Gaya Kepimpinan Wanita daripada Lensa Malaysia

MADELINE BERMA adalah Profesor Madya di Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

BAHIYAH ABDUL HAMID adalah Profesor Madya di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

SHAMSHUBARIDAH RAMLEE adalah Profesor Madya di Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2015)
222 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

In stock

Product ID: 22438 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Gaya Kepimpinan Wanita daripada Lensa Malaysia bertujuan memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk berusaha mencapai tingkat tertinggi dan tidak menggunakan alasan gender sebagai halangan untuk mengambil alih tugas memimpin.

Berdasarkan itu, pembaca didedahkan dengan susunan makalah yang memaparkan pembuktian yang wajar kepada realiti pemimpin dan kepimpinan wanita. Kajian yang dimuatkan ke dalam Gaya Kepimpinan Wanita daripada Lensa Malaysia ini bukan sebuah pemerihalan biografi sebaliknya adalah penyampaian inti pati mengenai wanita sebagai pemilik autoriti dan individu berjaya dalam bidang masing-masing. Tokoh wanita ini adalah tonggak kepada karier, keluarga dan masyarakat.

Pemerihalan penulisan ini juga tidak punyai limitasi pembaca kerana rangkumannya yang universal. Maka ia membuka ruang perkongsian dan pengaplikasian kepada golongan akademik, penyelidik perniagaan, sains sosial, pendidikan dan bidang lain, ahli motivasi, pada pelatih kursus kepimpinan, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, dan pelajar, malah masyarakat secara keseluruhannya.

Secara dasarnya, merujuk konteks penulisan kepimpinan, barang kali pembaca merasakan bahan ini tiada bezanya dengan bahan sedia ada. Bagaimanapun, secara inti patinya, penulisan ini membawa unsur yang lebih baharu dan pendekatan yang lebih terbuka lantas berbeza. Hal ini kerana kebanyakan penulisan terdahulu adalah jumud kepada kepimpinan sebagai penyelidikan atau wanita sebagai wadah. Tidak kurang juga, sebahagiannya memberi tumpuan kepada kepimpinan wanita dalam karier atau keluarga semata-mata. Ini ditambah dengan lambakan penulisan bermotifkan biografi wanita berjaya dan bahan berbentuk motivasi buat wanita.

Oleh itu, bezanya penulisan ini kerana ia bukan medium pematerian biografi, bukan meletakkan motivasi sebaliknya inspirasi dan motivasi itu terhasil daripada deskriptif penulis dan pemahaman pembaca. Malah, Gaya Kepimpinan Wanita daripada Lensa Malaysia tidak meletak sempadan kepimpinan, wanita atau karier sahaja sebaliknya, secara naratif telah mengolah kepimpinan wanita dalam karier, keluarga dan kehidupannya. Penulisan berbentuk kajian seperti yang lazim dibuat dalam disiplin ilmu pengurusan telah digunakan setelah diubah suai untuk memenuhi keperluan pembaca daripada bidang sains kemasyarakatan yang lain.

Justeru, bahan yang terhasil tidak kurang kegunaannya sebagai bahan pengajaran untuk mengilap bakat kepimpinan yang telah sedia dibekalkan dalam diri setiap wanita.

Weight0.328 kg
Dimensions22.7 × 15 × 1 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.