Out of stock

Fatamorgana: Kembara dari Nusantara ke Eropah

Oleh : Kalam Hamidi

Penerbit UKM (Cetakan Pertama 2003)
376 mukasurat

RM35.00

Out of stock

Pada tarikh 23 Mac 1963, Abdul Malik Abdul Hamid belayar dari pelabuhan Singapura ke Madras. Pelayaran dalam kapal Rajula London pagi itu memulakan pengembaraannya ke London jalan darat melalui India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Turki, Itali, Greece dan Perancis sebelum tiba ke London.

Perjalanan yang jauh itu tanpa wang yang cukup di saku, tiada cek kembara, apa lagi kad kredit ataupun telefon bimbit. Abdul Malik atau nama penanya Kalam Hamidi bersama Osman dan Leong dengan hati yang cekal mencari pengalaman di negara orang dalam serba kekurangan.

Mereka kelaparan dan kehausan, mengalami panas dan dingin yang melampau, merayu makan dan minum, menggunakan muslihat dan pelbagai helah untuk melepaskan diri ketika di sempadan atau untuk dapat menaiki kereta api atau lori secara percuma ke sesuatu destinasi.

Ketiga-tiga mereka tidur di mana sahaja termasuk di kaki lima, hentian bas, masjid, bangsal, di atas lori atau di bawah pokok, berbumbungkan langit, berlampukan bulan dan bintang.

Ada ketikanya, mereka bernasib baik apabila disediakan hotel yang selesa. Apabila kenderaan tidak muat untuk mereka bertiga, terpaksalah berpecah. Ada waktunya mereka bertiga berpisah untuk waktu yang lama. Pengalaman mereka menemui manusia pelbagai ragam, bermacam rupa, adat resam dan bahasa.

Tidak ramai yang mengenali Malaya, Tanah Melayu dan Malaysia yang tidak hanya terbentuk pada September 1963, lama selepas meninggalkan tanah air. Apabila melintasi negara-negara Islam, modal yang ada pada Kalam hanyalah kebolehan berbahasa Arab dan memberi salam serta mengucap dua kalimah syahadah tanda dirinya seorang Islam. Itulah yang menjadi umpan bagi meraih simpati penduduk setempat.

Pada ketika lain, beliau menggunakan bahasa Inggeris atau isyarat tangan. Jika nasib menyebelahinya, modal ini berhasil pula memberikannya pelbagai kemudahan bertaraf VIP.

Buku bertajuk Fatamorgana: Kembara dari Nusantara ke Eropah ini mengisahkan suka duka pengembaraan beliau dari Singapura ke London dan kemudian ke seluruh pelosok Nusantara, bermula dari Acheh hingga ke Irian Jaya. Kembara beliau menemukannya dengan erti kemerdekaan sebenar kemanusiaan dan makna persahabatan sejati.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Dimensions 15.4 × 2.7 × 22.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789679426243

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Fatamorgana: Kembara dari Nusantara ke Eropah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.