Hikayat Neogenesis

Oleh: Rahmat Haroun

DBP (Cetakan Pertama 2005)
239 halaman

RM15.00

Hikayat Neogenesis karya Rahmat Haroun merupakan novel fiksyen sains yang menggabungkan unsur-unsur sains dan epistemologi Islam tentang kewujudan alam dan manusia pertama. Genesis manusia dan alam telah menghantui peradaban sejak manusia menyoal diri tentang kewujudan mereka, lalu secara kreatif, hipotesis mengandaikan hubungan kehidupan di langit dan bumi dengan mencipta kepercayaan; tuhan dan tuhanita, dewa dan dewi dan manusia suci di bumi (demigods), yang mampu berhubung langsung dengan penghuni mulia di langit selestial.

Dengan kepercayaan yang ditanam dalam minda manusia purbakala yang mampu membina tamadun mereka dalam pelbagai bidang, membangun infrastruktur, bertani-ternakan, sains ketenteraan, sistem kenegaraan dan ekonomi yang berkisar akan tuhan-tuhanita, menciptakan manusia pemikir yang lalu menciptakan kepercayaan yang bertukar menjadi agama.

Dengan berbekalkan pendedahan akademik sosiospirtual daripada penceramah-penceramah yang berbeza-beza latar belakang dalam siri latihan DBP, Rahmat Haroun mengambil kesempatan menerusi novel ini untuk menggabungkan pemerian wacana sains dengan nuansa agama-kepercayaan lampau (sebahagiannya sudah mati dan sebahagiannya masih mengamalkannya hingga kini) dengan evolusi tertinggi dalam pembentukan agama atau dengan kata lain, penurunan agama Ilahi.

Seorang penceramah bukan Islam telah memberikan pencerahan mengenai dunianya yang beliau sebut sebagai “Kafirdom.” Dunia kini empat per enam didominasi oleh Kafirdom yang menguasai dunia dan mencorakkan tamadun mendatang. Sayang sekali, dunia Islam berpecah dan menjadi boneka dan patung wayang daripada dalang Kafirdom yang cuba diketengahkan oleh salah seorang penceramah pada bengkel tersebut.

Weight 0.304 kg
Dimensions 14.0 × 1.2 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836286314

Language

Publisher

Year Published

2 reviews for Hikayat Neogenesis

  1. Kawah Buku

    “Kehadiran Rahmat Haroun dalam jagat penulisan novel Melayu pada akhir dekad 1980-an mempunyai kepentingan yang tersendiri, malah memberikan warna dan variasi daripada sisi perkembangan pernovelan tanah air. Kepentingan itu terserlah kerana Rahmat Haroun merupakan doktor perubatan tanah air yang pertama menghasilkan novel sejak novel pertama Hikayat Faridah Hanum karya Syed Sheikh al-Hadi diterbitkan pada tahun 1925… Rahmah Haroun memberikan sesuatu yang baru kepada pembaca, sekali gus pada sejarah pernovelan, apabila beliau mengangkat jagat perubatan sebagai bahan dan subjek ceritanya…”— Dr. Othman Puteh, Dewan Sastera, Mei 2003

  2. Kawah Buku

    “Novel Hikayat Neogenesis mengadunkan unsur-unsur sains dan epistemologi Islam tentang kewujudan alam dan manusia pertama. Tanpa mengabaikan hakikat ilmu Islam, pengarang cuba membuka minda pembaca (melalui fakta-fakta saintifik) tentang kemungkinan kewujudan manusia di muka bumi ini. Hujahan-hujahan saintifik yang diadun secara kreatif bolehlah dianggap sebagai usaha pengarang yang berani semata-mata demi wacana intelektual. Bagaimanapun, hujuhan-hujahan saintifik itu seakan-akan mencabar kefahaman biasa orang Islam; dan perkara inilah yang ingin dibongkar oleh pengarang kerana percaya bahawa umat Islam harus terus meneroka misteri kejadian alam dan manusia berdasarkan ilmu, dan ilmu itu maha luas serta dalam.”—Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.