Hikayat Asal Mulanya Wayang

Disunting oleh KHALID M. HUSSAIN

DBP (Cetakan Pertama, 2019)
248 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 7 reward points!
ISBN: 9789834921040 Product ID: 31763 Subjects: , , Sub-subjects: , ,

Hikayat Asal Mulanya Wayang mengisahkan para leluhur Pandawa dan Korawa daripada Gelaran Pandu Turunan Pandawa, iaitu khususnya Pandawa. Pelengkap ceritanya terdapat pada Hikayat Pandawa Lima. Hikayat Purasara diselitkan sebagai selingan mengenai cinta segi tiga antara Purasara, Dewi Lara Anis dan Santanu. Para penyelidik mengakui bahawa cerita wayang Jawa yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan wayang daripada Jawa itu disambut dengan baik di Tanah Melayu merupakan bahagian yang sangat digemari dalam khazanah sastera Melayu kerana salah satu sebabnya ialah syariat Islam telah disulami oleh scribe itu sendiri, Muhammad Bakir dari Betawi dalam karyanya.

Cerita wayang Jawa yang menjadi sumber bahan cerita berbentuk hikayat dalam bahasa Melayu ini disadur daripada versi milik Jawa asli dengan penuh keperibadian dan identiti Jawa. Cerita wayang tidak lagi mengandungi anasir luar kerana cerita dan kejadiannya berlaku di Pulau Jawa, Indonesia. Malahan, cerita mengenai pahlawan Islam, iaitu Amir Hamzah, bapa saudara Nabi Muhammad SAW telah dijadikan sebagai salah satu tokoh lakon wayang. Wira Islam tersebut disanjung untuk menggambarkan perjuangan abadi manusia melawan kebatilan dan menegakkan kebenaran, dilandaskan oleh keyakinan bahawa kebenaran akan selalu menang akhirnya (terdapat dalam Wayang Menak, Wayang Kulit Menak, dan Wayang Golek Menak).

Dalam perbendaharaan khazanah manuskrip Melayu, Ramayana sangat terkenal kerana terdapat pelbagai versi Hikayat Seri Rama dalam bahasa Melayu. Bahkan dalam pementasan wayang kulit khususnya di Kelantan, Ramayana adalah pakem yang sering digunakan oleh dalang kerana peminat serta penontonnya sangat gemar jalan ceritanya yang sangat menarik lagi mudah diikuti. Sebaliknya, Mahabharata tidak dikenali berdasarkan judulnya yang terdapat dalam bahasa Melayu. Namun, Mahabharata diriwayatkan dalam siri mengenai Pandawa, iaitu Kelima, Panc2 Kelima, Jaya dan lain-lain. Soalnya, kenapa nama Pandawa digunakan sebagai pengganti nama Mahabharata? Sebabnya ialah kalau orang Jawa dahulu kala mengambil Mahabharata pada saat Mahabharata sering membenarkan dan memenangkan pihak Pandawa, maka dalam Bharatayuddha orang Jawa mengidentifikasikan Pandawa dengan serba baik dan Korawa dengan serba jahat, dan semacam pembahagian yang tajam secara hitam putih.

Sedangkan kepada orang Melayu pula sebagaimana terdapat pada hikayat tersebut di atas, ketika meriwayatkan wangsa Bharata, tidak hanya memburuk-burukkan kaum Korawa, bahkan menyampingkan, serta mendorong mereka ke suatu sudut sedemikian rupa sehingga Mahabharata bagi orang-orang Melayu adalah semacam cerita kaum Pandawa. Kisah Pandawa tadi berkisar di sekitar perang besar (Bharatayuddha) dari dua cabang bangsa Bharata: Pandawa dan Korawa. Pokok ceritanya dimulai di negara Hastinapura dan raja yang memerintah ialah Pandu yang dinobatkan kerana abangnya, Dhritarashtra dilahirkan buta. Dhritarashtra mempunyai anak 100 orang, dikenal sebagai Korawa = Kuru, sedangkan Pandu hanya lima orang, dikenal sebagai Pandawa = putera-putera Pandu. Kelima-lima Pandawa ialah Yudhishthira (Darmawangsa), Bhima dan Arjuna, Nakula dan Sadewa. Raja Pandu meninggal dunia dalam usia yang masih muda lalu Dhritarashtra walaupun buta diangkat menjadi raja.

Dhritarashtra memelihara 100 orang anaknya serta lima orang kemanakannya dengan bantuan saudara tirinya Bhisma, dan apabila dewasa diberi pendidikan oleh Drona dalam hal pentadbiran negara juga peperangan. Dhritarashtra menobatkan Yudhisthira sebagai raja dan ini menyebabkan Duryodhana iri hati yang tidak terhingga dan menyebabkan konfrontasi antara Pandawa dan Korawa sehingga tercetusnya Perang Bharatayuddha. Kisah leluhur mereka sejak di Suralaya hingga lahirnya Pandawa dan Korawa terdapat dalam Hikayat Asal Mulanya Wayang yang sambungannya hingga tamat wiracarita ini terdapat dalam Hikayat Pandawa Lima dan satu selingan cinta tiga segi antara Purasara, Dewi Lara Amis dan Santanu terdapat dalam Hikayat Purasara.

Kata Pengantar
Prakata
Pendahuluan
Lambang

Transliterasi Teks “Hikayat Asal Mulanya Wayang”

Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight 0.38 kg
Dimensions 21.4 × 14 × 1.7 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.