Out of stock

Filem Melayu: Citra Budaya dan Rakaman Sejarah

JINS SHAMSUDDIN (b. 1935 – d. 2017) merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia.

Penerbit UUM (Cetakan Kedua, 2015)
239 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM53.00

Out of stock

Filem Melayu: Citra Budaya dan Rakaman Sejarah memuatkan analisis cerminan budaya, sosial dan sejarah yang terpancar daripada filem Melayu. Ditulis oleh seorang tokoh penting dalam sejarah perfileman negara, buku ini memberikan tumpuan terhadap zaman kegemilangan industri filem tempatan, iaitu antara tahun 1930-an hingga 1960-an. Penulis berusaha untuk mengenal pasti sejauh mana filem Melayu memaparkan budaya dan sejarah negara. Di samping memuatkan pelbagai persoalan budaya dan sejarah, aspek bahasa juga merupakan elemen ketara yang termuat dalam filem-filem tersebut. Persoalan budaya yang dibicarakan meliputi aspek sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi.

Di Tanah Melayu, industri perfileman Melayu berkembang pesat sekitar dekad 1930-an hingga 1960-an melalui peranan dua syarikat penerbitan di Singapura Malay Film Productions (MFP) dan Cathay-Keris Films Production. Filem terbitan kedua-dua syarikat tersebut berjaya memaparkan latar budaya dan sejarah masyarakat Melayu. Sejarah awal filem Melayu bermula sekitar tahun 1930-an di Singapura. Menurut Jamil Sulong, filem Melayu bermula pada tahun 1933 apabila sekumpulan produser filem dari India berhijrah ke Singapura. Filem Laila Majnun (1933), dianggap sebagai filem Melayu yang pertama.

Kedatangan dua beradik Runme Shaw dan Run Run Shaw dari Hong Kong ke Singapura merancakkan lagi perkembangan filem Melayu. Mereka membina pawagam dan membeli taman hiburan (amusement parks) pada tahun 1930 an di samping menubuhkan Shaw Brothers. Tidak dinafikan bahawa filem Melayu awal dicetuskan dengan kemunculan Shaw Brothers yang menjadi pengasas kepada penubuhan syarikat pengeluar filem. Melihat masa depan filem yang cerah di Tanah Melayu, pada tahun 1947 Shaw Brothers menubuhkan Malay Film Productions (MFP) yang bukan sahaja berperanan besar dalam melahirkan para pelakon, tetapi turut melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknikal perfileman. Malay Film Productions merupakan satu-satunya syarikat yang mengusahakan semua aspek produksi filem penerbitan, pengedaran dan penayangan. Sebanyak 150 buah panggung wayang telah dibangunkan oleh Shaw Brothers. Syarikat tersebut menjadi pengedar rangkaian filem yang terbesar meliputi seluruh Malaya, Indonesia dan Borneo serta Thailand.

Pertengahan tahun 1950-an hingga awal tahun 1960-an merupakan zaman kegemilangan pengeluaran filem Melayu kerana sambutannya yang menggalakkan. Filem Melayu mempunyai peminatnya tersendiri yang berada di serata negeri di Tanah Melayu, Singapura, Borneo, kepulauan Indonesia, Patani di Selatan Thai atau di mana-mana sahaja di rantau Nusantara ini. Zaman kegemilangan tersebut diakui oleh para peminat mahupun tokoh dan karyawan filem. Menerusi kajian yang dibuat oleh sarjana filem sendiri, mereka mengakui dan mendakwa bahawa tempoh 1950-an hingga 1960-an merupakan zaman kegemilangan filem Melayu.

Walaupun dapat dianggap sebagai sastera budaya popular yang baharu, namun filem mendapat sambutan menggalakkan. Perkembangan ini seterusnya mendorong kemunculan syarikat filem seperti Nusantara Film pada tahun 1950, Rimau Film Productions pada tahun 1951 dan sehinggalah munculnya Keris Film Productions pada tahun 1952. Sebuah lagi pengeluar filem yang berjaya, iaitu Cathay-Keris Film Productions merupakan gabungan Cathay Organisations dengan Keris Films pada sekitar awal tahun 1950-an. Syarikat ini beroperasi di East Coast Road, Singapura untuk menggerakkan aktiviti penerbitan filem Melayu. Sejak itu, kedua-dua syarikat perfileman Shaw dan Cathay ini berlumba-lumba dan bersaing untuk mengeluarkan pelbagai genre filem Melayu.

Sekali gus usaha ini dianggap sebagai zaman kemuncak kegemilangan industri perfileman Melayu tanah air. Sepanjang tempoh antara tahun 1950 hingga 1967, sebanyak 155 buah filem diterbitkan oleh Malay Film Productions (MFP). Cathay-Keris Studio pula telah menerbitkan 97 buah filem antara tahun 1953 hingga 1967.

Weight0.393 kg
Dimensions22.8 × 15 × 1.9 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.