Hikayat Terung Pipit

Disalin oleh PANGLIMA ALI MUDIN PANGLIMA HASAN

DBP (Ulang Cetak, 2016)
220 halaman termasuk Glosari

RM22.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 5 points worth of RM0.50!
ISBN: 9789834903763 Product ID: 25235 SKU: 9789834903763 Categories: , , , Tags: ,

Hikayat Terung Pipit merupakan sebuah hikayat romantis penuh dengan liku dan dongeng yang sangat terkenal di sebelah utara Semenanjung, iaitu di Kedah dan Perlis. Seperti hikayat lain yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu lama, hikayat ini mempunyai pengaruh Jawa. Pada permulaan cerita ini, kita berhadapan dengan suatu masalah di Pulau Jawa sendiri, iaitu pertikaian antara Raja Sulung Jawa dengan sepupunya Raja Bongsu, yang mengakibatkan keduaduanya mengembara ke Tanah Melayu. Raja Sulung Jawa menjadi raja di negeri Lindung Bulan Kedah Tua, sedangkan Raja Bongsu memerintah di Johor Mengkaleh Tanah Jata (Ja’ta). Beberapa tahun kemudian, waktu Raja Sulung Jawa belayar dengan isterinya yang muda untuk mencari pakaian puteranya, kapal baginda ditiup nbut taufan sehingga terdampar di Johor Mengkaleh Tanah Jata.

Inilah kesempatan yang sebaik-baiknya bagi Raja Bongsu memuaskan nafsunya yang selama ini dihangatkan oleh api dendam. Selampit yang menderhaka terhadap Raja Sulung Jawa dan kemudiannya lari ke Johor Mengkaleh Tanah Jata dititahkan Raja Bongsu supaya membunuh Raja Sulung. Pada mulanya Selampit menasihati Raja Bongsu agar jangan membunuh Raja Sulung Jawa, kerana Raja Sulung Jawa itu saudaranya sendiri, tetapi atas kerelaan Raja Sulung sendiri, Selampit membunuhnya dan baru berhasil apabila ia mempergunakan tombak kepunyaan Raja Sulung Jawa. Setelah itu, Tuan Puteri Bongsu, isteri Raja Sulung Jawa diambil oleh Selampit sebagai isteri. Sebelum Raja Sulung Jawa menghembuskan nafasnya yang terakhir, ia bersumpah bahawa jikalau ia mangkat di Johor Mengkaleh Tanah Jata, negeri tersebut akan menjadi padang jarak padang terkukur.

Kemudian kita mendengar pula tentang persiapan anak Raja Sulung Jawa yang bernama Pekulun Duli Baginda, dengan kawan-kawannya, iaitu Terung Pipit, Gelam dan Jerun. Apabila mereka sudah dewasa, mereka dibawa oleh kakak pupu Pekulun Duli Baginda, yang bernama Tuan Puteri Payung Mahkota, naik ke atas kayangan untuk mempelajari hal ehwal bermain senjata, Mulai dari sini senantiasa kita dapati hubungan antara dunia dan kayangan yang selalu terdapat dalam hikayat-hikayat seperti Hikayat Raja Muda, Malim Deman, Malim Dewa dan sebagainya dan juga dalam cerita-cerita wayang. Dalam hikayat lama, raja mempunyai semacam kekuatan ghaib yang dapat melakukan sesuatu yang luar biasa dan yang dapat mengatasi segala kesulitan. Watak dalam kayangan yang menarik perhatian kita adalah Guru Tukang Ketiga yang memperlihatkan kesejajaran dengan Trimurti dalam agama Hindu, iaitu Brahma, Visynu dan Syiva.

Cerita selanjutnya tentang perjuangan-perjuangan Terung Pipit dan rakan-rakannya sekarang termasuk Selampit yang pada mulanya merupakan musuh Terung Pipit tetapi yang dapat ditawannya sehingga menjadi sahabat yang akrab. Terung Pipit tidak pernah kalah dalam menghadapi musuh-musuhnya. Jumlab lima dalam kesusasteraan Melayu lama mempunyai kedudukas yang penting dan mungkin sekali dihubungkan dengan kekuatas ghaib dan juga dengan pancaindera yang lima. Dalam Hikayat Terung Pipit terdapat lima orang yang mengakui diri mereka bersaudara, iaitu Terung Pipit, anak seorang menteri; Gelam, anak seorang hulubalang; Jerun, anak seorang demang; Pekulun Duli Baginda, anak Raja Sulung Jawa dan Selampit, seorang panglima yang jauh lebih tua daripada keempat-empatnya tadi. Selain daripada Hikayat Terung Pipit, jumlah lima ini terdapat juga dalam Hikayat Hang Tuah, Hikayat Sultan Bustamam dan Hikayat Pandawa Lima.

Dalam Hikayat Hang Tuah, ada lima orang Hang yang mengaku bersaudara, sungguhpun hubungan darah satv sama lain tidak ada. Jika kita bandingkan tokoh Terung Pipit dengan Hang Tuah, maka nyatalah bahawa antara kedua-duanya terdapat beberapa kesejajaran tidak sahaja dalam kewibawaan dan kesaktian masing-masing, tetapi juga dalam moralnya.

Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah dilukiskan sebagai seorang yang tidak ternoda oleh hasrat yang busuk. Diceriterakan bahawa Sultan Melaka mempercayakan gadis yang akan dikahwininya itu kepada Hang Tuah, dan Hang Tuah tidak meruntuhkan kepercayaan itu. Demikian juga kesucian Terung Pipit terhadap kaum Hawa tidak pernah ternoda meskipun dia berhadapan dengan puteri yang indah rupawan. Seperti Hang Tuah, Terung Pipit sangat setia kepada rajanya. Kasih sayang terhadap rajanya dibuktikan dengan kerelaan mereka mengorbankan jiwa raganya tanpa mcmikirkan untung bagi dirinya sendiri. Sampai ke akhirnya, Hang Tuah dan Terung Pipit tidak berkahwin.

Sukar bagi kita untuk menentukan bila masanya hikayat ini muncul. Bahasa yang digunakan dalam hikayat ini masih agak baru, dan kita hanya mempunyai satu versi daripada hikayat ini. Andai kata versi-versi lain diketemukan maka sedikit sebanyaknya kita dapat membuat dugaan tentang tarikh cerita ini. Dalam usaha mengadakan penanggalan untuk cerita ini, pelarian kepada sejarah tidak akan menguntungkan. Sudah tercatat dalam sejarah bahawa hubungan antara Kedah dengan gugusan pulau-pulau yang sekarang disebut Kepulauan Indonesia, terutama sekali dengan Sumatera, terjadi sejak zaman Sriwijaya. Pada waktu Majapahit menggantikan Sriwijaya sebagai kuasa yang kuat di Asia Tenggara, Kedah dengan sendirinya mendapat pengaruh daripada kuasa ini, atau dengan kata lain pada zaman inilah Kedah dipengaruhi oleh kebudayaan Jawa.

Weight 0.271 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 1.3 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hikayat Terung Pipit”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.