Out of stock

Hati Mesra: Pantun Melayu Sebelum 1914 Suntingan Hans Overbeck

Diselenggara oleh ANWAR RIDHWAN dan E.U. KRATZ

DBP (Cetakan Kedua, 2016)
255 halaman termasuk Indeks

RM18.00

Out of stock

Product ID: 26888 Subject: Sub-subjects: ,

Hati Mesra: Pantun Melayu Sebelum 1914 Suntingan Hans Overbeck memuatkan hampir 2000 rangkap puisi Melayu tradisional—kesemuanya pantun—sebelum tahun 1914. Ketika Hans Overbeck bertugas di Jakarta, beliau telah mengumpul hampir 2000 rangkap pantun empat baris daripada pantun yang mempunyai pelbagai latar budaya dah nuansa bahasa. Beliau yang berasal dari Bremen, Jerman, pertama kalinya datang ke timur pada tahun 1904, bekerja dengan firma Behn, Meyer & Co. di Singapura.

Kira-kira satu dekad pertama sejak ketibaannya di dunia Melayu, Hans F. Overbeck mendalami minatnya terhadap kesusasteraan Melayu tradisional, seperti mengumpulkan pantun-pantun Melayu. Ketika meletus Perang Dunia I pada tahun 1914, orang-orang Jerman yang bertugas di dunia Melayu, termasuk Hans F. Overbeck, telah ditangkap. Dari Singapura, beliau dibawa ke Australia sebagai tahanan perang. Selepas Perang Dunia I, beliau kembali ke alam Melayu dan menetap di Hindia Belanda. Apabila meletusnya Perang Dunia II, Hans F. Overbeck dipenjarakan oleh Belanda pula.

Dan dengan beberapa tahanan yang lain, beliau mati lemas di Lautan Hindi ketika mereka dipindahkan dari satu kem tahanan ke kem tahanan yang lain. Sebelum dipenjarakan, beliau sempat menyerahkan kumpulan pantun Melayu ini kepada Museum Negeri Sonobudoyo di Yogyakarta, sebelum menjadi koleksi Muzium Pusat Jakarta, Indonesia.

Pengantar
Pendahuluan

1 Alif Ba Ta
2 Alim Taubat
3 Berserak
4 Bertanya
5 Bintang
6 Budi
7 Bunga
8 Cencala
9 Cendawan
10 Cindai
11 Dacing
12 Dagang
13 Doa
14 Intan Pujian
15 Karangan Ahmad
16 Kasih
17 Kenang-kenangan
18 Mahkota
19 Merendah Diri
20 Pengharap Kasih
21 Pujian
22 Pujian Tuhan
23 Raden Galuh
24 Rahsia
25 Rejang Hantu
26 Rejang Sambang
27 Rejang Siak
28 Rejang Sindiran
29 Rindu
30 Seloka
31 Sindiran
32 Sirih
33 Rejang Sembahyang
34 Rejang Surat al-Kiamat
35 Unggas

Bibliografi
Indeks

Weight0.343 kg
Dimensions21.6 × 14 × 1.5 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.