Hikayat Indera Quraisyin: Satu Kajian

MONIQUE ZAINI-LAJOUBERT adalah penyelidik di Centre national de la recherche scientifique (CNRS) dan tenaga pengajar di Institut national des langues et civilisations orientales (INALCO), Paris.

Perpustakaan Negara Malaysia (Cetakan Pertama, 1998)
253 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM25.00

In stock

If you purchase this book you will earn 5 points worth of RM0.50!
ISBN: 9789679310931 Product ID: 23641 SKU: 9789679310931 Categories: , Tags: , , ,

Hikayat Indera Quraisyin: Satu Kajian mengisahkan pengembaraan Indera Quraisyin untuk mencari Tuan Puteri Zamzam Ratna Angkasa yang penuh dengan halangan dan ujian, namun kerana kebijaksanaan dan kegagahannya, semuanya ini dapat diatasi. Kajian ini amat menarik bukan sahaja kerana keunikan karya tetapi juga pengaruh bahasa Melayu Sri Lanka yang terkandung didalamnya, yang dikupas dengan baik oleh Monique Zaini-Lajoubert, seorang pakar dalam bidang kesusasteraan Melayu yang berasal dari Perancis. Terbitan ini merupakan satu lagi usaha Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyebarluas karya Melayu tradisional kepada masyarakat. Buku ini turut mengandungi bab dalam bahasa Perancis, sesuai dengan kerjasama beberapa pihak Perancis pada peringkat penyelidikannya.

Indera Quraisyin ialah nama seorang wira Muslim dari suatu epik yang masih belum diterbitkan yang bertajuk sama dengan nama wira tersebut, iaitu Hikayat Indera Quraisyin. Hikayat ini dikarang oleh seorang pengarang yang tidak diketahui namanya yang berasal dari masyarakat Melayu Sri Lanka. Masyarakat ini hanya pernah diselidiki oleh B.A. Hussainmiya lewat abad ke-20. Sarjana Melayu Malaysia, sejak awal tahun 1980, dengan usaha ketua GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional), Ismail Hussein, mulai memberi perhatian terhadap “saudara sepupu” mereka di Sri Lanka yang telah terputus hubungan dalam waktu yang begitu lama, seperti terlihat dalam buku B.A. Hussainmiya, Lost Cousins: The Malays of Sri Lanka. Usaha untuk mengenali kembali orang Melayu Sri Lanka dipertingkatkan dengan menganjurkan Simposium Dunia Melayu Kedua yang diadakan di Kolombo pada tahun 1985.

Masyarakat kecil ini terbentuk sejak pertengahan abad ke-17 sewaktu pulau Sri Lanka di bawah kekuasaan negeri Belanda. Pada waktu itu masyarakat ini terdiri dari berbagai suku bangsa berasal dari Nusantara yang oleh orang Belanda disebut Oosterlingen, “Orang-orang dari bahagian Timur”, istilah yang dipakai untuk menunjukkan siapa sahaja yang datang dari Nusantara. Sesudah pertengahan abad ke-18, mereka disebut dengan istilah Javaans kerana, pada waktu itu, kebanyakan anggota masyarakat ini terdiri daripada orang-orang Jawa. Ketika orang-orang Inggeris berkuasa di Sri Lanka pada tahun 1795, dipakai istilah “Malay”, kerana kebanyakan anggota Ceylon Rifle Regiment terdiri daripada orang Melayu yang berasal dari Semenanjung.

Pada abad ke-19, masyarakat ini terdiri daripada pelarian politik, pesalah dan terutama sekali askar. Dengan demikian, istilah “Malay”, selain konotasi linguistiknya, akhirnya dikenali sebagai “orang-orang Melayu yang beragama Islam”. Adalah dianggarkan bahawa hanya pada abad ke-19 “orang-orang Melayu” ini mulai mencipta tradisi sastera, seperti terbukti dengan naskhah-naskhah yang sampai kepada kita. Pencipta naskhah-naskhah itu adalah askar-askar Ceylon Rifle Regiment. Tidak seperti orang Belanda, orang Inggeris memberikan pendidikan yang khas kepada “orang-orang Melayu” dan anak-anak mereka, dengan mendirikan sekolah-sekolah di mana mereka boleh belajar bahasa Melayu. Kegiatan sastera ini berkait rapat dengan regimen, sehinggalah sesudah regimen dibubarkan pada tahun 1873, kegiatan sastera hampir tidak ada lagi.

Manuskrip dalam tulisan jawi dari Sri Lanka ditemukan kembali oleh B.A. Hussainmiya dalam tahun-tahun 1970-an. Jumlah manuskrip tersebut ialah kira-kira dua ratus naskhah. Kira-kira empat puluh sahaja disimpan di beberapa institusi di Sri Lanka, seperti Arkib negara, selebihnya terdapat di rumah orang perseorangan. Beberapa manuskrip disimpan juga di Perpustakaan Negara Malaysia. 9096 dari manuskrip-manuskrip ini adalah salinan karya tradisional yang berasal dari Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara (seperti misalnya Bustan al-Salatin, Hikayat Sri Rama, Hikayat Indraputra, dan Syair Abdul Muluk), selebihnya adalah karya yang dikarang oleh orang-orang Melayu Sri Lanka, terutama sekali syair. Terdapat juga naskhah-naskhah dalam prosa seperti Hikayat Indera Quraisyin yang mengandungi banyak pantun.

Sampai sekarang, hanya beberapa salinan dari naskhah-naskhah ini diselidiki dan ditransliterasikan. Diantaranya ialah suntingan Syair Kisahnya Khabar Orang Wolenter Benggali dan kajian mengenai kehidupan dan karya Baba Ounus Saldin yang dikerjakan oleh B.A. Hussainmiya. Boleh disebut juga Hikayat Indera Quraisyin. Walaupun hikayat ini kelihatannya agak popular di Sri Lanka, kini karya ini hanya dikenal dalam bentuk dua manuskrip dalam tulisan jawi, yang disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia. Selain itu terdapat satu naskhah Pantun Indera Quraisyi juga dalam tulisan jawi. Naskhah ini yang juga dikarang di Sri Lanka, disimpan di perpustakaan yang sama di bawah kod 447.

Karya ini, yang tajuknya tidak pernah disebut dalam mana-mana sejarah kesusasteraan tradisional apa pun, hanya pada akhir tahun 1980 ianya mula menarik perhatian para penyelidik bermula dengan kajian B.A. Hussainmiya dan diikuti dengan latihan ilmiah Nariza Hamid yang mengandungi transliterasi dan kajian teks (bahasa, gaya, pengaruh asing, tokoh-tokoh, tema-tema, dan juga perbandingan dengan Hikayat Indraputra, Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting). Sebenarnya, pada waktu itu, rupanya Perpustakaan Negara Malaysia belum mempunyai manuskrip-manuskrip 431(B) dan 447.

Weight 0.504 kg
Dimensions 25.3 × 17.9 × 1.4 cm
Edition

Format

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hikayat Indera Quraisyin: Satu Kajian”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.