Harun Aminurrashid: Pembangkit Semangat Kebangsaan

Abdullah Hussain (25 March 1920 – 31 December 2014) was a Malaysian novelist and writer. He received the Malaysian National Laureate in 1996 which makes him the 8th recipient of the award. Abdullah started his career as an assistant cashier in the mining industry in Pahang in 1939. In the same year, he moved to Penang to start work for the newspaper Sahabat. During this time, he released two writings titled Binti Penghulu and Harta Dan Jodoh Menanti di England which was featured in Sahabat. During the years 1940 to 1941, Abdullah worked as an assistant writer for the newspaper Saudara and released two novels, Kasih Isteri and Dia…Kekasihku.

DBP (Cetakan Kedua 2006)
492 halaman

RM35.00

In stock

Walaupun hati saya masih berat mengatakan bahawa buku Harun Aminurrashid: Pembangkit Semangat Kebangsaan belum begitu sempurna benar seperti yang saya cita-citakan, tetapi…

“Cukuplah, di situ saja,” kata Sdr. Arena Wati ketika kami bertemu di Kuala Terengganu dalam bulan April dan Mei 1980 yang lalu. “Biarlah orang lain pula yang menyambungnya ataupun ditambah pada masa yang akan datang.”

Saya bersetuju dengan pendapatnya itu, kerana lagi lama saya membuat penyelidikan, lagi jauh tempat yang
saya mesti pergi dan lagi banyak orang yang saya mesti dengar. Cerita tentang Harun Aminurrashid seolah-olah tidak habis dan tiap-tiap orang yang saya jumpa ada belaka cerita yang mahu diceritakan olehnya, walaupun kebanyakan orang yang saya jumpa itu usianya sudah pada lewat belaka, lima puluh tahun malah ada yang sudah mencapai enam puluh tahun, tetapi mereka cukup bersemangat, seolah-olah mendapat tenaga baru bila mendengar nama Harun, mereka gembira menceritakan kisahnya waktu belajar di Sultan Idris Training College, Tanjong Malim lebih-lebih lagi yang mengenai Harun.

Saya terpaksa memberhentikan penyelidikan saya hanya sampai setakat ini saja dulu, kerana saya mesti menyiapkan bukunya. Buku ini mungkin tidak akan siap kalau saya mengikut perasaan hati, sebab masih banyak orang yang perlu saya jumpai dan banyak pula bahan yang mesti saya cari dan baca.

Tetapi walaupun buku ini belum begitu sempurna, namun para pembaca dan masyarakat Malaysia terutama sekali masyarakat Melayu akan dapat melihat wajah Harun dalam posisinya yang sebenar. Saya mencuba seberapa boleh untuk tidak membuat komen atau penilaian tentang dirinya, saya mencuba untuk berada di luar pagar dan menjadi sebagai seorang katalis saja antara Harun dengan orang ramai, supaya Harun yang saya diperkenalkan di dalam buku ini bukan Harun saya, tetapi Harun yang diceritakan orang kepada saya. Seorang patriot sejati bangsa Melayu, nasionalis tulen seperti yang banyak diucapkan oleh bekas murid-muridnya yang berselerak di seluruh ceruk rantau tanah air dan negeri Brunei, serta dari kawan seperjuangannya di bumi Singapura, tanah tempat tumpah darahnya.

“Kita sekarang ini mencari hero hingga menimbulkan percekcokan yang hebat, kita lalu mencari di luar. Padahal hero itu ada di dekat kita sendiri, dalam negara kita sendiri yang kita tidak mahu akui. Dulu kita ada hero Hang Tuah untuk orang-orang yang bersikap moderat dan Hang Jebat pula untuk orang-orang yang suka memberontak. Saya yakin dan percaya Cikgu Harun ialah seorang pahlawan, seorang hero budiman. kerana apa yang dicita-citakan oleh Cikgu Harun sekarang telah nampak dengan jelas, baik di dalam politik. bahasa dan kebudayaan. Beliau seorang sosialis tetapi sosialis yang berpusat kepada kebangsaan Melayu, tanpa mengira faham politiknya dia adalah seorang hero kita,” demikianlah kata-kata yang saya dengar dari mulut Datuk Aziz Tapa, dalam salah satu perjumpaan silaturahim Hari Raya Haji di Melaka, pada bulan Oktober 1980 yang dianjurkan oleh Lembaga Bahasa Melayu.

Saya berasa satu kehormatan yang mulia kerana diberi kepercayaan untuk menulis kembali riwayat hidup hero yang dikatakan oleh Datuk Aziz Tapa itu, yang kini hidup terpencil tiga beranak di sebuah rumah petak di Fidelio Street Opera Estate, Siglap, Singapura.

Memang satu hal yang malang, kalau boleh saya gunakan perkataan itu, bahawa Harun kini tinggal menetap di Singapura sehingga jasa-jasa dan perjuangannya, “dalam membentuk semangat, kepercayaan dan keperibadian bangsa yang telah menjadi dasar perjuangan kita”, seperti yang diucapkan oleh Prof. lsmail Hussein, ketika dalam pertemuan di Melaka itu, terlindung oleh kepesatan pembangunan fizikal kota metropolitan, yang tidak pernah lagi memandang ke belakang. Mudah-mudahan dengan buku yang kecil ini jasa dan perjuangan Harun akan dapat dikenang dan diketahui oleh generasi yang akan datang.

Weight 0.615 kg
Dimensions 14.0 × 3.0 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836288011

Language

Publisher

Year Published

1 review for Harun Aminurrashid: Pembangkit Semangat Kebangsaan

  1. Kawah Buku

    “Demikian gambaran harapan Harun kepada bangsanya. Dan, harapan serupa ini telah berulang-ulang disuarakan olehnya, kerana keadaan politik tanah air kian menarik perhatiannya. Perhatiannya tertumpu kepada gerakan-gerakan kebangsaan yang cergas supaya “tercapai ke dunia raya”. Dan dalam menarik masyarakat kepada gerakan-gerakan nasional, Harun tidak lagi lupa kepada keperluan pelajaran dan pendidikan, terutama untuk generasi akan datang.”— A. Ghani Hamid, Karya-karya Harun Aminurrashid: Satu Apresiasi Ringkas

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.