Gambaran Sikap Masyarakat dalam Peribahasa

Penulisan bersama NOOR SYAFIQAH AHAMADI PALAH dan SUHAILA ZAILANI @ AHMAD

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2022)
123 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

Only 1 left in stock

Product ID: 33098 Subject: Sub-subjects: , , ,

Gambaran Sikap Masyarakat dalam Peribahasa menumpukan perbincangan terhadap sejumlah peribahasa Melayu yang menggambarkan sikap masyarakat dalam Kamus Peribahasa Melayu Arab Inggeris (KPMAI); susunan Ahmad bin Utsman Bajunid (1999), terbitan Dar al-Fikr. Buku ini ditujukan kepada semua lapisan masyarakat bagi mengenali sikap masyarakat Melayu dan Arab yang digambarkan dalam peribahasa. Malah, buku ini memperlihatkan bagaimana peribahasa berperanan sebagai medium tarbiyatul insan dalam institusi masyarakat. Peribahasa banyak memaparkan peristiwa dan fenomena yang berlaku dalam masyarakat sama ada menggunakan unsur alam sekitar atau tidak. Sebahagian besar daripada peristiwa yang terkandung dalam peribahasa ialah gambaran sebenar tentang peribadi bangsa Melayu dan terjemahannya mengikut budaya Arab. Di pasaran agak sukar untuk mendapatkan buku atau kamus khusus yang mengumpulkan peribahasa Melayu berserta padanannya dalam bahasa Arab mahupun bahasa Inggeris.

Satu-satunya kamus yang khusus menghimpunkan peribahasa daripada tiga bahasa; Melayu, Arab dan Inggeris ialah KPMAI. Penyusun kamus iaitu Sheikh Ahmad bin Utsman Bajunid merupakan bekas pengetua Madrasah al-Masyhur al-Islamiyyah yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama al-Mashoor (SMKA), Pulau Pinang dan bekas Nazir Madrasah al-Bajunid. Penyusunan kamus ini turut dibantu oleh anaknya Ibrahim Ahmad Bajunid dan Umar Faruq Ahmad Bajunid. Kamus ini diterbitkan oleh Penerbitan Darul Fikir, Kuala Lumpur dan cetakan pertama kamus ini adalah pada tahun 1999. Dalamnya tersenarai padanan peribahasa Arab (mathal) dan Inggeris (proverb) berdasarkan peribahasa Melayu, mengandungi 156 halaman dengan 850 entri peribahasa Melayu yang disusun mengikut susunan huruf/abjad (الألفبائي) beserta 1302 padanan makna. Susunan peribahasa mengikut abjad A hingga Z dalam kamus ini sangat memudahkan pengguna untuk merujuk peribahasa.

Selain itu, penampilan KPMAI yang bersifat kecil dan ringan memudahkan pengguna membawanya ke mana-mana sahaja untuk dirujuk serta berkulit tebal supaya penggunaannya tahan lebih lama, di samping mempunyai isi kandungan yang berwarna bagi menarik minat pengguna. Ciri-ciri mesra pengguna ini menjadikan KPMAI sebagai bahan rujukan utama bagi mendapatkan padanan antara peribahasa Melayu dengan mathal Arab dalam kalangan para pelajar, ahli akademik mahupun para penterjemah. Antara faktor penyusunan dan penerbitan KPMAI ialah penyusun merasakan faedah peribahasa, perumpamaan, bidalan dan kata-kata hikmah yang sangat besar dan ia perlu dikumpulkan di dalam satu buku untuk dijadikan falsafah hidup para pelajar. Hal ini disebabkan, dalam bahasa-bahasa kiasan ini terkandung gambaran keadaan masyarakat, tutur kata yang indah dan pengertian yang luas yang boleh dijadikan sebagai teladan.

Senarai Jadual
Prakata

1. Peribahasa Melayu
2. Peribahasa Arab
3. Peribahasa dan Terjemahan
4. Gambaran Sikap Masyarakat dalam Peribahasa
5. Terjemahan Gambaran Sikap Masyarakat dalam Peribahasa
6. Padanan Terjemahan

Rujukan
Indeks

Weight0.195 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 0.8 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.