Out of stock

Hubungan Antara Undang-Undang Islam Dengan Undang-Undang Adat

Oleh: Othman Ishak

DBP (Edisi Kedua Cetakan Kedua 2003)
155 halaman

RM25.00

Out of stock

Kandungan buku Hubungan Antara Undang-Undang Islam Dengan Undang-Undang Adat adalah menitikberatkan huraian dari segi undang-undang dan pentafsiran Tauhid. Persoalan yang menjadi perhatian ialah mengenai hubungan antara undang-undang pusaka dalam Islam dan kelaziman adat, sama ada sebelum Islam di Tanah Arab atau dalam masyarakat-masyatakat Islam hati ini khususnya tentang perbezaan-perbezaan antara Syari’ah dan kebiasaan adat yang sebenarnya di Tanah Melayu.

Buku ini dibahagikan kepada lima bab. Bab yang pertama dan kedua membincangkan kedudukan ‘Ādat dan ‘Urf di dalam masyarakat sebelum Islam dan selepas Islam. Kemudian beliau membuat perbandingan dengan sikap Islam terhadap penerimaan ‘Ādat dan ‘Urf, dan di sini ternyata keluhuran dan kuncian Islam sebagai Syariah sejagat yang fleksibel lagi praktik untuk umat manusia.

Dalam bab ketiga, pengarangnya telah mengemukakan satu gambaran yang padat lagi jelas tentang hubungan antara pemilihan mazhab-mazhab di pelbagai bahagian dunia Islam dengan corak-corak masyarakat tempatan dan adat-adatnya. Dengan ini pembaca dapat mengetahui tentang negeri-negeri atau kawasan dunia di mana terdapat pendukung-pendukung mazhab yang tertentu. Yang lebih menarik dalam bab ketiga ialah pemakaian adat dan undangundang pusaka di Morocco, Sudan, India dan Indonesia; kita akan dapat mengetahui dengan lanjut tentang wujudnya beberapa adat dan tradisi tempatan yang berlawanan dengan prinsip-prinsip Islam. Jadi masih banyak lagi amalan tempatan dan khurafat yang mesti dihapuskan dalam kalangan orang Islam sendiri. Ulasan buku ini bercorak objektif yang sangat menarik.

Dalam bab yang keempat, penulis membentangkan persoalan-persoalan yang mustahak dipelajari oleh pelajar-pelajar dalam jurusan Syari’ah atau undang-undang, terutama sekali bagi pelajar-pelajar Islam, kerana buku ini membincangkan undang-undang pusaka dalam agama Islam yang diturunkan untuk mewujudkan masyarakat yang adil. Beliau membincangkan asal usul ‘Ādat Perpatih dan ‘Ādat Temenggung, kemudian membincangkan sikap Islam terhadap adat pada keseluruhannya. Dengan ini dapatlah pembaca membuat ukuran sejauh mana adat-adat dan amalan-amalan tempatan telah menyimpang daripada lunas-lunas Islam yang suci.

Bab kelima pula membincangkan tentang perselisihan dari segi spiritual dan tauhid antara Islam dan agama lain yang mengenai berbagai-bagai bidang, di antaranya ciri-ciri hukum pusaka dalam masalah halangan-halangan daripada mempusakai harta, seperti perbezaan agama, berlainan negara dan sebagainya.

Kemudian di dalam bab ini juga dibahaskan sistem perkahwinan dan falsafahnya dalam islam, serta rahsia di sebalik keharusan kahwin perempuan Kitābiyyah. Buku ini juga menerangkan ada setengah-setengah negeri Islam yang membenarkan wanita Islam berkahwin dengan lelaki yang bukan Islam. Begitu juga ia membahaskan kedudukan wasiat dan syarat-syaratnya dalam Islam yang sesuai dengan dasar kebebasan manusia, yang bertujuan untuk mencari keredaan Allah S.W.T. dan membuat bakti kepada masyarakat.

Dalam penutupnya beliau memberi kritik-kritik yang membina supaya adat kebiasaan yang tidak sihat daripada pengaruh Hindu dan lain-lainnya yang diamalkan oleh masyarakat Islam sendiri di Tanah Melayu dalam kehidupan hendaklah disemak dan diambil yang baik yang tidak bertentangan dengan lunas-lunas Islam sahaja.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.220 kg
Dimensions 15.0 × 1.0 × 22.9 cm
Edition

Format

ISBN

9789836255600

Language

Publisher

Year Published

1 review for Hubungan Antara Undang-Undang Islam Dengan Undang-Undang Adat

  1. Kawah Buku

    “Buku ini membincangkan undang- undang Islam yang diturunkan Allah untuk mewujudkan masyarakat yang adil. Adat Perpatih dan Adat Temenggung juga dibincangkan dan bagaimana sikap Islam terhadap kedua-dua adat ini. Dengan ini para pembaca dapat menilai sendiri sejauhmana adat telah menyimpang dari prinsip Islam yang suci. Buku ini merupakan bahan bacaan penting bagi penuntut pengajian Islam di dalam bidang Syariah dan undang-undang di peringkat universiti. Juga sesuai dibaca oleh para Kadi dan mereka ingin mengetahui HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG ISLAM DENGAN UNDANG-UNDANG ADAT DALAM MASYARAKAT ISLAM DI TANAH MELAYU.”—Haji Hassan Haji Salleh, Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.