Hang Tuah dari Perspektif Sejarah

WAN ABD. HALIM BASHAH

Pnerbit UPM (Ulang Cetak, 2018)
240 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM58.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 12 points worth of RM1.20!

Hang Tuah dari Perspektif Sejarah menghuraikan unsur anakronisme bagi merungkaikan permasalahan sama ada Hang Tuah wujud atau tidak. Selama ini orang Melayu didedahkan dengan pelbagai cerita rakyat yang kebanyakannya lebih kepada cerita dongeng. Namun sesetengahnya, sekalipun ia dikatakan menghampiri cerita sejarah tetapi kerana susunan kronologinya (rentetan tahun) bertindih-tindih maka berlaku percanggahan fakta.

Malah ia sangat sukar untuk difahami kerana terselit pelbagai falsafah yang tersirat lebih-lebih lagi dengan adanya unsur anakronisme (anachronism) yang sebelumnya merumitkan para sarjana baik barat dan tanah air, kerana menemui jalan buntu untuk merealisasikannya dalam bentuk cerita sejarah. Lebih mengelirukan lagi bila cerita Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah tidak sama dengan ceritanya di dalam Sulalatus Salatin yang dikarang oleh Tun Sri Lanang.

Hikayat Hang Tuah pula dikatakan sebuah cerita dongeng yang dikarang oleh seorang penulis (tidak diketahui namanya) selepas Portugis menakluk Melaka. Ia mungkin bertujuan bagi mengubat atau memujuk hati supaya tidak terasa sangat kecewanya dan malunya orang Melayu dengan kekalahan tersebut. Lalu ditimbulkan kononnya seorang wira Melayu muncul di pentas dunia Melayu bagi meniupkan semangat kepahlawanan seorang pahlawan Melayu yang tidak ada tolok bandingnya di zaman tersebut.

Persoalannya, betulkah cerita Hang Tuah ini hanya sebuah cerita rekaan yang dibuat bagi menutup malu orang Melayu yang kalah perang dengan bangsa asing, iaitu Portugis? Lalu dibuatlah satu cerita gimik bagi generasi akan datang supaya berasa bangga akan wira mereka itu. Bagi memastikan sama ada benar atau tidak cerita Hang Tuah ini, penulis perturunkan beberapa perkara (wujudnya anakronitis) untuk direnung bersama. Setidak-tidaknya akan terlerai segala permasalahan yang selama ini tersimpul dan menjadi tanda tanya yang tidak ada kesudahannya.

Prakata

BAB 1 Pendahuluan

BAB 2 Bukti Hang Tuah Wujud

BAB 3 Latar Belakang Kehidupan Hang Tuah

BAB 4 Istana Melaka

BAB 5 Sebab-sebab Kejatuhan Melaka

BAB 6 Asal Usul Raja-raja Melaka (Bermula dari Raja Singapura pertama sehingga Sultan Muhammad Syah, 1424-1444M)

BAB 7 Peninggalan dan Bahan Artifak Milik Hang Tuah

Rujukan
Indeks

Weight 0.423 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 1.4 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hang Tuah dari Perspektif Sejarah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *