Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57

MOHD ASHRAF IBRAHIM adalah seorang guru yang meminati dan mengajar sejarah di sebuah sekolah menengah di Senawang. Beliau juga calon ijazah kedoktoran di Program Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2004)
265 halaman

RM35.00

In stock

Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57 membincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan British untuk membentuk bangsa Malayan bersatu selepas Perang Dunia Kedua sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Bangsa Malayan yang bersatu dalam konteks politik negara bermaksud perpaduan dan persamaan taraf khususnya daripada segi kerakyatan untuk semua kaum di negara ini. Walaupun skop dan tumpuan buku ini adalah untuk jangka masa selepas perang, namun dasar kerajaan British yang tidak rasmi sebelum Perang Dunia Kedua iaitu dasar pro Melayu telah disentuh untuk tujuan perbandingan. Sehubungan dengan itu, dasar pendidikan, pentadbiran dan dasar pemencaran yang jelas menunjukkan elemen-elemen pro-Melayu telah disentuh.

Tumpuan yang khusus telah diberikan kepada perkembangan-perkembangan yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua kerana pada masa tersebut bermulalah pertukaran dasar politik pro-Melayu kepada yang berbentuk pro-Malayan yang direncanakan oleh Pejabat Tanah Jajahan di London. Aktiviti-aktiviti anti Jepun yang dilakukan oleh masyarakat Cina di Singapura di ambang kejatuhan Tanah Melayu dan Singapura kepada Jepun berkait rapat dengan sentimen pro Cina di Pejabat Tanah Jajahan. Selain itu kerajaan British juga menerima beberapa memorandum mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil sekembalinya ke Tanah Melayu dan Singapura.

Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57 juga menyentuh mengenai penerapan dasar membentuk dasar Malayan bersatu menerusi pembentukan Malayan Union dan kemudiannya Persekutuan Tanah Melayu. Idea terpenting dalam buku ini ialah bahawa pertukaran daripada Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu hanya berlaku apabila kepentingan dan dasar kerajaan British tidak akan terjejas. Buku ini menginterpretasikan bahawa pertukaran bentuk dan struktur negara tidak merugikan kepentingan kerajaan British kerana asas-asas pembinaan bangsa Malayan telah berjaya diterapkan. Buku ini juga menganalisis perubahan pendirian politik Edward Gent terhadap kesesuaian pembentukan Malayan Union.

Strategi kerajaan British yang melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan menerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum turut disentuh dalam buku ini. Turut disentuh ialah kesan penubuhan dan perjalanan jawatankuasa tersebut terhadap perubahan pendirian politik Dato’ Onn Jaafar yang kemudiannya bergerak di atas “platform kepentingan Malayan” serta kepada pembentukan Parti Tanah Melayu Merdeka (IMP). UMNO dan MCA juga telah mengadakan beberapa perubahan dasar apabila perikatan kedua parti itu memenangi beberapa siri pilihanraya bandaran kerana kedua-dua parti tersebut adalah berasaskan kaum. Buku ini juga telah menganalisis perbezaan penting di antara IMP dan perikatan UMNO-MCA terutama berkaitan dengan penerimaan penduduk Tanah Melayu terhadap dua kategori parti yang bergerak selaras dengan dasar bangsa Malayan.

Tumpuan dalam Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57 juga diberikan kepada usaha-usaha Parti Perikatan untuk menerima dasar bangsa Malayan bersatu. Secara khususnya UMNO telah mengadakan beberapa kompromi seperti dalam pengagihan prinsip kerakyatan jus soli oleh Jawatankuasa Kecil Politik UMNO yang dipengerusikan oleh Tun Razak. Buku ini juga memberikan tumpuan kepada kandungan penting “Testamen Amanah Politik Perikatan” yang merupakan cadangan-cadangan Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang dianggap sebagai suatu pernyataan kompromi politik yang dilakukan oleh Parti Perikatan. Unsur kompromi kepentingan semua kaum juga dapat dilihat daripada perlembagaan negara ini yang memperlihatkan “elemen-elemen pengimbang” kepentingan masyarakat Melayu-bukan Melayu.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.401 kg
Dimensions 22.7 × 15.3 × 1.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789679426328

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.