Out of stock

Harga Sebuah Maruah

Azizi Haji Abdullah (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah, pada 4 April 1942. Beliau merupakan novelis Malaysia yang terkenal. Beliau penerima anugerah Anugerah Penulis S.E.A dan penerima anugerah MASTERA 2007.

DBP (Cetakan Kedua 2009)
382 mukasurat

RM40.00

Out of stock

Product ID: 386 Subject: Sub-subjects: , , ,

Harga Sebuah Maruah oleh Azizi Haji Abdullah merupakan pemenang Hadiah Kedua Sayembara Mengarang Novel sempena Perayaan Jubli Emas DBP.

Rakyat itu selalu diam
Tapi ia pencatat tidak pernah lupa
Rakyat itu seperti naga
Melingkar dengan berat badan dan
diam dalam keheningan sendiri
Pancainderanya tajam
Kuat intuisinya dengan akal budi
Lalu jangan sekali-kali melukakannya
Jangan melukakannya berkali-kali
Kerana sekai ia bangkit
Rosaklah segala apa-apa

Ini kisah perjuangan rakyat kerdil di sebuah perkampungan terpencil, mengukur harga diri dan hidup mati bukan dengan harta benda dan wang. Mereka punya semangat, punya roh kehidupan yang perlu dipertahankan, air mata dan darah menjadi taruhan demi sebidang tanah warisan nenek moyang. Terdayakah mereka menentang akta dan undang-undang yang mewakili arus pembangunan, sedangkan hidup bukan semusim sahaja, tetapi untuk selama-lamanya?

Harga Sebuah Maruah, mengusap rindu rasa dan kecintaan petani kepada tanah mereka, kerana tanah ada lah segala galanya.

Weight0.343 kg
Dimensions18.5 × 11.2 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.