Hak Penentuan Kendiri Orang Asal

MUHAMAD SAYUTI HASSAN @ YAHYA adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau berkepakaran dalam bidang undang-undang antarabangsa dan orang asal.

ROHAIDA NORDIN adalah Profesor Madya di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berkepakaran dalam bidang undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia dan orang asal.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2019)
106 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

Only 1 left in stock

Makalah ini membincangkan konsep hak penentuan kendiri orang asal dengan mengupas pelbagai isu berkaitan status dan pengiktirafan hak berkenaan dari perspektif undang-undang antarabangsa. Hak orang asal telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa khususnya hak penentuan kendiri melalui penerimaan Deklarasi Hak Orang Asal (DHOA) 2007 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Sungguhpun begitu, pengiktirafan hak berkenaan di peringkat domestik masih dipertikaikan kerana tidak diberi pengiktirafan selari dengan peruntukan undang-undang antarabangsa. Sehubungan itu, penulisan ini mengupas beberapa aspek penting berkaitan konsep hak penentuan kendiri di bawah undangundang antarabangsa. Penulisan ini mengupas definisi hak penentuan kendiri semua orang dengan mentakrifkan maksud “orang” di bawah undang-undang antarabangsa. Selain definisi, skop hak penentuan kendiri wajar diberi perhatian bagi memahami takrifan hak berkenaan secara menyeluruh.

Terma “orang” merupakan aspek yang diberi perhatian kerana memberi implikasi kepada benefisiari hak berkenaan. Dalam konteks ini, orang asal dikatakan terkeluar daripada definisi “orang” di bawah undang-undang antarabangsa mengakibatkan mereka tidak layak menjadi benefisiari hak penentuan kendiri dalam konteks nyah penj aj ahan. Namun begitu, DHOA dilihat sebagai wadah pengiktirafan orang asal seterusnya dapat memperkasakan hak mereka. Tambahan itu, pelbagai mekanisme di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seperti MPHOA, PKHOA dan FKIOA boleh digunakan sebagai platform untuk memperkasakan pelaksanaan hak penentuan kendiri orang asal di peringkat domestik seterusnya memberi perlindungan yang lebih baik kepada orang asal.

Sejarah dan kerangka perundangan berkaitan hak penentuan kendiri juga dikupas bagi memberi pencerahan bagaimana kedudukan hak berkenaan dan asas perundangannya. Antara aspek penting penulisan ini ialah takrifan hak penentuan kendiri orang asal menurut tiga (3) perspektif iaitu kerajaan, orang asal melalui pertubuhan orang asal dan pandangan sarjana.

Di samping itu, perbincangan mengenai hak penentuan kendiri turut meliputi aspek autonomi, Izin-Maklum Awal Bebas Telus (IMABT) dan pembangunan ekonomi selaras dengan piawaian undang-undang antarabangsa. Kesimpulannya, pengiktirafan hak penentuan kendiri orang asal dilihat sebagai unsur mustahak dan secara tidak langsung dapat membantu kerajaan melunaskan tanggungjawabnya untuk patuh kepada undang-undang antarabangsa dalam memberi perlindungan kepada orang asal.

Weight0.171 kg
Dimensions22.8 × 15 × 0.6 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.