistemologi zaman moden. Polemik tentang kesahihan kewujudan roh dan keabadiannya juga menjadi wacana penting falsafah minda dan realitinya semakin dicabar oleh kemajuan sains dan perubatan moden seperti sains neuro. Falsafah minda juga menyelongkar alam bawah sedar seperti hakikat dan tafsiran mimpi yang masih menjadi misteri hingga era Revolusi Industri 4.0.

Mimpi cuba dihuraikan oleh ahli falsafah semenjak Aristotle diikuti oleh ahli falsafah Islam seperti al-Farabi serta ahli psikologi moden seperti Sigmund Freud dan Carl Gustav Jung. Di samping itu, kritikan materialisme terhadap minda yang menjadi pegangan kepada golongan ateis serta penyelongkaran misteri kesedaran minda diketengahkan dalam karya ini. Wacana falsafah minda tidak lagi terhad di sekitar manusia dan kemanusiaan tetapi kini memasuki daerah sains moden dan bersifat kontemporari apabila menggerakkan kontradiksi antara pendokong aliran Pro Mesin dan Anti Mesin. Karya ini juga turut membicarakan persoalan kepintaran buatan (artificial intelligence).

Senarai Jadual & Rajah
Prakata

BAB 1 Minda dalam Perspektif Plato dan Aristotle

BAB 2 Minda Era Neoplatonisme

BAB 3 Minda Era Abad Pertengahan

BAB 4 Rene Descartes dan Innate Idea

BAB 5 John Locke dan Tabula Rasa

BAB 6 Minda dalam Perspektif Materialisme

BAB 7 Keabadian Roh

BAB 8 Kesedaran Minda

BAB 9 Mimpi

BAB 10 Minda Buatan

Glosari
Rujukan
Indeks

Weight0.31 kg
Dimensions22.7 × 15 × 1.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.