Sale!

Fiksyen Pascakolonial: Yang Menjajah dan Dijajah

RAHIMAH A. HAMID merupakan Profesor Madya di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2010)
538 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789834604837 Product ID: 511 Subject: Sub-subjects: , ,

Fiksyen Pascakolonial: Yang Menjajah dan Dijajah oleh Rahimah A. Hamid bertujuan untuk mengisi kekurangan penulisan tentang kesusasteraan pascakolonial ini dengan melihat cerpen-cerpen dan novel pascakolonial karya dua orang pengarang iaitu Keris Mas (Malaysia) dan Mochtar Lubis (Indonesia). Terdapat beberapa rasional pemilihan kedua-dua tokoh ini, namun yang utamanya ialah mereka berminat terhadap politik. Kesusasteraan pascakolonial merupakan suatu bidang kesusasteraan yang masih baharu kerana istilah pascakolonial itu hanya tercatat dalam Oxford English Dictionary yang terbit pada tahun 1959, iaitu selepas kebanyakan negara Barat mencapai kemerdekaannya. Pembicaraan tentang pascakolonial termasuk dalam bidang kesusasteraan ini baharu menjadi rancak sekitar tahun 1980-an apabila orang mula memperkatakannya di Afrika, India dan Amerika Selatan.

Pada dasarnya, buku ini dibataskan hanya kepada korpus dua orang pengarang sahaja, iaitu Keris Mas dari Malaysia dan Mochtar Lubis dari Indonesia. Antara rasional pemilihan mereka ialah, pertama, kedua-dua orang pengarang ini dilihat amat berminat terhadap politik. Keris Mas umpamanya pernah menjawat jawatan Pegawai Penerangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Cawangan Pahang, iaitu sebuah parti politik berhaluan kiri. Dia juga pernah menjadi pemimpin parti tersebut di Temerloh. Keris Mas bahkan pernah mengetuai Angkatan Pemuda Insaf (API), sebuah organisasi pemuda yang radikal dalam PKMM. Disebabkan minatnya yang mendalam terhadap bidang politik, Keris Mas banyak menulis esei yang berbau politik dengan tujuan untuk membangkitkan kesedaran nasional dan kecintaan rakyat terhadap negara. Esei-esei lain yang berkaitan yang ditulis olehnya adalah tentang kepentingan ilmu pengetahuan, kebudayaan nasional, pendaulatan bahasa Melayu dan sebagainya.

Mochtar Lubis pula, meskipun tidak melibatkan diri secara khusus dalam gerakan politik, akan tetapi dia banyak menyumbangkan idea-idea berkaitan bidang ini melalui tulisan-tulisannya di dalam pelbagai akhbar dan majalah. Disebabkan hasil-hasil tulisannya begitu tajam dan mampu mempengaruhi pemikiran rakyat jelata, dia dianggap berbahaya kepada keselamatan negara. Sehubungan dengan itu, semasa pemerintahan Orde Lama, Mochtar Lubis pernah dikenakan hukuman tahanan rumah beberapa kali. Kemudiannya dia dipenjarakan, iaitu pada tahun 1956 dan dibebaskan sembilan tahun kemudiannya. Semasa pemerintahan Orde Baru pula, dia ditahan lagi selama dua setengah bulan. Antara tulisan-tulisannya berkaitan politik yang mencetuskan kegelisahan dan kemarahan pemimpin-pemimpin Orde Lama dan Orde Baru yang dibukukannya ialah Manusia Indonesia (Sebuah Pertanggungjawaban) (1977) dan Bangsa Indonesia (Masa Lampau — Masa Kini — Masa Depan) (1978). Hasil-hasil tulisannya yang dibukukan oleh orang lain pula ialah Harian Indonesia Raya, Tajuk-tajuk Mochtar Lubis di Harian Indonesia Raya: Siri 1 (1997) dan Tajuk-tajuk Mochtar Lubis di Harian Indonesia Raya: Siri 2 (1997). Karya-karya tersebut adalah himpunan daripada tulisannya di akhbar-akhbar.

Jadi, penglibatan kedua-dua orang pengarang ini dalam politik dan penghasilan tulisan-tulisan yang berkaitan dengannya tidak dapat tidak telah mempengaruhi dan menyumbang bahan kepada penciptaan karya-karya kreatif yang mendukung wacana pascakolonial ini.

1. Pendahuluan

2. Sejarah Imperialisme-Kolonialisme Barat di Malaysia dan Indonesia
Orientalisme: Sekilas Pengalaman Malaysia dan Indonesia

3. Teori Kesusasteraan Pascakolonial
Apa Itu Pascakolonial?
Korpus Ketegangan dalam Kesusasteraan Pascakolonial
Model Ketegangan
Prinsip dan Pendekatan Perbandingan

4. Penjajahan Politik dalam Karya Keris Mas dan Mochtar Lubis
Institusi Penghulu
Ideologi Determinisme Ras dan White Man’s Burden
Strategi Mimikri dan Ambivalen
Ideologi Melayu Raya
Undang-undang Penjajah

5. Penjajahan Sosiobudaya dalam Karya Keris Mas dan Mochtar Lubis
Diskriminasi Pendidikan
Krisis Nilai
• Emansipasi Wanita
• Penjajahan Nilai dan Norma
• Penjajahan Nilai-nilai Budaya
• Keruntuhan Nilai-nilai Kemanusiaan dan Kekeluargaan
Krisis Identiti

6. Penjajahan Ekonomi dalam Karya-karya Keris Mas dan Mochtar Lubis
Penindasan Majikan
Budaya Kemiskinan dan Konflik Kelas

7. Strategi Bahasa Keris Mas dan Mochtar Lubis dalam Menolak Wacana Kolonial
Gaya Retorik
Gaya Kiasan
Gaya Laporan
Gaya Pemerian

8. Penutup

Bibliografi
Indeks

Weight0.699 kg
Dimensions21.5 × 14.0 × 3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.