Out of stock

Hikayat Iskandar Zulkarnain

Disusun oleh KHALID MUHAMMAD HUSSAIN

DBP (Cetakan Kelima, 2018)
397 halaman

RM12.00

Out of stock

Product ID: 26499 Subjects: , Sub-subjects: ,

Hikayat Iskandar Zulkarnain (Ḥikāyat Iskandar Dhū l-Qarnayn) adalah sebuah teks sastera klasik Melayu yang mengolah watak Iskandar Zulkarnain sebagai seorang pahlawan yang mengembangkan agama Nabi Allah Ibrahim. Teks hikayat yang disusun ini didasarkan atas micro-card Codex Orientalis 1696, yang diperoleh oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dari Perpustakaan Universiti Leiden, di negeri Belanda, merupakan salah satu hikayat dari rumpun-rumpun hikayat mengenai Iskandar Zulkarnain. Jenis hikayat ini mempunyai dua resensi, iaitu resensi Sumatera dan resensi Malaya dan hikayat yang penyusun jadikan bahan kajian ini berasal dari resensi Malaya.

Adalah sukar hendak diduga atau hendak dipastikan bilakah zamannya kisah Iskandar Zulkarnain ditulis dalam bentuk hikayat dan menjadi hasil sastera lama Melayu, dan sukar juga hendak diduga bahawa Hikayat Iskandar Zulkarnain sudah tercipta sezaman dengan Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Walaupun demikian, tidak boleh diragu-ragukan lagi bahawa kisah Iskandar Zulkarnain yang agung itu telah sampai kepada pengetahuan orang Melayu semenjak beberapa kurun yang telah lalu. Hal ini terbukti dengan adanya beberapa orang raja Melayu yang memakai nama Iskandar, misalnya Permaisuri Iskandar Syah, Raja Bentan, Sultan Iskandar Syah, Raja Melaka yang mula-mula, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam atau Iskandar Muda Johan Berdaulat, Raja Acheh, dan lain-lain lagi.

Permulaan daripada setengah-setengah hikayat Melayu lama ada menyebut tentang tokoh Iskandar Zulkarnain, malahan tokoh Iskandar Zulkarnain ini dianggap sebagai nasab raja-raja Melayu. Dalam buku Sejarah Melayu juga dikatakan bahawa keturunan raja-raja Melayu berasal daripada Iskandar Zulkarnain. Bukan sahaja di Timur, bahkan di negeri-negeri Barat juga tokoh Iskandar Zulkarnain ini dianggap sebagai nasab sekalian raja-raja. Dalam kesusasteraan Melayu, Iskandar Zulkarnain dianggap sebagai pahlawan Islam yang mengembangkan agama Nabi Allah Ibrahim. Dalam mengembangkan agama itu, Iskandar Zulkarnain dibantu oleh Nabi Allah Khidir yang menjadi penasihat dan pengiring baginda.

Dalam zaman pembangunan dan dalam menegakkan kebudayaan nasional kita seperti keadaan hari ini, kita seharusnya memberi perhatian yang berat terhadap kesusasteraan lama kita, dan penyelidikan dalam segenap bidangnya harus dijalankan, Mengenai Hikayat Iskandar Zulkarnain, penyelidikan dalam bidang sejarah mungkin dapat dilakukan, sekurang-kurangnya untuk menentukan sejauh manakah Iskandar Zulkarnain dapat dihubungkan sebagai nasab raja-raja Melayu.

Dari sudut kesusasteraan pula, harus kita kaji hubungan antara kebudayaan Melayu dengan kebudayaan asing seperti kebudayaan Arab, Parsi dan India dengan tujuan memperlihatkan keperibadian Melayu sendiri. Di samping itu, perlu juga ditinjau dari sudut penyebaran agama Islam dan sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh Hikayat Iskandar Zulkarnain jika dibandingkan dengan Hikayat Iskandar Zulkarnain misalnya. Dalam buku Sejarah Melayu, dikatakan bahawa hulubalang-hulubalang Melaka membaca Hikayat Amir Hamzah dengan maksud supaya menaikkan semangat untuk menentang Portugis pada hari esoknya.

Diharap adanya Hikayat Iskandar Zulkarnain membawa erti bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka dapat memberikan lagi sumbangan kepada masyarakat terutama dalam bidang kesusasteraan sebuah hikayat yang boleh dikatakan terkemuka antara hasil-hasil kesusasteraan Melayu lama.

Sepatah Kata
Keterangan
Pendahuluan

1. Asal Usul Iskandar Zulkarnain

2. Raja Iskandar Zulkarnain Dilahirkan

3. Nabi Khidir Menyelamatkan Raja Iskandar

4. Raja Iskandar Menyebarkan Agama Islam

5. Raja Abud dari Negara Jabalsa Ditewaskan

6. Perjalanan Raja Iskandar ke Negara-negara Maghrib

7. Raja-raja Negara Maghrib Diislamkan

8. Raja Salam Menewaskan Kaum Alwah

9. Raja Khabta Memeluk Agama Islam

10. Pengembaraan dan Perkahwinan Raja Iskandar Zulkarnain

11. Tafsiran

Weight0.476 kg
Dimensions21.6 × 14 × 2.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.