Hikayat Merong Mahawangsa: Karya Agung dalam Sejarah Kesultanan Kedah

Disunting oleh JELANI HARUN dan SAIFULLIZAN YAHAYA

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
219 halaman termasuk Indeks

RM28.00

Only 1 left in stock

Hikayat Merong Mahawangsa: Karya Agung dalam Sejarah Kesultanan Kedah membincangkan sebuah teks Melayu tradisional yang berasal dari bumi Kedah dari pelbagai sudut pandangan sarjana masa kini. Hikayat Merong Mahawangsa ialah salah sebuah karya kesusasteraan Melayu tradisional yang digolongkan dalam genre sastera sejarah kerana beberapa cirinya seperti menceritakan asal usul raja, menceritakan kisah pembukaan negeri, dan menceritakan bagaimana agama Islam mula-mula tiba di negeri tersebut. Penerbitan Hikayat Merong Mahawangsa (1998) oleh Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya telah memperkukuh lagi kewibawaan Hikayat Merong Mahawangsa melalui kajian dan pengenalan yang telah dibuat oleh seorang tokoh dalam kajian filologi Melayu, Siti Hawa Haji Salleh.

Dalam kajian Siti Hawa Haji Salleh tersebut, antara hujah yang telah dikemukakan untuk membuktikan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai Karya Agung Melayu, iaitu Hikayat Merong Mahawangsa termasuk dalam genre sastera sejarah, mencerminkan pemikiran dan cara hidup masyarakat yang melahirkannya, hikayat yang sentiasa menjadi bahan perbincangan, mengandungi unsur mitos dan realiti, unsur Islam sebagai unsur penarik yang kekal, dan mempunyai daya ketahanan menghadapi ujian zaman, Perkara yang dikemukakan tersebut antara yang dibincangkan dalam tulisan yang dimuatkan dalam buku ini untuk memperkukuh lagi hujah tersebut.

Pengiktirafan karya Hikayat Merong Mahawangsa sebagai karya agung Melayu melalui kajian yang menyeluruh dan teliti, membuktikan bahawa dunia Melayu telah mempunyai ketamadunan dan peradaban yang unggul sebelum kedatangan penjajah dari Eropah yang telah memecahbelahkan konsep ketatanegaraan dalam dunia Melayu dan Nusantara. Keunggulan karya kesusasteraan Melayu tradisional atau persuratan Melayu ini membuktikan juga bahawa bahasa Melayu ialah bahasa yang dapat mengungkapkan pemikiran dan nilai ilmu bangsa Melayu melalui tulisan. Perkara ini telah ditegaskan oleh Yayasan Karyawan dalam melihat faktor-faktor yang merangsang penghasilan Karya agung dalam bahasa Melayu, iaitu kekuatan bahasa Melayu, pengaruh Islam dan peranan istana dalam setiap teks yang dikaji tersebut. Ketiga-tiga faktor ini juga dapat diteliti dan dikaji secara terus menerus dalam Hikayat Merong Mahawangsa kerana ketiga-tiga faktor ini seperti simbiosis yang saling menyokong dalam menghidupkan teks kesusasteraan Melayu tradisional.

Karya agung Melayu tidak dapat dinafikan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan sejarah institusi kesultanan Melayu yang telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu. Karya agung terhasil dalam zaman kegemilangan kesultanan Melayu dan berperanan sebagai dokumen bagi berbagai-bagai maklumat yang asli tentang pemerintahan raja-raja Melayu merangkumi persoalan sosiobudaya, ekonomi dan politik. Hal ini menjadikan hasil persuratan silam sebagai khazanah warisan ketamadunan bangsa yang memiliki kepentingannya yang tersendiri dalam sejarah peradaban negara. Istana menjadi pusat pemerintahan, tempat berkembangnya ilmu pengetahuan dan tempat berkumpul para cendekiawan dan intelektual Melayu-Islam dalam menghasilkan penulisan karya-karya besar dalam pelbagai bidang pengetahuan.

Kata Pengantar
Prakata
Pendahuluan

1. Perubahan Kepentingan Teks Hikayat Merong Mahawangsa dalam Konteks Sejarah Sastera Melayu
Noridah Kamari

2. Aspek Sejarah dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Ahmad Farhan Abdullah @ Zakaria

3. Penubuhan Kesultanan Islam Kedah Darul Aman Mulai 1136 Masihi: Tinjauan Teks Hikayat Merong Mahawangsa dan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
Ibrahim Bakar Langkawi

4. Manifestasi Budaya dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Zubir Idris

5. Aspek Pengajaran Moral dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Salmah Jan Noor Muhammad

6. Landskap Negeri-negeri Melayu dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Hasrina Baharum

7. Folklor dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Mohamad Luthfi Abdul Rahman

8. Citra Wanita dalam Teks Hikayat Merong Mahawangsa
Norhayati Ab. Rahman

9. Perbandingan Hikayat Merong Mahawangsa dengan Karya Historiografi Brunei Darussalam
Ampuan Haji Brahim Ampuan Haji Tengah

10. Hikayat Merong Mahawangsa dan Lontarak Attorioloang: Suatu Perbandingan
Suriadi Mappangara, M. Hum.

11. Alegori dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Saifullizan Yahaya

12. Raja Buluh Betung dalam Hikayat Merong Mahawangsa: Salasilah dan Simbolik Kewujudannya
Jelani Harun

Biodata Penulis
Indeks

Weight0.28 kg
Dimensions21.6 × 13.8 × 1.2 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.