Feudalisme Eropah Barat Zaman Pertengahan

AZMI ARIFIN ialah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Kepakaran beliau adalah sejarah Melayu dan historiografi.

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
257 halaman

RM30.00

Only 1 left in stock

Feudalisme Eropah Barat Zaman Pertengahan, selain bertujuan menyumbang suatu huraian yang lebih jelas tentang konsep feudalisme, juga berhasrat untuk menambahkan lagi bahan bacaan dan rujukan tentang konsep tersebut dalam bahasa Melayu, Walaupun konsep feudalisme telah lama dikaji dan dibicarakan, khususnya oleh para sarjana Barat, beberapa persoalan tentangnya masih belum diselesaikan sepenuhnya. Kajian tentang feudalisme Eropah Barat itu sendiri masih lagi memperlihatkan perbezaan tafsiran yang ketara, misalnya antara pengkaji sejarah aliran Marxist dengan bukan Marxist. Huraian tentang feudalisme di negara-negara Asia seperti di Jepun, China dan India juga masih lagi kabur dan penuh dengan kontroversi. Begitu juga pernyataan tentang sejarah dan asal usul istilah “feudalisme Melayu”, misalnya masih banyak yang menimbulkan persoalan serta perdebatan dalam kalangan pengkaji sejarah tempatan. Sebenarnya, dalam konteks konsep feudalisme di Malaysia, ramai sarjana tempatan tidak mempunyai kefahaman yang cukup jelas dan mendalam tentangnya. Umumnya, mereka gemar menggunakan istilah feudalisme dalam tulisan-tulisan mereka, walaupun dengan kefahaman serta makna yang salah.

Menjelaskan makna feudalisme bukan satu hal yang mudah. Bahkan ahli sejarah Barat yang banyak mengkaji tentang konsep itu mengakui kesukaran yang wujud. Pelbagai takrifan telah dikemukakan oleh mereka, namun sehingga kini masih belum tercapai suatu persetujuan pendapat tentang maknanya yang paling tepat, yang dapat menjelaskan kesemua sifat dan perkembangannya di seluruh dunia.

Perkataan fief, feodum atau feudalisme (atau féodalité dalam bahasa Perancis) telah difahami dan diterangkan dalam pelbagai takrif dan makna oleh ahli sejarah. Walaupun ahli sejarah berbeza pendapat tentang takrifan dan ciri-cirinya yang sebenar, pada hakikatnya feudalisme merupakan satu istilah yang berasal daripada tradisi persejarahan Eropah. Dengan itu, asas-asas yang wujud dalam perkembangan feudalisme di Eropah Barat sering dilihat sebagai satu bentuk ideal (ideal type) bagi mengkaji dan menjelaskan tentang kewujudan amalan feudalisme di tempat lain. Pada zaman awal, istilah dan konsep feudalisme hanya digunakan bagi menerangkan fenomena sejarah yang terdapat dalam masyarakat Eropah Barat Zaman Pertengahan. Namun disebabkan oleh pertembungan yang berlaku antara masyarakat Eropah dengan bukan Eropah, maka kemudiannya mula digunakan untuk membicarakan sejarah dan peradaban dunia bukan Eropah pula. Akhimya. feudalisme kini dianggap sebagai satu konsep sejagat dan dipercayai bukan lagi fenomena sui generis Eropah Barat Zaman Pertengahan seperti yang didakwa oleh kebanyakan pengkaji Barat. Sebaliknya feudalisme dianggap wujud dalam amalan masyarakat bukan Eropah termasuklah di Afrika, Asia dan Asia Tenggara

Meskipun penggunaan istilah mahupun konsep feudalisme dapat dikesan wujud dengan meluas dalam pengkajian tentang sejarah Asia dan Asia Tenggara, termasuk di Malaysia, kajian tentangnya selain di Eropah itu masih belum mcndalam. Pengkajian tentang konsep feudalisme dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara, khususnya masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu merupakan usaha yang masih baharu. Sumber bacaan dan rujukan tentang konsep feudalisme juga masih kurang dalam kutub khanah-kutub khanah di negara kita. Apabila rujukan atau sumber yang menjelaskannya tidak lengkap dan sukar diperoleh, maka perbincangan yang dibuat tentangnya tidak akan lengkap dan menyeluruh lalu menimbulkan kekeliruan dan kesalahfahaman yang berterusan.

Pengaruh besar tulisan pentadbir Eropah tentang Tanah Melayu menjadi punca utama yang mencetuskan kekeliruan. Kebanyakan pegawai kolonial Barat, khususnya British menggunakan istilah feudalisme dalam tulisan-tulisan mereka untuk menjelaskan sifat-sifat masyarakat peribumi yang dijajah, tetapi dalam konteks yang mengelirukan dan hampir sepenuhnya negatif. Istilah ini digunakan bertujuan menghina penduduk peribumi, malah ia menonjolkan suatu keinginan yang jelas dalam kalangan mereka untuk menyalahgunakannya sebagai alat bagi menjustifikasikan penjajahan mereka. Dengan itu, gambaran tentang gejala feudal di negeri-negeri Melayu yang dibawa dalam tulisan-tulisan mereka hanya menonjolkan sifat-sifat yang buruk, mundur dan jahat, sebagaimana ungkapan “peribumi malas” pernah digunakan bagi mewujudkan satu mitos tentang watak-watak kejahilan dan kemunduran orang Melayu pada zaman kolonial. Tulisan-tulisan mereka menjadi asas kepada terciptanya gagasan “feudalisme Melayu” dan kefahaman yang salah dan mengelirukan tentang sifat-sifat masyarakat peribumi itu sendiri.

Selain itu, pengaruh yang meluas daripada teori-teori dan aliran-aliran persejarahan tertentu, misalnya teori evolusi dan aliran Marxist, yang membicarakan konsep feudalisme secara luas dan kabur, menambahkan lagi punca kekeliruan terhadap konsep feudalisme. Aliran tersebut juga sering menggambarkan feudalisme sebagai satu amalan yang negatif. Aliran Marxist gemar memperlihatkan feudalisme sebagai satu sistem penindasan berasaskan tanah yang membabitkan golongan tuan tanah dan serf. Aliran ini juga melihat feudalisme sebagai satu tahap perkembangan sejarah evolusi yang mesti dilalui oleh setiap masyarakat dunia sebelum mencapai zaman kapitalisme atau komunisme.

Pengaruh aliran Marxist mahupun teori evolusi sosial dalam penulisan sejarah Malaysia amat kuat kerana kutub khanah-kutub khanah kita banyak mewarisi buku yang ditulis berasaskan pengaruh aliran-aliran yang berpusatkan Eropah tersebut. Tidak hairanlah hari ini apabila kita membincangkan sejarah negeri-negeri Melayu, gambaran tentang kemunduran, keburukan dan kej ahatan sistem feudal sebagaimana yang difahami dalam konteks aliran Marxist itulah yang mula-mula muncul dan menguasai perspektif ahli sejarah.

“Feudalisme Melayu”, misalnya merupakan pengeksploitasian terhadap tanah, sistem kerah, peperangan, perpecahan, penindasan dan kesetiaan mutlak kepada pemerintah. Feudalisme bukannya lagi satu institusi yang telah memberikan tenaga, menyatu dan menyelamatkan manusia seperti yang diterangkan dalam satu peringkat perkembangan sejarah zaman feudal di Eropah Barat. Bagi memahami punca-punca kekeliruan itu, maka suatu kefahaman yang lebih mendalam tentang perkembangan feudalisme, yakni di Eropah Barat, harus dititikberatkanHal ini kerana gagasan feudalisme itu sendiri telah diperkenalkan untuk menggambarkan yang berlaku di sana, khususnya sepanjang kurun ke-10 hingga ke-13.

Diharapkan melalui perbincangan tentang perkembangan feudalisme yang berasaskan contoh ideal, iaitu di tempatnya yang asal istilah itu muncul dan dengan ciri-cirinya yang lebih jelas dan lengkap, akan dapat memberikan suatu kefahaman yang lebih baik dan mewujudkan perbahasan yang lebih objektif tentang konsep feudalisme di tempat lain.

Feudalisme Eropah Barat Zaman Pertengahan akan menjelaskan bagaimana feudalisme berkembang, diamalkan dan kemudiannya diterima menjadi institusi yang amat penting di Eropah Barat selama beberapa kurun dalam Zaman Pertengahan. Dalam perbincangan ini, institusi feudal tidak akan dilihat secara dangkal dan negatif sebagai satu institusi tradisional yang negatif dan jahat semata-mata. Suatu pandangan sejarah yang lebih adil harus diterapkan melalui penelitian terhadap perkembangan sejarah yang sebenarnya berlaku. Di sini ahli sejarah perlu memahami tentang perbezaan nilai atau tahap kemajuan dalam kehidupan yang dilalui oleh masyarakat zaman feudalisme itu sendiri serta perbezaannya dengan masyarakat hari ini. Memanglah perlu diakui zaman feudal yang muncul disebabkan oleh wujudnya gejala perebutan kuasa. persengketaan serta peperangan berpanjangan itu, manusia telah terdedah dengan pelbagai sifat buruk dan ganas yang timbul akibat kerakusan terhadap kuasa, harta benda dan pangkat kedudukan. Namun cabaran sedemikian bukan hanya wujud pada zaman feudal atau Zaman Pertengahan. bahkan mencabar seluruh kehidupan manusiawi pada zaman kini yang digelar sebagai manusia zaman kemajuan, liberal dan demokrasi.

Oleh itu, perbincangan ini cuba memperlihatkan bahawa institusi feudal dan feudalisme bukan hanya membawa kesan buruk atau negatif semata-mata. Sebaliknya, berasaskan bukti-bukti sejarah yang kukuh, feudalisme memberikan sumbangan yang amat besar kepada kemajuan dan ketamadunan manusia, khususnya di Eropah Barat pada Zaman Pertengahan. Penelitian sejarah yang objektif akan memaparkan bahawa feudalisme sebagai institusi politikketenteraan telah memberikan sumbangan besar ke arah mempertahankan serta menyatukan Eropah selama beberapa kurun daripada ancaman keruntuhannya.

Kemunculannya menjadi nukleus kepada kelahiran sistem pemerintahan baharu yang lebih tersusun dan negara bangsa moden di Eropah. Atas keyakinan tersebut, buku kecil ini diharap dapat memberikan satu kefahaman baharu tentang konsep feudalisme, khususnya bagi peminat sejarah dan para pembaca di Malaysia, lantas membuang segala pandangan negatif serta kekeliruan yang wujud tentangnya.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.342 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 1.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789834618636

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Feudalisme Eropah Barat Zaman Pertengahan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.