Guru Melayu dan Politik di Kedah, 1940-1960

MOHAMAD MUZAMMIL MOHAMAD NOOR adalah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.

UM Press (Cetakan Pertama, 2012)
239 halaman termasuk Bibliografi dan Index

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM46.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 10 points worth of RM1.00!
ISBN: 9789831005378 Product ID: 2646 SKU: 9789831005378 Categories: , , , Tags: , , , ,

Guru Melayu dan Politik di Kedah, 1940-1960 memaparkan sejarah perjuangan dan peranan guru Melayu dalam politik khususnya di Kedah dari tahun 1940 hingga tahun 1960. Guru dan politik adalah dua perkara yang sering diperkatakan sejak zaman sebelum merdeka lagi. Sebagai golongan cerdik pandai Melayu pada zaman itu, mereka adalah barisan hadapan yang mempelopori bukan sahaja membangkitkan gerakan politik nasionalisme tetapi juga memperjuangkan isu-isu bahasa, sosiobudaya, sosioekonomi dan dasar pelajaran.

Para guru ini berjuang melalui penulisan, persatuan, pertubuhan politik dan ada juga hanya secara individu. Mereka bukan sahaja pendidik di sekolah tetapi juga pembimbing masyarakat, pemimpin serta pejuang bangsa. Perkembangan pendidikan telah memberi impak dengan mengubah paradigma pemikiran masyarakat Melayu dalam membela nasib bangsanya yang ditindas oleh penjajah. Semangat nasionalisme timbul di jiwa guru-guru Melayu semasa menerima latihan dan didedahkan pelbagai pengalaman di maktab perguruan khususnya di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Perak selain perkembangan politik terutama dari Indonesia dan Asia Barat.

Guru-guru Melayu bertindak seolah-olah ‘agen pembangunan’ kepada masyarakat Melayu di kampung. Penulisan ini juga memfokuskan sumbangan guru dalam proses pengisian kemerdekaan dan pengaruh golongan ini ke atas politik tanah air hingga akhir tahun 1960-an. Guru Melayu yang menceburi politik diterima kerana mereka mudah mendekati masyarakat dan berpengaruh di peringkat akar umbi.

Senarai Rajah dan Jadual

Kasa Pengantar

Prakata

Senarai Singkatan

1. Pengenalan
Sejarah Sosioekonomi dan Pendidikan Melayu
Sejarah Perjuangan Guru Melayu di Peringkat Awal

2. Guru Melayu dan Perang Dunia Kedua
Kedah Sebelum Pendudukan Jepun
Pendudukan Jepun dan Thailand
Reaksi Guru Melayu
Guru Melayu dan SABERKAS

3. Perjuangan Guru Melayu Selepas Perang
Suasana Politik Kedah Selepas Perang
Guru Melayu Kedah dan Parti-parti Politik
Gagasan Malayan Union
Guru-guru Melayu dan Malayan Union
Persatuan Guru Melayu Kedah

4. Guru Melayu dan Kegiatan dalam Politik
Perjuangan Kebajikan dan Tuntutan Gaji
Perjuangan Mendaulatkan Bahasa Kebangsaan dan Sistem
Pendidikan Sekolah Melayu
Guru Melayu dan Pilihan Raya Umum Pertama 1955
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah 1955

5. Guru Melayu, Persatuan Guru dan Krisis dengan UMNO
Perselisihan Faham dengan Kementerian Pelajaran
Guru Melayu Keluar dari UMNO
Reaksi Pemerintah
Implikasi Tindakan Guru Melayu
Penglibatan Guru Melayu dalam Pilihan Raya 1959 di Kedah

6. Penutup

Bibliografi

Indeks

Weight 0.380 kg
Dimensions 14 × 0.7 × 20 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Guru Melayu dan Politik di Kedah, 1940-1960”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More from this Author…

  • Dasar dan Tadbir dalam Sejarah

    Dasar dan Tadbir dalam Sejarah

    RM75.00
  • Guru-Guru Melayu: Peranan Dan Perjuangan Pada Zaman Penjajahan
    Out of stock

    Guru-Guru Melayu: Peranan dan Perjuangan pada Zaman Penjajahan

    , RM30.00