Hikayat Awang Sulung Merah Muda

PAWANG ANA dikenali sebagai penutur bagi lima buah hikayat lipur lara yang cukup terkenal iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Dewa, dan Hikayat Anggun Che Tunggal.

RAJA HAJI YAHYA adalah tokoh kesusasteraan Melayu pada abad ke-20.

DBP (Ulang Cetak, 2016)
129 halaman termasuk Glosari

RM13.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 3 points worth of RM0.30!
ISBN: 9789834903343 Product ID: 25239 Subjects: , , , Sub-subjects: ,

Hikayat Awang Sulung Merah Muda dicatatkan oleh pegawai-pegawai Inggeris, dengan rekod terdapat dua versi yang telah dicatatkan, sebuah yang dikutip di Negeri Sembilan oleh Abraham Hale dan sebuah lagi di Perak oleh A.J. Sturrock dan Sir Richard Winstedt, iaitu versi yang dituturkan oleh penglipur lara yang tidak asing lagi kepada kita iaitu Pawang Ana. Cerita-cerita yang dirakamkan pada masa itu dapat digolongkan sebagai “cerita-cerita penglipur lara”, iaitu satu istilah yang diberikan untuk membezakan cerita-cerita yang bercorak sedemikian daripada cerita-cerita rakyat yang bercorak lain—seperti cerita-cerita jenaka, cerita-cerita asal usul (aeteo-logical tales, tales of creation) dan lain-lain, legenda-legenda dan cerita-cerita yang bermotif binatang.

Istilah “cerita penglipur lara” mungkin menimbulkan salah faham, seolah-olah cerita-cerita ini sahaja yang diceritakan oleh penglipur lara untuk menglipur lara pendengar-pendengarnya. Sebenarnya, penglipur lara itu s! pencerita seperti yang digambarkan oleh Maxwell tadi, dan cerita-cerita penglipur lara itu lebih merupakan satu corak cerita yang menghendaki penuturan yang istimewa. Cerita asa] usul, misalnya, dapat diceritakan oleh sesiapa sahaja kerana fungsinya ialah untuk memberikan penerangan tentang asal usul sesuatu kejadian. Winstedt dan Wilkinson menamakan cerita-cerita penglipur lara itu folk romances atau cerita roman rakyat, dan Winstedt menganggap cerita-cerita penglipur lara itu sebagai yang terindah dalam kesusasteraan Melayu (the cream of Malay fiction).

Cerita penglipur lara Melayu mempunyai sifat-sifat yang tertentu. Ceritanya ialah berkenaan dengan seorang tokoh yang istimewa dan perihal pengembaraannya. Tokoh ini selalunya anak raja dan mempunyai sifat-sifat yang istimewa, cantik rupa romannya, indah pakaiannya, gagah berani cendekiawan orangnya, hingga menarik minat segala tuan puteri yang melihatnya.

Begitulah pelaku utama cerita yang disajikan di sini iaitu Awang Sulung Merah Muda. Suasana dalam mana pelaku ini berlakon adalah suasana yang serba indah; di istana dengan tamannya yang indah, dan dikelilingi oleh segala kebesaran diraja, rakyat dan para menterinya. Dalam susunan ceritanya, terdapat pula suatu susunan yang tertentu. Pada dasarnya, cerita-cerita penglipur lara Melayu mempunyai tiga babak. Babak yang pertama mengandungi cerita lahirnya tokoh itu ke dunia dengan segala tanda-tanda dan alamat kebesarannya, dan sebab ia pergi keluar mengembara. Babak kedua ialah cerita pengembaraannya yang penuh dengan episod yang menunjukkan kehandalan dan kegagahan tokoh itu. Dan babak yang penghabisan ialah apabila tokoh itu berjaya menghasilkan tujuan pengembaraannya dan balik ke negerinya.

Weight 0.152 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 0.7 cm
Author(s)

,

Edition

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hikayat Awang Sulung Merah Muda”

Your email address will not be published. Required fields are marked *